Friday, July 28, 2006

Bosan

28 July 2006, Friday

Hi, it's Friday again. I wish it's a Saturday laa. Boleh lepak-lepak, bangun lewat. Carik makan kat pasar Selayang ngan anak-anak and kanda. Talking about that, it has been quite a while since aku last pegi pasar Selayang. Rindu rasanya dengan suasana makan-makan di situ. Agaknya, this weekend, kanda kena kerja ke tak? Lama tak spend time with him, like vacation gitu?

Last nite, we talked about taking the kids to Bagan Lalang. Heard about the place? Kanda kata it's a nice place untuk orang yang kaki pancing. Aku pun dah lama tak gi memancing dengan kanda. Ada satu Seri Malaysia kat situ jugak. Kalo jadi, tentu meriah hidup kami. Last nite jugak aku ajak kanda kuar makan. Been a long time since kami last makan sama-sama satu kuarga kat luar. Abang agreed pulak. Aku kata nak try my new cc, dia suka laa. Ameer siang lagi dah tido, lepas maghrib to be exact. So when we decided to go out, it was already 9pm. Nak kena kejut ameer tu satu hal, ye lah, dia dah tangkap lena beb! Akhirnya aku tarik jer bawak gi washroom, soh dia gi kencing before we go. Punya la marah, but i told him that kita pegi tempat ada playground, baru la dia nak bergerak sikit. Siap warning lagi "umi jangan tipu, tipu dosa, mati masuk neraka...", dahsyat betul benda yang dia dapat sekarang ni.

Then we reached the mall, ingat nak gi johnny's restaurant, tak jadik, kanda nak bawak bebudak makan pizza jer, since dia teringat kat spagethi. Anyway, we had a great time last nite. Adik ngan abang memang always begaduh at the backseat of the car. Kanda said to me that's why dia malas nak bawak bebudak tu keluar, itulah sebabnya... pening kepala dia bila dorang buat hal.
Well, bebudak, perangai pun macam bebudaklah kan? Layannnn...

I wanna find out things about Bagan Lalang, maybe this could happen... vacation again?

Thursday, July 27, 2006

Image

27 July 2006, Thursday

Semalam, Rabu, aku gi krusus stengah hari jer. Tah apa mimpi mereka mengantar semua sec pegi krusus ni. Tajuknya saja buat aku rasa kecik. Aku tak boleh bawak imej sorang sec, katanya.. hati aku selalu jugak berkata, badan besau cam aku ni pakai apapun rasanya tak seswai nak amik tempat kat corporate world. Anyway, kata pompuan itu, you don't need to crack your bank account and no need to rob a bank to dress up to kill. Kuang kuang kuang. Setujuk? Smskan Image space and send to 32999. Huahahhhhhh....

Antara notes yang sempat aku amik semalam berkaitan dengan imej:

Your image speaks.......
  • sec is the gate keeper, wow!!
  • image means power, acceptance and respect
  • you are your company's product
  • image is a reflection of your being
  • what makes you stand out
  • personal beauty is greater that any letter of reference (kata- kata Aristotle)
  • First impression takes 4 seconds to be developed, last or lasting
  • learn your job first, be humble, quickly adjust to your work
  • perceived image, the way you package yourself will determine the kind of people you will attract
  • blufflogy - make belief terms in the office
  • i am the hour glass person, ada shape maa, just big in size jer
  • would you like to use our washroom (to zip up yourself)?
  • our face is our fortune
  • never critise in front of others
  • punctuality reflects professionalism katanya...
  • handshakes, equal ladies or gentleman
  • ladies first does not apply in business world
  • handling critism by listening, agree to disagree?
  • show loyalty to a colleague who has been critised in absence (what?)
  • say sorry if you have made the mistakes, eat humble pie
  • image enhancers are accountability, finish what you start, conversational skills, approachable, polished your total look
  • always have the sense of humor, best medicine

Bila baca balik, semua kita tau dah, but some have not been practised, abis, cemana?

Aku suka kalao company antar lagi aku pegi kursus-kursus begini, time kasihlaa.. i really appreciate it.

Tuesday, July 25, 2006

Apa benda ko merapek tu labu?




Si garf datang lambat as usual. "Su, W macamana? Boleh tak esok?". Ko bleh bitau butir-butir tak kat aku. Dahlah aku baru dapat berita mengatakan dia tu dalam jagaan aku pagi semalam, dah ko bitau benda-benda tak sepatutnya aku tau waktu ni. Dah tu tanya email itu ini, ada terima tak?

Pastu, dia cuba forwardkan email tu kat aku, aku cekla, tak adapun nama si W. Dey, ko citer amende ni? Ko memangla sorang pompuan blurr. Cuba consider citer sikit ker, haper ker, ini main terobos jer tak tentu hala. Tah cemana dia dapat jadi secretarypun aku heran. Blur semanjang. Then expect people to know every ting that u know. Tak paham aku, nasib, nasib!

Kesnaspeslas pemspuswans bosdos isnis jasdis jisrans yangs askus kesnas deals hasris-hasris?
Oh God, please help me...

Dia dah takde lagi..

25 Julai 2006, Tuesday

I heard the news from Kak N. Sedih jugak bila pikir Hani Mohsin dah takde, dah meninggal dunia at the age of 41. Dia masih lawa, masih charming, kan? Tapi, as we know, ajal tidak menunggu sesiapa, bila dah tiba masanya, ia akan datang juga. Kali ini ia menjemput seorang lelaki muda, kacak, menawan dan berkerjaya.... Hani Mohsin.

Ucapan takziah untuk keluarga Hani. Dan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh yang Maha Kuasa.

Monday, July 24, 2006

Banyak la citer dia...


Tadi aku jumpa banyak gambo kartun maxine. Tah kenapa kartun laser dia tu menjadi kesukaan aku plak. Mungkin the "do i look macam i care" attitude tu buat aku rasa dia serasi ngan aku. Aku terpaksa tukar nama blog kepada smurf nipun sebab perkara-perkara yang tak dapat di elakkan.

Aku sebenarnya tensen gitu... dua tiga ari ni asik ngantuk, sakit-sakit badan dan tah aper-aper lagi. Teringat aku hari Sabtu, beria-ia nak gi try out for the futsal team. Sampai masa, ujan turun dengan lebatnya. Bukan takleh pegi ngan kereta, tapi, bila aku pikir-pikir, Amal ngan Ameer tentu kena dok kat umah mak lagi sebab kanda kena pi kerja malam lagi. Haiyo, havoc laa, tak cool kan, cuti-cutipun bagi mak tensen ngan bebudak tu. Aku dah bitau mak nak pegi main bola, mak ingat netball, pastu dia tau futsal (alah, bolasepak padang kecik), dia gelak... kuang kuang kuang. Mak kata kalo jaga gol boleh la kot, tentu penuh muka gol tu. Seswai....

Jadi, aku tak pegi. Layan tido lagi baik. Pastu layan DVD and VCD ngan anak-anak. Citer Tom and Jerry pun jadik sajork...

Hari ini dalam sejarah

24 Julai 2006

Hari ini akan aku kenang dalam sejarah hidupku.

Menyampah mengenangkan kisah dalam bas metro nombor 43 yang aku naik dari baru lima jalan ipoh pagi tadik. Kenapalah mamat indon itu meletakkan hujung kasutnya atas belakang kerusi aku duduk... Tataulah kalau dekat indon sana orang naik bas, kaki mesti letak kat seat depan pastu korek-korek ngan kasut dia. Aku dah sound dia, jaga sikit kaki tu... Dia buat-buat bodo sambil bercakap bahsa indon yang aku tak pernah dengar sebelum ni. Bencik sangat... heeeiii geram. Rasa nak bangun, jegilkan bijik mata dan kemudian bitau soh duduk kaki letak kat lantai, diam-diam. Bangang punya indon.

Aku dari dulu- dulu memang selalu kena buli dalam bas. Kena raba la, kena tolak dengan sengaja nak mengimpitlaa, kena sondoi pun ada. Tapi itu dulu la masa muda-muda. Dah tua-tua ni pun masih kena lagi. Aku benci betul memikirkan perkara ni. Nak pegi/balik kerja cemana lagi kalao tak naik bas. Kanda kengkadang jer boleh antar dan ambik, selain itu, kenalah naik bas. Huahhhhh..

Lagi, bila sampai opis, pompuan miang tu tak masuk lagi. Kerja dah menunggu dia. Since dia ni lambat beno, boss soh aku tolong... ingat, soh tolong jer yek!! But, makin ditolong, makin galak pulak. Dah mai tu buat bodo jer. Bila dah datang, buatpun tah apa-apa, aku jugak yang kena. Heei, betul betul menjengkelkan. Aku bitau boss tu, lain kali aku takmo buat kerja sambung-sambung, aku tak berapa pandai, nanti aku buat silap. Sebab menyambung kerja orang tentu lain dengan kerja kita start sendirik... sekurang-kurangnya kita dah ada "the flow of the work". Huaaahhhh benci lagi. Can I just fire her? Menyusahkan hidup aku betul!!

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...