Thursday, December 30, 2010

cuti umum

halloooo..

aku tengok game semalam.
aku suka mesia dah menang pertama kalinya piala suzuki ini.. sejak ntah berapa taun tatau kita tak pernah menang..
aku paling suka bila k'jaan umumkan public holiday..
tapi aku tak perasanpun ada public holiday..

until pagi tadi nak pi keje.. mak aku jerit dari depan pagar.. esok cuti umum kan?
"ha... kenapa pulak mak?"
mak dengan penuh bangga.. "hai, kan mesia dah menang bola semalam, kita dapat cutilah..."

bestnya... aku nak bawak ke taun depan cuti aku tuh..
sekali dgn anak2 masuk sekolah lah katanya...

ok, till next time..
babai..

Monday, December 27, 2010

cuti 2 hari je

hi..
apa kau buat cuti 2 hari weekend?

takde apa2 kan?
aku lah.. dari sabtu, kejenya tengok tivi je.. ntah apa2 aku tengok..
eh.. lupa nak bitau, anak2 pakat nak tido umah makyang dia
so, aku antarlah dorang sekali gus mengantar anak2 makyang balik...

ni kisah malam 24hb tuh.. aku diajak karaoke kat tmpt biasa.. sementelah belanja aliaa yg berjaya dapat 8A pmr. takpelah, aku suka je, so.. kami layan 3 jam kat karaoke.. am and the girls and jali and kami pulak laki bini je..

it was fun, walaupun liza adikiparku tak dapat join

pastu sabtu udah takde budak2 kat umah, sunyilahhh.. lain benau rasanya.. kanda subuh2 keluar kena keje pastu tup2 siang dah ada tido kat feveret chair dia... ntah aku tak dengar dia balik kol baper.. heheh.. baik tol bini dia, kan?

ajak kanda bekfest berdua kat pasar.. nak ke dia? eh eh.. dia nak laa.. heheh.. pegilah kamipunnn. beli ikan and sayur sikit2.
lunch tu aku masak sempoi2 je, ikan masin goreng, ikan goreng, masak pindang ikan selayang and kailan goreng udang. sedap je makan.. layan 2 pinggan tuu.. hheheh

petang tengok tivi lagi.. apa ke lagi nak dibuat.. sesambil lipat kain
kanda dapat call kata anak2 nak kena balik dah.. sebab esok pagi makyang and family dah nak balik kuala pilah.. so, kanda lepas maghrib, pegilah menjemput anak2 balik.. tak puas lagi duduk berdua cam baru kawin, udah anak2 balikk.. hahahah.. mmg tak seronok sebenarnya berdua je kat umah ni.. kurang bunyik kaedahnya..

ahad, kanda kena kuar petang pulak, so, pagi pakat pi pasar lagi bekfest ngan budak2 sekali. tinginnn nak belikan mak hadiah besday dia semalam.. tatau apa hadiah nak kasi.. kain batik, brooch or gelang kristal.. i ended up belikan mak compact powder.. sib baik mak suka. belikan jugak lauk paru goreng sambal utk dia tambah2 lauk lunch dia ngan abah nanti. hepi besday mak, kami sayang mak sangat2!!

aku pulak utk lunch masak lagi.. penat, tapi masak jugak.. ada org kata aku tak pedulikan anak2 aku.. asik pi sana sini, tak kisahkan makan minum anak2 aku.. tapi dia tau ke.. dia tinggal serumah ke ngan aku sampai boleh buat statement gitu? alah malas layan org2 takberotak gini.. suka buat org lain rasa salah sedangkan dia tak buleh nak buat macam kita.. apa kes.. kan?

eh,.. tulah, nak citer aku masak apa lunch, tiba2 termelalut.. heheh.. kes gerem nih..ok, aku masak ikan goreng bersambal, sayur kailan udang berkuah.. for adik (special kuah dia lebih).. telur dada and goreng ikan sepat pekasam. sronok tengok kanda makan.. mmg berselera dia kerana sukakan ikan pekasam tuh.. akupun dah suka nih.. sedapppp.. nyum nyum..

layan tivi lagi.. and tido.. wahhhh.. kanda yg bersiap pi keje petang tu pun aku tak sedar.. punya syahdu dapat tido kauuu..

tu jelah dulu ye.. will write again soon.
adios

Thursday, December 23, 2010

piyemar punya penangan

anak2 kakak aku jugak best bab2 belajar ni..
anak no. 1 dia dulu, saidatul.. dapat 8A
skrg anak no. 2 dia pulak, aliaa.. sama jugak.. tak kurang hebat.. aku tabik

mmg sejuk perut kakak ku itu mengandungkan dorang nih...


tahniahhh..
anak ko cemana pulak?



yg berdiri itu saidatul, yg duduk itu aliaa.. dua2 budak pandaiii...

mari tengok wayang

halluuuu,

kawan2 opis acik dah bercerita.. ramai jugak dah tengok citer ni..
aku teringin pulak
lama betui tak tengok citer melayu kat wayang, last skali citer apa ek.. citer yg niyang rapik merapik tu..
haaa, tengok ngan kanda masa tu berdua.. aku ingat mmg masa tu tengah hangin ngan kanda.. jadi citer tu ala2 je tengok...

eh.. melalut..
baru2 ni pi dengan sitizen nengok citer Narnia.. ada gak aku ajak siti tengok citer ni, tapi ko tau jelah siti ni.. idak dia ndaknya nengok citer melayu.. hukum karma la kalu dia tengok.. eh.. adalah.. dulu last citer yg kami tengok, citer melayu was.. puntianak sundal.. haaa.. kenapa pulak dia sudi masa tu ek? nanti aku nak soal siasat dia.. nanti laa..

aku nak pegi la tengok hantu kak limah. bawak bebudak.. ngan bapak budaklah sekali.. eh.. aku ke yg bawak, patutnya pak budaklah bawak makbudak and anak2..
ko jgnlah salah paham pulak, bukan queen control.. tapi kat umah aku tu kami sepakat okey, janji semua setuju, maka jalanlah kami semua.. tak kira sapa lead, okay?

chat later k?
babai..

Wednesday, December 22, 2010

handbag itu hadiah untukku...

hellooo my dear,

jgn jeles bila aku bitau kau, aku ada handbag baru..
aku tak beli ok.. hihi..

kanda bitau.. datin baru present kat aku..
bukan nak show off okay, saja nak buat entry...
dah lama tak tulis.. i need to write an entry.. anything, okay, anything..

tiba2 tingat pulak kanda sms tadi..
aku balas.. tell datin timakasehlah .. baik sgt.. selalu bagi barang kat aku and family..
aku tanya lagi .. apa brand..

kanda jawab.. ya, handbag..

aiyo.. dia tak paham ke soklan mudah aku tu..
brand apa.. bitaulah... boleh la aku berangan2 in advance..

dulu datin pernah bagi.. coach.. aku suka..
ntah2 brand sama.... tulah nak tau.. saja la kan?

last2 kanda respon..
balik rumah nanti cek la.. baru suspen..

kah kah kah berdekah.. adakah suspen gitu??
first time kanda nak bagi aku suspen..

till then..
adios

Thursday, December 16, 2010

hari ini kau datang riang..

hari ini kau datang riang...
tersenyum buat ku girang..
kau hias dirimu...
membuat hati bertambah sayang...


apa lagi ek.. dah lupa la lirik lagu ni..
masa aku kekecik dulu suka lagu niii


haaaaa.... tetiba acik ada mood nak menyanyi lagu2 lama ala2 retro gitu...
penyanyi pilihan.. uji rashid, hail amir, latif ibrahim, julie remi.. etc..
suka tauuu ...

jom la gi karaoke, gang!!!
ps: suka sgt sebab mangkok hayon takde, jadi idupku sgt tenang dan gumbira...

Wednesday, December 15, 2010

menunjuk

korangkan.. kat tempat keje korang kan.. ada tak org yg suka menunjuk2? tentu ada kan?
tempat keje aku ni ada ramai.. tapi tulah.. yg biasa sgt aku tengok tu adalah 3, 4 kerat, org2 yg sama jelah..



bukan nunjuk bakat keje, bukannn... bagus kalu nak tunjuk bakat, cepatlah dia naik pangkat kalu betul bakat dia tu kan.. but ini..
dia nak nunjuk2 yg dia tu .... ada banyak duitlah, dia dah ada simpanan 100 juta hengget kat bank la.. hui yo.. banyak giler.. awat masih keje lagi ek.. , dia ada kebun 114 hektar, laki dia gaji banyak sampai tak tau nak buat apa.. dia dah beli itu, beli ini, tapi masih ada lagi duit ni.. aiyo..

satu lagi jenis yg kata dialah yg paling lawa.. sgt konfiden tak hengat diri yg dia tetappp cantek walau apapun terjadi pada dia seperti tayar2 michelin sudah bergentayagan di badan dia.. dan dia rasa dia pandailah jaga badan walaupun dah beranak... padahal..
dia yg paling berjaya buat bisneslah...

dia paling pandai masaklah.. org lain tu toksah citer masakan depa, sebab dia akan lebih pandai buat semuanya.. lagipun dialah yg masak paling sedap, dia yg itu, dia yg ini, dia ajelah belaka yg pandainya... dia jugak yg paling pandai bergaya branded konon .. henbeg dia yg paling mahai kau.. tapi aku tengok, ala2 beli kat PS je, ntahlah.. aku ke yg tak pandai tengok??

dia yg paling popular laah, dia yg masih digilai oleh laki2 ntah mana2 kononnya.. dia yg paling comey genit ... (sebenarnya perasan giler)... dia yg paling berbakatlaa.. adoiii


naik rimas dah mendengar macam2 citer..
ntah iyer ntah idak.. kau sendiri jelah yg tau..

Tuesday, December 14, 2010

suka ati akulah kan...

aku ada hobi..



eh.. kopun ada jugak?
ish ish ishhh..




salah satunya adalah menyanyi kat karaoke..
baru2 ni kawan2 sekolah rendah.. sekolah rendah ok.. aku ada lagi kawan2 sekolah rendah.. korang ada? hahaa..
dorang ajak join aktiviti dorang melalak kat karaoke red box sempena ada kawan dari KK balik semenanjung, katanya..

aku segan la pulak
aku mmg kaki nyanyi, tapi gi melalak ngan org yg kita tak biasa akan menimbulkan satu macam perasaan malu.. ye tak?
aku plak... kalu dah malu, payahlah nak ekspresi diri, kannn...
jadi.. aku decided.. tak pegilahhh...

tu je citernya..

Thursday, December 09, 2010

dulu dan sekarang

ini taun 2008, akmal masih pakai glasses.. cuti kat melaka



ini plak 2009, kat Genting, pwc family day

ini ogos 2010 kat taman BBS..
dah besau2 anak2 aku, kan?
amal is a teenager now, going to be 14 next year..
ameer plak 9 next year..
anak2 aku walaupun muka nak sama.. perangai sangat beza..
amal suka melukis selain hobi dia baca komik
adik suka main bola sepak, badminton, main kad dan ntah apa2 lagi.. mmg dia jenis tak buleh diam walau seminitpun.. adaaaaa je nak di kacau..
rasa cam baru semalam aku mandikan dorang dalam besen besau tu..
tingat lagi dorang2 tu sangat2 comey masa kekecik dulu..
bukan sekarang tak comey
(bodo la kalu ada parents yg kata anak dia tak lawa/comey, kan?), cuma
dorang dah membesar dan dah jadi anak teruna..
kah kah kah..
ko bley bayangkan tak, amal and ameer, bawak gefren dia balik,
nak kenaikan kat aku and kanda... hahaha.. kannnn?





amannya dunia tuhan saja yg tahuuuu

yg tau tu, taulah kan...



mmg aku bahagia sekarang ni..
kenapa ek.. sebab dunia aku aman sekarang..
kenapa dunia aku aman sekarang, apa dulu kucar-kacir ke?
yup..
dulu kalu makhluk ni ada..
mmg aku tak aman.. adaaa je bad aura tu.. terkena2 kat aku
ini, dia takde, maka aku dapat kebahagiaan dan keamanan ituuuuu

hahahahahha....
duniaaaa... kejamkah akuuuu?

hikayat sang kancil

dalam sebuah hutan, terdapat seekor kancil yg mempunyai ramai kawan dari kalangan haiwan2 lain di dalam hutan tersebut. antaranya ialah harimau, monyet, badak, zirafah, tenggiling dan berbagai2 jenis haiwan lagi.






kali ini hikayat sang kancil akan mengisahkan tentang sang kancil dengan sang badak. kancil dan badak sudah lama berkawan. ada ketikanya mereka akan keluar bersama2 utk makan tengahari dan berborak2. kancil selalu kagum dengan kehebatan badak yg selalu mengaku dirinya bertuah dan ada segala2nya. kancil akan selalu memuji2 kehebatan badak kerana badak mempunyai kerja yg bagus, pendapatan lumayan, suami yg hebat dan juga keluarga yg sangat bahagia.

pada suatu hari, kancil pegi melawat badak dan mendapati banyak duit2 syiling bertaburan di kawasan rumah badak. kancilpun memuji "wahhhh... banyaknya duit kau, badak... sampai bersepah2 di sana sini.., banyak betul ni, sampai terkeluar2 rumah kau pun ada haa!"
badak dgn tersenyum bangga memberitau.. "yelah.. terlampau banyak... tak buleh nak simpan ha, dalam ni lagi banyak haa... " sambil dia menunjukkan sekotak kasut yg dipenuhi dgn duit kertas singgit2. memang banyak.
"kaya betul kau ni badak, patutlah kau selalu belanja mewah pagi petang siang malam, kan?" kancil memuji lagi.. "kalau ko nak beli rumah sebuah, cukup kot duit2 ni yg berkepuk banyak, ye?" tanya kancil..

sambil tersengih2 tak tentu hala, badak menjawab.. "takdelah kancil, mana cukup..."
"kalau ko simpan banyak2, ni, tapi ko tak beli rumah lagi, ko boleh jugak gunakan utk bayar sewa rumah kau tu, kan?" agak si kancil lagi. badak terdiam.
"tapi, sampai bila ko nak menyewa, sedangkan ko tu dah kaya raya, duit sana sini bersepah ha.. patutnya ko belilah rumah ke, pastu ko dah tak yah bayar sewa lagi.. ataupun kau belilah sebijik dua apartment, pastu ko sewakan.. tiap bulan, kutip je duit sewa, ramai haiwan lain buat begitu cari duit sekarang ni.. tapi still menyewa bulan2 jugak.. macam tu ke kau, badak?" tanya kancil pulak.
badak terkedu.. betul jugak kata kancil.. detik hatinya..
badak cuma menjawab "takdelah kancil.. mana ada aku beli rumah lagi.. blum cukup lagi duit aku..."

kancil pun mula membuat cadangan pada badak.. "baik ko simpan duit ni elok2 dari sekarang, bolehlah lepas ni ko beli rumah ko sendiri, pastu ko tukarlah kereta kau jadi kereta yg mewah sikit, abis, org kaya, takkan pakai kereta kecik cam kau tu.. masa tu barulah ko jadi haiwan yg betul2 kaya dan mewah.. pastu ko belilah baju2 and henbeg2 yg mahal and cantek sikit seswai dgn nama haiwan kaya .. takdelah segan sangat.." senyum kancil meleret pada badak..

kancil terpikir.. betul ke badak ni kaya, atau sekadar propah kaya jer.. rumah sendiri, dia tak ada, rumah banglo apatah lagi.. (haiwan2 kaya selalunya ada rumah banglo, kan?), kereta pulak, dia cuma ada kereta kecik jer.. tupun dia pi keje naik public transport, dengan alasan nak jimat.. sedangkan kalu org kaya, selalunya pakai kereta besau, at least kereta honda yg kekelas sikit jadilah.. kannnn? takyah pikir minyak, nak byr parking or tol semua.. barulah bebetui badak yg kaya.. haaa....

kancilpun membuat kesimpulan.."sohih ... badak ni berlagak kaya je ni...."

Friday, December 03, 2010

hepi besday abah, 2 dec 2010

abah turned 70 yesterday.

aku ajak dia kuar makan, takmonyer dia.."..belikan jelah, utk mak kamu.. " katanya.. hek eleh.. dia segan kot nak kata dia nak, tapi taruk nama mak, tapi nanti dia makan sesama.. kannn?
so romantic, kan... sharing food.
so, mak mintak kueytiaw.. utk abahlah tuuuu
aku kata malam nanti aku nak amik barang2 DCL, aku akan belikan sekali...nak tunggu kanda, kot2 dia nak belanjaaa

tup2, kanda balik mcm maleh pulak
apalah kanda ni.. org excited nunggu dia, dia kata later2 lah kalu nak kuar.. huhu
aku kata nak ajak gi tengok Danial sekali, yg baru lepas sunat hari tu..
kanda kata pi tengok apanya.. Danial dah dtg tu ha kat umah mak..
iyer ker?
akupun pegilah berduyun2 ke rumah depan yakni umah mak..
seronok tengok Danial.. dia rasa cam dah menginjak remaja la tu..sedih gak, sebab janji dulu nak sunat sesama ngan Azmeer, anak aku tu... huhu
well, mana boleh nak paksa2, kan?Ameer pun kata dia nak sunat gak.. ada ke.. ingat hari ni decide hari ni buleh terus potong, ke?
biarlah tunggu setaun dua lagi.. baru 9 taun Ameer taun depan..

aku ajak liza kuar since aku nak makan2 luar jugak ..
dlm hati kalu kanda takmo pi, aku pi ngan lizapun jadilah..
last2 liza setuju.. liza mmg satu kepala je ngan aku selalu.. laki dia tu, adik kandung aku tu je yg keras kepala sket.. entah sapa diikutnya pun aku tak tau.
kamipun pi lah kat kedai nasi lemak 45..
pesan burger utk danial and azmeer and pesan sup daging and charkueytiaw utk mak abah and also nasi goreng pataya utk akmal.
acu, adikku tu, mai pulak lepas tu, ngekor kami.. tak buleh berenggang langsung ngan liza.. biasalah tu.. tapi tak bawak pulak budak2 lelaki yg kami ingat dia akan bawak.. danial, ameer and akmal. Sib baik dah order untuk dorang, tapaukan je.

aku makan charkueytiaw sama cam liza.. sedap, tapi sikit. so, kami tambahlah satu lagi.. nasi lemak lauk ayam goreng berempah... ha kau.. makan ke mentekedarah???
liza punya statement.. "bukan kita tak kenyang kak oi.. cuma kueytiaw ni sikit sangat!!!"...

heheheh..alasan apapun tak kisah, janji kita enjoyyy and tak bazir makanan, ye tak?
abah punya besday, kami yg beria makan kat kedai.. ha ha ahaks..
aku tak belipun hadiah utk abah...
abah cakap korang dah datang ramai2 tengok abahpun dah baguih.... tu yg aku tak beli hadiah tuu.. ada ke patut ek?

tak perlu

aku baru sedar.. dia ni suka ngatttt bagi aku update pasal diri dia...


sedangkan aku dah takmo amik tau lagi pasal dia..lantak kau lah nak buat apa.. just do not involve me..

sebabnya.. aku pernah nak membantu, tapi dia pikir aku nak menyusahkan/memalukan dia... lepas ni, ko hendellah diri ko sendirik tu




mapuh kerah la mu... aku dok kisah..

Thursday, December 02, 2010

jeritan batin

tajuk sungguh dramatic, kan?


tapi sebenarnya nak bitau.. kalu ko nampak org lain kena jerit, baiklah ko diam... or, sekurang2nya tunjukkanlah yg ko kesian ke dia.. jgnlah ko rasa2 nak gelakkan dia, sebab.. nanti tak lama lepas tu... ko punya giliran pulak sampai... kena jerit and jerkah sekali... haaa, baru padan muko kau.. masa tu mana ko nak mengaduuu?

Tuesday, November 30, 2010

cantiknyaaa rambut kau..

last weekend, ahad, aku rasa seronok dapat bawak anak2 and tak lupa jugak kanda pi tengok wayang.

sebab kami cari movie yg ada 3D, maka Rapunzel lah, jadi pilihan.

suka sgt citer ni.. mmg tak pernah ingat jalan citer dia masa aku baca zaman kecik2 dulu, pastu bila dah tengok, baruuuu aku tau cemana.. seronokkk!

overall, aku mmg terhibur. gambar cantek, even kena pakai spek 3D yg tah apa2 tu, tapi aku sendiri boleh experience macam aku dalam itu cerita.. sgt berangannn, kan?

takde subtitle la tapi, sebab kata budak penjaga pintu tu, mmg takde, sebab mai direct dari US, boleh gitu alasannya?

lepas ni kita tunggu citer apa tu ek.. aaaa.. Narnia pulak, pastikan cari yg 3D okey?

Sakit itu ujianmu part 3

semalam kol 6pagi mak call aku, soh aku antar dia gi spital. dia penin pusing2 katanya..


gi spital? kalu kena gi spital, tentu teruk tu..
akupun klangkabutlah bangun, mandi solat bagai, and kejutkan Amal.
trus gi umah mak, diapun dah standby tunggu aku dtg.
aku bawak Amal in case aku nak kena park kereta ke pi mana2 ke nanti, dia bleh tolong tengok2kan mak.


paham2 jelah kat spital selayang ni kan, service nya udah dikabo awal2 at least 4 hours waiting.
nak tak nak kenalah aku redha, sambil nunggu giliran mak. terkebil2 je kami 3 beranak cucu.
sian mak, dia suka makan2 gak cam aku, cuma dia tak buleh tersilap, musti jadi gini.
bp naik melambung, gula pun tinggi jugak semalam.
tambah pulak ngan penat dia jenjalan ikut makyang and family gi tesco balik dari kenduri kat klang the day before tu. tak ke haru tu?


akupun pakat amik EL jelah. aku tak berapa nak syiok pi keje kalu mak tak sihat.
udah masukkan ubat tru suntikan and doktor advise bebagai, amik ubat lagi, kami balik, around 10.30am. apa aku buat lepas mak dah balik? layan anak2 la, layan tivi, pelagi, kan?

Thursday, November 25, 2010

bait bait lagu

untuk kanda tercinta..



carilah ku dalam hatimu
sayang sebutlah kau rindu
oh.. hanya pintaku
kasihmu kekal setia
usah biarku oh.. terus terluka


pabila bersamamu
debaran darah arus mengalir
cinta lahir selamanya
berilah kucupan sayang
biar terukir wajah kasih tercipta
berilah kucupan sayang
biar terukir wajah.. kasih terciptaaaaa

oh, kasih tercipta
kini ku mengerti
walau berpisah kurela kiranya kau bahgiaa
ohhhhhh

dari faizal superman!!

faizal, i am a big fannnn!

Wednesday, November 24, 2010

meh try ni.. sedap

aku dah cuba semalam
nak masak yg simple2 je yet sedap ..
cari idea dari mat gebu kat sini:
http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/10/kupang-goreng-pedas.html


acik takde cili ijau, so, acik guna ciliapi je yg ada kat umah tu.. janji cili, kannn?




lauk kami malam tadi, 3 jenis je, kupang masak pedas, telur dadar and ikan bilis goreng.. tu je, senang dan berkhasiat kau.. (malas takmolah kata kan)..













selepas beberapa minit.. abis...









thank you mat gebu!



Tuesday, November 23, 2010

gilernyer kau

aku ni manusia biasa... alasan ni.. ...



so, sebagai manusia biasa yg kerdil lagi lemah, chewahhhh...
aku mmg banyak kekurangan..



tapi, aku ada manyakkk jugak mende aku suka buat...
yg org lain kadang2 rasa tak menasabah.. well...


aku suka makan
aku suka tengok wayang
aku suka gi holiday.. suka suka
aku suka menari
aku suka makan lagi
aku suka karaoke
aku suka bersukan kuar peluh
aku suka belajar bahasa asing
aku suka baca novel cinta .. awwww, walaupun aku dah lama tak bercinta lagi
aku suka main computer games
aku suka challenge
aku suka tengok and layan korean movies/series
aku suka makan sushi
aku suka masak... pastu makan


bila aku dapat buat mende2 di atas ni, aku rasa enjoy.
aku paham bila apa2 yg kita suka, tentu kita akan cari kawan2 yg sama ngan kita, kan?

sesekali, bila aku dapat main game baru dlm collection aku.. aku akan main till 3,4 jam.. biasalah kan? tapi itulah, keseronokan or challenge buat mende yg kita suka ni lain.. hanya yg sama je paham.

sesekali jugak, kawan2 akan gelak bila aku bitau aku stay up till 2am, kadang 3am sebab melayan korean series... dorang cam tak percaya...well..
mak akupun siap ceramah... kalu ko berjaga lewat2 sampai pagi tu sebab ko solat malam kan ke bagus... heheheh....

mak oh mak, yg baikkk je dia pikirkan, kan?

bangun solat malam ye?

Friday, November 19, 2010

sampai syurga

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu

Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu

Terus ku tertunggu
Di hatiku.. masih kamu
Belum pernah ku ingin terus menunggu.. oh
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu Hanya kamu..
Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu.. harapanku
Hilang dalam terang yang membutakan ku..
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu.. Dirimu..
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna….
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu…..
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu..
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu..
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu Hanya kamu..

tips rumahtangga bahagia

8 tips kebahagiaan rumahtangga

ust. Siti nur bahyah kata ni:

puji
peluk
penghargaan
perhatian
pergaulan
persefahaman
percutian
permohonan

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Monday, November 15, 2010

ICU dan kupang

anak sedara kanda kat Muar accident, still kat icu.
semalam baru dapat peluang nak gi melawat, walaupun dia blum sedar. kat hospital pakar sultanah apantah, kat muar tu. all wired up, siannn dia. masih bergantung pada mesin jugak. semoga cepat sembuh.


ingat kanda nak bawak kami terus gi melawat kat spital, tapi knowing kanda, takdenya nak gesa2 der, lagi2 kuarga dia..


abg zen pulak jenis yg pandai masak, so, kami sampai tu diapun dah siap masak. apa lagi.. makanlah lunch duluuuu...


ada lauk kupang as usual bila pi makan di rumah dia... aku suka jugaklah, but idaklah giler amek.




cakap ngan kanda, balik nanti kita beli utk mak ye?


kanda ok sgt, diapun suka menda2 ni..


so, membeli kupanglah kami semalam, dekat 8 kilo kauuu..

kupang yg fresh, warna itam kehijauan


sampai umah, singgah dulu umah mak, sib baik umah mak depan je dari umah aku..mak suka, katanya dah lamaaaa tak makan kupang, so, merebus kupanglah kami semalam
pastu, makan sampai insaf..
pastu mengopek sebab takkan nak simpan ngan kulit2 dia tu..
adoii... dahlah dari muar sampai umah dah kol 8.40 gitu.. kopek pulak till ntah kol 10.50.

pikir2 cam sakit je tangan2 semua, sampai terpikir malaih nak gi keje..
ada ke? kupang tu tak bersalah laaa... ko yg gatai.. haaa... rasakan...

kupang selepas direbus, sudah terbuka... senang nak kopek/makan.

Friday, November 12, 2010

aku suka sangat nonton korean series

aku berjaga till 3 pagi tadi sebab layan dvd tengok lagi citer ni.. brilliant legacy.. dulu dah tayang kat tivi, tapi cakap mandarin, tak suka tak suka.. aku lebih suka dengar dorang cakap bahsa korea sendiri.. still terbaik.. sedih giler citer ni.

EunSung (pompuan) blajar kat NY dipanggil ayahnya balik cuti and cadang nak bawak adik lelaki dia yg autisma gi belajar piano kat special school kat sana sama2 ngan dialah. Dorang anak org kaya since kecik, so, belanja semua tak kisah. Dia tak tau yg ayah dia sebenarnya tengah bergelut bisnes nak bankrup.

Hwan (lelaki) ni pulak kena panggil balik dari NY study dek nenek dia sebab nak soh dia belajar manage their bisnes makanan kat Korea.
Eun Sung and Hwan, who were on the same flight back home, accidentally had their luggage bags exchanged, which led to several misunderstandings between the two of them.

Bapak Eunsung disangka mati bila wallet dia kena copet and pencopet tu pulak terkorban gas meletop dalam kelab karaoke.. apa daaaa. Bapak dia ni diam2 je tak balik, sebab bila dia dah mati, bini dia akan guna duit insuran tu utk byar utang2 semua and terus hidup dgn anak2 dia. Dia melarat tau.. However, his bini kedua dia ni halau anak2 tiri dia, Eunsung & adik dia EunWoo and dia dua beranak pindah rumah lain pulak guna semua duit insuran tuuu. Terus berubah jadi mak cinderella gitu kauu. Kejammm...

Masa ayah dia mati tu, aku tak bleh tahan tengok kesedihan EunSung. Pastu mak tiri dia soh dia bawak adik dia keluar dari rumah dorang sebab katanya dia takkan mampu nak tanggung dorang lagi. Masa nak kawin ngan bapak dia, dia sakan2 janji nak jaga anak dia sendiri sorang and also anak2 bapak dia, si Eun Sung and adik cacat dia tulah. Tiba2 jadi lain bila bapak dia dah mati.

Memang leleh la time2 dia kena halau kuar rumah bawak adik dia yg cacat tu.
Siap keje kat nite club nak cari duit sara idup. Pernah dia ajak adik dia sama2 bunuh diri bila fikirkan duit yg dia adapun kena kebas.. kesian tauuu. Sangatttt lah sedih.. lepas satu2 insiden malang jadi ke dia.. Malam ni tentu aku sambung lagi.. Tak tido pun takpe.. nak tengok sampai abis. Siang esoknya buleh tido.. kejam tak? Cuti maa.. cuti solat jugak.. apa lagi??

Thursday, November 11, 2010

apa ke dibuat ni

perut kenyang niii
lunch tadi makan kotiaw lagi, but this time taruk telo rebus and sambal tumis.. sedap



ahin makan kotiaw ladna, dia masak sendiri tauuu.. sedap jugak aku rasa tadi..
dia mmg superb bab masak2 ni..



tulah sebab aku ngantuk, makan sedap, dah kenyang... aku nak lolap, normal la tu..

love the way you lie

Just gonna stand there And watch me burn
But that's alright
Because I like The way it hurts
Just gonna stand there And hear me cry
But that's alright Because I love The way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie

I can't tell you what it really is
I can only tell you what it feels like
And right now there's a steel knife
In my windpipe I can't breathe But I still fight
While I can fight As long as the wrong feels right
It's like I'm in flight High of a love Drunk from the hate
It's like I'm huffing paint And I love it the more that I suffer I sufficate
And right before i m about to drown
She resuscitates me She fucking hates me And I love it
Wait Where you going I'm leaving you
No you ain't Come back We're running right back
Here we go again
It's so insane
Cause when it's going good It's going great I'm Superman With the wind in his bag
She's Lois Lane But when it's bad It's awful I feel so ashamed
I snap Who's that dude I don't even know his name I laid hands on her
I'll never stoop so low again
I guess I don't know my own strength

You ever love somebody so much
You can barely breathe
When you're with them
You meet And neither one of you Even know what hit 'em
Got that warm fuzzy feeling Yeah them chills
Used to get 'em Now you're getting fucking sick
Of looking at 'em You swore you've never hit 'em
Never do nothing to hurt 'em
Now you're in each other's face
Spewing venom And these words When you spit 'em
You push Pull each other's hair Scratch, claw, bit 'em Throw 'em down

Wednesday, November 10, 2010

entry bosan sobab tak boleh lolap haaa...


aku ni bosan tahap cipan nih...
walaupun kain banyak tu, nak lipat, nak sidai nak susun dan sebagainya nak kena buat..
perkara kain je kemain banyak, kan??

tak termasuk perkara kemas lagi tuh...
haaa... sebab aku sorang je yg nak kena buat, so, ikutlah time senang aku, ye tak?



kanda and anak2 sumer dah pakat lolap tu ha.. kroh kroh je yg kedengaran kejap kejap!



nak tido, mato tak ngantuk.. padahal badan dah super duper letih balik aerobics aka poco2 kat astana tadi.

aku rasa badan aku dah naik balik la.. matilahhhh...
apa harus ku lakukannnnn?

amma
appa
kadawaleyyyy



hek eleh.. macam tak biasa ..
soklan tu takyah jawab, sendiri mau ingat..
pegi buat exercise, kurangkan makan nasik, kurangkan duduk2, kurangkan tido..
boleh je, bukan susah amek...



payah je ...
aku dah lali, naik, turun, naik, turun.. senang



esok pagi, aku ingat nak makan roti bakar la sarapan..
haaa.. blum apa2 dah citer pasal makan.. mana tak dapat akibat badan comey ni..
bukan tu je, nak beli roti wholemeal tuh.. nak makan tu je ganti nasik for another month..
ko tahan tak? aku suka beb, kalu kena gayanya, sedapppp...

cemanapun... nanti kita tengoklah hasilnya, kay?

esok malam ada lagi sessi aerobik merobik and not to forget, poco2..
aku suka kuar peluh jantan betina tauuuu!

Tuesday, November 09, 2010

dah makan lum....


aku makan kotiaw goreng,
taruh kacang goreng, taruh ikan bilis goreng, taruh timun and sambal tumis.
beli masa sarapan khas utk makan lunch..
sekarang dah kenyang kauuu...
nak main game pulak... game apa?
burger shop ke sally's spa?

Monday, November 08, 2010

ko boleh tanya soklan tuu?

aku malas nak citer..





tapi aku sendiri geram and bengang..
kenapa aku tak suka kat engko?

sebab ko perangai cam bebudak tak cukup akai.. selalu persenda org, selalu buat org rasa cam cibai..

ko selalu menggedik tak tentu hala

cukup la dulu kot?

bisnes oh bisnes

bidadari manyak lakuu, maklumlah killer products dari DCL nih..
even org tanya aku tru fb pun ramai.. malu tauuu

kopi punnn sama, mmg tiap2 bulan banyakkkk order..

eh, d laila punya products sama naiklaaa... dengan krim malam dia, ngan sabun muka yg seswai semua jenis kulit, semua laku..

satu lagi feveret ialah d genius, produk utk otak.. mmg lakuuu..

all in all, dcl punya barang2 mmg buleh jual.

sapa nak join aku, cepat2 bitau sebab skrg tengah promotion, RM50 seumur hidupppp!!

Thursday, November 04, 2010

melaka 2010

Seblum sampai everly resort.. lepak dulu kat pantai klebang for lunch... semua leka makan tu!



mandi-mandi dan mandi adalah acara wajib bagi budak2 nih..


makan ikan bakar, stim, 3 rasa dan sebagainya...


mak and cucu2 pompuannya.. sebelum eh, sesudah sarapan


pemandangan dari balkoni tu sgt cantek.. walau laut tak jernih /biru!


hall besau, enjoy lepaking sambil tengok tivi


melaka from the taming sari tower.. cantek tak?


Wednesday, November 03, 2010

balik dari cuti




rasa segar bertenaga je lepas cuti panjang

hihi, lepas ni keje 2 hari, cuti lagiii.. 3 hari campur depavali..


keje keje, cuti cuti cutiii



amacam?

taun depanpun nak kumpul cuti pastu nak jalan2 cam taun ni jugak


gambo2 nanti aku paste later ek..

Friday, October 29, 2010

sunyi dan aman

harini jumaat, blum sabtu tau.. kenala keje...

sib baik macik meroyan tu takde harini, kira peaceful sgt.. maklumlah, takde bad aura or bad vibration kat working area aku nih.. aku rasa aman giler nih.. hepi je keje..

tapi aku haf day, petang nanti aku cuti.
mak aku nak buat rendang, so aku nak tolong apa2 yg patut. semalam dah beli daging, lupa plak beli santan. aku la kena motong daging2 tu semua. ntah apa buat rendang takde santan.. hahaa.. yg rempah2 rendang ni mak aku dah siapkan since last month lagi, simpan freezer, punya beria-ia kauuu...

pasai apa buat rendang, bukan raya haji, cuma deepavali, tupun next week, tapi aku islam muslim, tak sambut tu, tak.. aku nak pi melaka, holiday.. heeheheh, rendang ni makan masa piknik kat air keroh esok, sebelum cek in kat everly.

org pi cuti gilah beijinglah, ostolialah or abis2 gi singapore ke, kan... aku ni, gi melaka je.. well... aku pedulik hapa.. bukan aku mintak duit ngan sesapa, ye tak?

inipun bukan senang tauuu nak arrange.. ini family trip gitu.
adik beradik nak kumpui senang ke? inipun last minit abah aku and acu, adik bongsu aku tak dapat pi. well, aku nak angkut 2 org anak acu pegi sama, si nisha and daniel, biar dia dapat kumpul semua sepupu2 nanti and bergumbira di tepian pantaiiii.. cewahhh!

so, itinerary kira masih kabur2 ni, but aku dapat ingat jugaklah apa2 yg aku plan ni.

hari 1
- nak lunch / piknik kat air keroh punya taman, taktaulah mana
- lepas cek in, nak gi check out the beaches.. mandi laut la sapa2 yg minat
- petang ke malam, nak makan ikan bakar at the nearest kedai ikan bakar, dont forget ikan stim and all the other seafood in town
- malam sebelum tido, nak ajak dorang menikmati suasana malam di tepi pantai sambil borak2 satu kuarga

hari 2
- lepas bekfest, nak pi jalan2 bandar melaka till lenguh and have lunch outside
- petang nak mandi laut and organise games for the kids (bola sepak, futsal, tarik tali & gusti/sumo)
- malam, pakat cari tempat dinner yg lain, yg paling best in melaka town (sambil tanya sapa sudi membelanja..hihhi)
- balik hotel, organise in door games for the kids (monopoli, komputer games and silap mata by pak teh)
- in case ada yg berminat, sessi karaoke akan dijalankan di sekitar hotel, kalu necessary
- sebelum tido, sessi muhasabah diri akan diadakan bagi setiap ahli keluarga sambil membincangkan hari kuarga pada taun hadapan

hari 3
- lepas bekfest, sessi shoping dan melawat pantai dan mandi sampai lebam
- packing and cek out
- sessi bergambar beramai2 seblum aktiviti bebas & balik

tu jelah, kalu ada gmbo kita letak in next entry ke apa..

Tuesday, October 26, 2010

mengidam

dari dalam tren pagi tadi aku tiba2 tingin nak makan mende2 ni:

1. roti canai & roti telo
2. ikan bakar
3. sushi

matilah org kata aku berangan ngidam.. sebab aku dah kertu katanya tak seswai ngidam nak mengandung.. hihi

tapi sebenarnya kalu aku mengandung cemana aku tak buleh bayangkan....

Monday, October 25, 2010

Geram kat engkaulahhh

Gerammm je tengok dia, rasa nak lempanggg je.... pang sekali.
tulah perasaan aku bila ngenangkan adik aku yg sorang nih... memanglah dia manja sementelah dia sorang je jantan in the family kan. tapi dia jugaklah yg selalu buat slek tauu..
dah baik2 plan nak buat family day kat melaka ujung bulan ni, tiba2 dia kata tak jadi..
mmglah aku bengang..
well, this is not the first time, butt..
alasan dia, dia tak dapat bonus..
aku?
aku dapatkah?
tapi sebab nak pegi, aku menyimpan la .. kan?
benci tauu, mmg mak bencik, tapi banyak2 hal, mmg mak kesian kat adik ipar mak yg satu kepala ngan mak tu.. kesian tahap cipan..
aku bengang ngan adik aku tu, dia pulak, kena hidup dgn org tu..
sabar jelah...

Thursday, October 21, 2010

khamis 21102010

baik punya nombor kan tarikh ni
pagi2 aku klangkabut lawan jem sumer2, sampai stesen batu caves, kalut2 beli tiket kat mesin lagi.

lari2 turun tangga.. aikkk. takde tren.. org ramai tunggu pulak
aiyo.. tren cancelled, the 7.35 one, matilahhhh, lambattt..

benci tau, bukan nya pospone 10minit, tapi kena tunggu for the next tren.. huhu.. 8.05am.
bukan salah saya tau dtg lambat tadi, sebab saya naik public transport, kenalah saya tungguuuuu...

8.59 baru aku masuk kat opis.. at least before 9 kannnn?

Wednesday, October 20, 2010

tah apa2 punya bangkai

aku seronok cuti, 5 hari aku cuti.. janganlah jeles
kakak aku ngan adik ipar aku semedang jeles bila aku cuti..
ater, cuti deme udah abis.. salah aku ker? jumaat sabtu ahad isnin selasa... huih lamaaaa, katanya.

well, bukannya aku ke mana2 pun, just lepaking at home, buat apa2 yg patut je..
jumaat tu, kaki teman.. bahagian lutut teman belah kanan, udah bengkak sebab aerobik malam rabu tu hari.. kamis pi keje dengkot2, jumaat idaklah teman nak paksa kaki tu menderita... so, teman amik cuti rehatttt.. chewahhh!

hari senin and selasa barulah teman bebetui cuti.. so, all and all 5 harilah teman bersantai kat umah.

well, memang syiok melayan kerenah anak2 tauuu.. deme gi sekolah je, akupun melayan la pulak games kat kemputer lagi.. ada ke kan? kakak aku pelik bila aku main komputer games, dia tak buleh katanya, tapi aku ok, aku sukaaa sgt games, tak kiralah dah tua ke apa ke kannnn? ko tak suka, takkan aku tak boleh suka, ye tak? pastu lipat kain sambil layan tivi. tv1, 2, 3 sampai semua channel yg ada sementelah aku takde astro, kan. dua harilah jugak aku tengok siti kelembai siaran siang kat tibitiga.

dah hari ni, kena masuk keja la balik, aku suka? well, aku redha, sebab tak amik cuti till friday, kenalah sambung keje. lagipun aku suka jugak keje aku ni.. mmg feveret. hihi.. hati kena suka, baru bersemangat keje..

bila dah cuti lama sikit, barulah refresh sikit pikirannnn...
macam2 kisah aku dengar pasal macik nih.. eeeiiii tak tahan, mmg sohih selama ini, dia ni sakit mental rupanya!

Wednesday, October 13, 2010

Langkawi

aku kan, nak pi langkawi bulan 5 taun depan.
aku dah cek ngan AA nya website semalam.
sgt murah katanya, like RM368 for the whole family, 4 of us.
with hotel.. apa ke namanya Eagle bay, entah.. for 3 days 2 nite.

masalahnya tak buleh buat payment mbb2u.com
badigol sgt.. aku takde credit card la labuuu..
how la wehhh.. dah excited, tapi tak jadiii

potong stim katanya...

Tuesday, October 12, 2010

burger oh burger

giler aku dibuatnya ...
asyik betui meniaga burger seminggu dua ni..
duit masyuknya ntah man-mana huhuhu..
letih, lenguuuhhh..

penangan game burger shop nih..
lepas main, terus rasa nak makan burger plak.. boleh?

penipu katanya.. bukan jual produk, lebih kepada skim cepat kaya

janganlah pikir senang nak kaya..
kalu nak senang benau kaya... cara senang, tentu ada melibatkan mende2 haram dan memakan duit org.. tulah dia..

apa2 pun kita cek baik2
jgn nanti duit udah invest berpuluh ribu, dgn harapan nak senang, kita jadi lagi susah.. menyesalll... nak keluar, dah tak buleh

sedangkan, kita ada plan dgn duit simpanan kita tu.. utk masa depan anak2 kita..

jadi, kawan2... dan aku ngingatkan jugak diri aku
beringatlah.. biarlah susah sikit, berusaha, jgn nak dok tunggu duit dtg kat kita cara mudah..

Monday, October 11, 2010

weekend yg sangat memenatkan

ingat sabtu ahad nak relaxxxx je macam kucen atas nih.. sambil layan anak2 main games ke kan.. sebenarnya anak2 yg layan aku, hihi...
tapi....
bila kanda sms bitau abg dia, abg zain and anak sedara nak dtg esoknya (ahad).. aku terus rasa dalam hati .. "alamakkkkk" ...entahlah, sejak kisah anak2 dia buat tak betui kat aku.. aku jadi tak suka kuarga dia semua, how?
susah nak repair dah!

tapi weekend ni mmg penat.
penat berjalan ke umah org kawin, rumah pengantin pompuan Yus, kat kuala selangor, pastu pi melawat anak sedara, dah bersalin kat HUKM. sampai umah, dah siap2, layan semula games till 11 lebih.. huhu.. lenguhhh. but, i had fun!!

Friday, October 08, 2010

online again


skrg aku dah boleh online again at home.


takyah terkejar2 nak bukak tengok status kawan2 kat fesbuk lagi.
buleh dah terus buat new entry kat blog bila idea tercetus and bila hati gerem... heheh


pat lowe yong, kawan sekolah rendah aku, tak leh kata aku anti-social lagi, sebab aku dah boleh join dorang punya conversation on ntah apa2 topik ntah.


tapi ini semua bergantung kepada kesibukan anak2 dan kanda, kalu deme nak guna internet, aku malas jugak nak kacauuu..


still ada banyak alasannnnn

Thursday, October 07, 2010

ada-ada je yg ko nak sentapkan

- aku yg teringin keje tu tau.. tapi ko yg dapat.. aku sentap laa
- aku nak yg itu, tapi aku tak dapat, ntah apa2 yg aku dapat ni.. tak suka.. aku sentap
- dulu aku tak banyak keje, sekarang bnyak keje, some more susah pulak.. lagi aku sentap
- aku nak cari salah oranggggg je ni, supaya aku terlepas dan aku tak salahhh... tu aku suka, part of my hobby nih..
- semuapun aku tak suka, aku suka tidoo je kat umah, how?

memang sgt merengsa kalu ada org cam ini dekat2 kau.. kdg2 kaupun terkena bahangnya sekali..

...... bila nak berubah ni?

Wednesday, October 06, 2010

entry ini adalah kerana..

aku suka menulis, tapi, aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih, pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangku
kita sama semuanya sama
apa yg ada hanyalah ... apa yek, aku dah lupa lirik lagu papa rock ni...

hahahhaa... merepek di pagi hari rabu yg sebu

nanti aku buat entry baikk punya, k?

Monday, October 04, 2010

suka jalan2, lagi lama lagi syiok
























my 2 colleagues yg suka bergambar..






dah senja tu baru dapat kuar dari hotel nak berjalan2..


























masa kat cameron ni, aku rasa cam tak cukup masa nak gi petik stroberi lagi, nak cari sayur lah lagi..

kanda plak soh amik brochure hotel2 or tempat2 menarikpun aku tak sempat.

tulah, ke jadah meeting apa kebenda tah sampai 3 jam lebih, membuang masa berharga aku je..
langsung takde cakap pasal support staff cam aku ni dalam meeting tu.. so, aku rasa cam takde makna je...

Thursday, September 30, 2010

happenings kat opis

outing
esok jumahat, kan?
opis aku, i mean dept aku, ada buat outing .. this time kami pi cameron highlands..
1 nite stay kat equitorial hotel sana.. cam best je kan?
last skali aku pi sanun when i was 7 months preggy with ameer.. 9 years back.. tentu berubah dah CH kan?
katanya ada dinner, ada sukaneka, ada party and ada meeting (tah apa2lah, still nak discuss keje masa outing, kan?)
aku nanti nak beli sesayur banyak2 and buah stroberi.. haaa ingat tuuu!


pot luck
senin ni pulak kat opis kami ada jamuan raya.
actually kami tumpang dept. word processing.
konsepnya kali ni pot luck.
aku dah apply cuti senin & selasa, but kena cancelkan sebab nak join party nih, sakan ek...

aku cadang nak masak spageti je, mudah & cepat.
tadi ahin kata jgn pakai daging, sebab sensitip kat bangsa2 lain. lahaiiii.. aku mmg cadang nak guna daging, kenalah kensel.. takkan nak cari kambing, tak seswaiiii.

Wednesday, September 29, 2010

politik pejabat

tah apa apa citer aku dengar
macam2 kisah tentang politik kat opis ku ini
nak caya rasa cam teruk benau, tapi, inilah hakikatnya

politik teruk
yg patut tak berlaku jugak buleh berlaku
yg tak sangka jadi, telah jadi

so, ramai tak suka or tak setuju
sila berenti.. dah ramai pun yg angkat kaki

good for you kalu u stand for your rights and belief..
jangan pandai bercakap, tapi tak serupa bikin..
aku yg hanginnnn

Tuesday, September 28, 2010

Cantik ke kau tu?

tensen la...
konon2 ada dinner, pastu kenalah pakai lelawa katanya..
so, aku manalah ada baju2 lawa, kan?

matilahhhh berangan nak cari baju pulak lepas ni..

toksah la bitau ko nak pakai apa..
aku tau mmg style ko takkan jadi lain, musti style itu nyer..

kannnn?

Monday, September 27, 2010

naik ketapi dari gua batu part 2

seronok tau naik ketapi pi keje..

yalah, dari first station, nak tunggu tren gerak dah berapa lama, pastu..
dah gerak, nak tunggu sampai stesen aku, 9 stops, haaa.. tak tido dibuatnya?
buleh mimpi 3 episod..

bukan tu yg aku nak citer sebenarnya...
ni kisah tambang tren..
pelik tapi benar..
kalu aku beli tiket pegi balik batu caves - klc, harganya 4.00
kalu aku beli asing2, cuma 3.00 je.. entah kenapa.. deme bagi harga asing lagi murah..

tu je.. sementara deme belum sedar aku nak beli je tiap2 hari rupa iini..
tima kasih to my fren, Geena, who has discovered this thing..

Friday, September 24, 2010

hantu kau

Ada satu makhluk kat dunia opis aku ni. Aku gelar dia pompuan meroyan je.
Rupanya dia ni suka kalu ada org2 yg bergaduh / berselisih / tak bertegur.
aku ni pulak bukanlah feveret person yg org semuaaa suka. Aku sendiripun ramai yg aku tak gemor. Bila tak gemor, aku tak bertegor la, kan. Yg tak ngam ngan aku, idaklah aku berkenan nak senyumpun… tak ku sior, kata org perak.

Tapi tulah, aku ada gang2 aku sendiri, walaupn tak ramai.
Makhluk ni pulak, bila tau aku bergaduh / berselisih dgn org2, dia mulalah berbaik ngn org tu. Saja, nak tunjukkan apa ntah. Dia mmg takde kawan. Takde sapa yg suka ngan dia.. Macam2 aku dengar kisah dia. Pastu tabor fitnah sana sini, kononnya aku ni gitulah ginilah.. dey, apa daaa.. sangat bodo and budak2 nau pikirannya.

Baru2 ni aku berbaik pulak dgn sorang kawan ni, aku rasa udah nak berbaik, aku baiklah.. Tuhan tu maha kayakan, selalu bagi kita peluang utk mengeratkan semula silaturrahim. And kawan tu pulak, tak menolak, maka berbaiklah akuuu..
Si meroyan ni macam tak tentu hala, tanya kenapa aku berbaik pulak.. sedangkan dulu dah gaduh. Konon2 akak ni mmg kaki gaduh dan suka cari pasal. Sooooo the childish, la.

Makin lama, makin mencik aku kat pempuan meroyan nih. Jalankan jelah keje ko tu baik2, jgn kena buang pulak nanti, ingat sikit, ramai je yg merhatikan kita nihhh. Nak2 pulak ko tu pernah dapat surat amaran.. haaaa..

Thursday, September 23, 2010

kisah raya 2010

boring ek..
orang lain dah buat entry, aku baru terhegeh2

well.. lantaklah
akupunya sukalah

aku cuma nak citer bila aku rasa nak citer, gaya akulah

gini kisahnya..
taun ni, aku ikut kanda and family beraya di bukit mendi pahang, umah kak zizah, kak ipar ku yg no. 2. boleh katakan situ jelah yg rasa kanda macam dekat ngan kuarga, sejak mak takde dah ni.
so, sehari sebelum raya, tengahari, kami dah gerak drive ke sana.
aku tak berapa nak suka, in fact, aku sedih bila salam tangan mak abah, tinggaikan dorang berdua je kat umah masa tu. well, aku kena ikut laki, kan.. kaedahnya ada laki ginilah.
tensionnnn...
aku sabarkan hati bila ngingatkan nak menghepikan laki, aku redha jelah.
kak zizah umah dia sgt pack ngan kuarga sedara mara. abis, semua pakat nak raya situ, yg dari perlis pun turun ke situ, yg dekat jauh, semua situ, maka packlah. dia sibuk masak tu, masak ini, masak lagi dan lagi dan lagi.
yg penting, laksa and mihun sup musti ada.. kata kanda.

pening.. bila raya, tatau nak jalan ke mana. bukannya ada sedara mara dekat2 situ
pakat amik gambau reramai. tumpanglah kamera dorang, since kami tak beli lagi kamera cam tu yg tak pakai filem tuh.. hihi.. rasa kolot sangat bila semua org dah guna kamera jenis tu..
lepas puas makan2, bergambau2, kami pakat pi jalan ke rumah2 jiran sebelah kiri umah kak zizah. 4 rumah semuanya. makan best2 lah, maklumlah hari raya.. paling takhengat diri adalah umah cik limah, makan satey.. haa, umah dia mmg tiap2 taun bakar satey, sooo, satey is tajuk utama tauuu... umah korang tentu takde satey kan?

tu jelah.. lain2, melanguk kat umah.. makan, tengok tivi, borak2, makan lagi, tido..

eiiii... nak balik sangat, tapi ku tahankan jua sampaiiiilah malam raya ke dua baruuuu dapat balik selayang, beraya di umah makku pulak..


entahlah.. berpuluh taunpun aku tetap suka beraya di rumah makku jugak... lantak!

Wednesday, September 22, 2010

Back to work

Selepas puas cuti berharirayasakan... aku keje semula harini.

Aduhhh... mmg lebih seronok di rumah, walaupun tatau nak buat apa.. i still say i prefer lepak di rumah...

Heheh.. pengakuan aku yg masih malassssss..

Monday, September 06, 2010

tak sabar

aku kan.. mmg takde mood nak keje dahhh
harini pun, sebab aku takde mood keje, aku terlewat bangunnn.. hihi.
punyalah syahdunya tido lepas subuh.. amik kauuu

aku ni tak sabar nak raya dah.. cam budak2 kecik pun ada gak, kan?
nak buka puasa, pastu dengar terus org bertakbir di tivi radio semua.. pastu klangkabut mengemas rumah semua, maklumlah esok nak raya.

mak pulak, kangkabut kat dapur masak rendang, ketupat, masukkan kuih dalam bekas kuih..
pastu kami adik beradik menolonglah apa2 yg patut

seronoknyaaaaaa

Monday, August 30, 2010

cuti

korang tau tak, aku ada cuti taun lagi 31 hari, ini sebab keje overtime yg aku buat awal2 taun hari tu. cuti banyak, duit kurang, tak berapa nak syiok. ada pulak yg jeles nanti nih..

tapi, aku cadang, nak amik je sebulan dalam 3, 4 hari ke, kan..
kurang gak belanja kalu aku tak gi keje...

nanti kalu ada duit lebey, aku nak pi KK bawak kanda and anak2 aku makan ikan bakar tepi laut.. mmm, best tak, korang suka tak ikan bakar cam aku suka?
di bawah ni mmg gambar seafood yg dibakar dkt tepi laut masa aku pi ngan siti and echah dulu... terkenang kesedapannya..





Tuesday, August 24, 2010

rombongan cik yah naik komuter dari batu caves ke sentul



yg tudung kelabu2 tu ialah ketua romb0ngan, sebelah kirinya berbaju putih adalah makyang.

acu and family kira cam relaks je, padahal hati dalam berdebar2.. mana taknya, first time naik komuter kauuu...



cucu-cucu mak yg lelaki memang tak lepas peluang menunjukkan aksi2 pelbagai..



posing kau, jangan tak posing



this is my family.. ni dah tiba di sentul, kena patah balik batu caves, cross over to the other platform. tak sangka kanda nak ngikut.. ngeh heh heh


lama la pulak ketapi ni, well.. ramai2 macam2 gaya! mak yg tepi sekali tu, sabarrr je!



dua dara anak sedaraku, alia and atul
seronok dapat berkumpul satu kuarga cara cam ni. ini malam sabtu, 21/10, kami keluar lepas isyak beramai2 ke stesen komuter batu caves utk merasai pengalaman menaiki komuter.. walaupun hanya pergi ke sentul dan balik semula ke batu caves, ini adalah satu pengalaman yg tidak dapat kami lupakan..
masing2 cuba buat planning nak pi mana2 pulak selepas ini, sebab dah tau, cara nak naiknya..
hehehe.. aku la yg bawak dorang semua sejak aku sendiri dah mula menggunakan kemudahan komuter ni since its first day of operation - 29 july haritu

Friday, August 20, 2010

psycho ke apa

pagi ni aku masuk opis lambat sikit..
masuk je org2 sinun kecoh ada tulisan guna marker merah kat atas meja one of the staff

"i will always love u, please dont forget this crazy guy!"

inilah yg ditulisnya
sapa tulis.. entah

kalu ye suka pun, antar bunga ke, coklat ke, best jugak ye tak?
dahlah tak tulis nama, pastu conteng ngan permanent marker lagi tu..

admin tengah investigate sapa kah yg durjana itu ..
ada gak yg kata org mabuk sedang luahkan perasaan yg tak buleh diluah ketika siumannnn.. kes tak berani menghadapi kenyataannnnn...

macam2 pesen

Thursday, August 19, 2010

apahal ko terasa sendiri?

benci tak kalu kita nak tolong dia.. takde niat apa2, tiba2..dia bley kata aku ni menyindir dia .. apa kes aku nak pegi menyindir dia, dahlah aku ni banyakkkk keje okey? udahlah takde kata timakasih.. bukan aku nak sangat pun ucapan tu, but, takyahlah buat andaian2 pelik pulak..

ini jadi pengajaran kat aku.. takyah percaya dia dah dan jgn lagi tolong dia.. betui kata sorang kawan aku ni, bangsa ni memang suka cari pasal ..

bengang sangat ni.. ilang mood tau akuuu


Tuesday, August 17, 2010

three in a row

semalam kandaku sms masa aku kat opis, 4 lebih gitu, katanya tingin nak makan spageti lagi.
baru2 ni buat jugak, tak puas katanya makan. akmal anak sulung tu, kalu dah makan, org kiri kanan pun akan rasa kesian kauuu.. so, bapak dia pakat kesian ke dia lah tu bapak dia kurangkan makan, so, kalini bapak dia sendiri nak makan pepuas. maka dia request pulak.

sementelah hari keje ni kan, ingat aku buleh buat apa?
aku pun kata kat kanda, soh beli barang2 and sampai rumah terus je rendam pasta tu.
so, akupun take my time je, balikpun 5pm, kan? abis2 kuatpun 6.30 sampailah di rumahku syurgaku itu.

ko taulah naik ketapi tanah melayu tukan, sib baik sehala je, entah kenapa rasa lebih slow dari biasa. pastu sangkut plak kat sekolah, pastu sangkut lagi kat pasar ramadan aka param kg noda.. aduiii. tu tak tahan tu..

sampai umah kanda dah merendampun pasta. akupun bersilat, maka tersiaplah spageti bolognese yg paling sedap dalam alam maya nih..buka spageti, balik terawih spageti and bangun sahurpun makan spageti lagiiii.

3 kali dalam tempoh 6 hari puasa niii... maknanya spageti aku mmg sedeppp!!
perasannnnn!
ini gambar dulu masa jamuan raya.. ada spageti merah, ada yg putih... mmmm

Thursday, August 12, 2010

ngantuk

korang ngantuk tak poser poser ni?
kan best kalu tiap kali bulan poser, kita cuma kena keje 1/2 day pagi, kan?

Friday, August 06, 2010

tenaga batinmu..


MASALAH TENAGA BATIN LELAKI

Bagaimana produk DCL membantu anda dalam masalah ini?
1.Ry ilex
Menganjalkan saluran darah seterusnya membolehkan pengaliran darah sehingga ke kawasan hujung termasuk ke hujung penis dan menguatkan urat darah seterusnya mengurangkan kesensitifan hujung penis dan kesannya melambatkan ejakulasi.
2. Red guara cafe
Meningkatkan keupayaan darah membawa oksigen ke kawasan hujung penis.

Cara guna:
1. Ry ilex-2-3 kali sehari
2. Red guara-diminum beberapa kali sehari.

even if ....

"even if you are in the right track, your will get run over if you just sit there ..."

Wednesday, August 04, 2010

Cantik menarik kau tetap da bomb


aku ni dah dalam kategori tua la.. apa taknya, udah 40 lebey kan, tapi aku baru je belajar cara2 make up. cara2 yg betui menjaga kulit muka.. tapi memang tak terlambat, sebab aku nak pakai muka ni sampai mati, so aku kena jaga.. setuju tak?

tak kiralah aku nak idup sampai bila kan.. akupun tatau.. tapi kata cik norli, beautician DCL tu, kita kena kenal jenis kulit muka kita, barulah kita buleh menjaganya dengan betul, haa..

patutlah aku punya muka semacam je, aku salah pilih kategori. ingatkan kulit aku ni jenis kering, tapi sebenarnya jenis kulit berminyak.. haaa.. jadi aku kena lah lebihkan cleansing and toner plak tumpu kan lebih kat tempat2 yg bermasalah... jerawat, jeragat and kulit tak sekata..
pastu, krim2 ni kena taruk senipis yg mungkin, sebab lagi banyak taruk krim, lagi kasi makan pada jerewat, so lebih gem gem lah itu jerawatttt.. patutlah at one point, muka aku tumbuh banyak jerawat cam cendawan lepas ujan kauuuu!

dengan sijil yg aku dapat tu, aku dah mula jalankan operasi aku selain menjual produk2 kecantikan dalaman, kini aku dah mula buat facial kat org2 sekitar aku.. aku tak caj mahai2lah, just 20 hengget je, very minimal charge tu, considering i will be using my sofea set to do it. lepas ni macik akan tambah keyakinan diri macik ngan muka yg lebih berjaga.. orait tak?

sapa2 nak buat facial ngan macik sila call tau.. 014 7242 338.

Friday, July 30, 2010

naik ketapi dari gua batu

ha kauu.. tajuk tak hengat kontroversinya, kan ..
sebenarnya semalam lagi dah mula operasi komuter dari tempat tu..
aku dah lama tunggu kot2 ada kemudahan tren ke tempat aku ni kan..
ko taulah, selayang kan kira ulu ulu kononnya, nak ke town.. kalu ada tren kan.. kita mudahlah, takde jam la kiranya..

hahaha.. akhirnya masanya tiba jua
seminggu ni masih free from batu caves ke sentul, cuma kira singgit je dr. sentul ke kl c.
aku rasa kalu mula operasi bebetui pun idaklah semahai 2.40 macam lrt putra tu..

apa2 pun, aku bersyukur nikmat Allah ini.. memudahkan sikit aku gi keje balik keje..
alhamdulillahhhhhh

Tuesday, July 27, 2010

bon bon bon

ko tau tak aku nak citer pasal apa?
bon bon.. itu adalah bonus

saja nak bagi lain sikit.. tapi mmg menarik kalu citer bab bonus ni, kan?
aku dapat bonus tiap2 bulan skrg ni, tru bisnes aku la... tapi kalu tempat keje ni, sekali je la setaun..
tu pun hampeh je selalu, kena ikut apa ntah.. sokmo ciputtt.. tapi, aku redha, janji gaji aku jalan tiap2 bulan. sebab aku dah dapat bon bon tiap2 bulan dari dcl, bisnes aku tuh..

yelah kan, ko keje makan gaji, takkanlah majikan ko baik sangat nak bagi ko bonus 10 bulan sebab company ko booom bahagian profitnya.. atau ko perform sampai menaikkan profit syarikat 500% gituh.. hahaha.. ada ker.. i wonder

citer panjang tak guna..

Friday, July 23, 2010

still berazam

aku mmg cuba nak kuruskan badan, selalu tak menjadi..
sampai satu saat, aku nekad..
biarlah aku buat sungguh2 dan jangan berenti..
hari raya ni, lepas puasa, tapi badan aku cer korang tengok.. yg kanan tulah..
before - 103kg


makan apa saja, kononnya.. inilah aku.. terimalah aku seadanya..
tapi kalu dah terlampau boyak, takde lawanya dah.. mmg la aku sedar aku tak lawa, tapi kalu aku kurus, mungkin dapat mengelakkan berbagai penyakit, kan?


ni gambo amik masa awal july 2010, reunion smsb.. selepas +-4 bulan dieting and everything

after - 88 kg

aku buat exercise serba sedikit poco2, jalan laju2, makanpun tahan2, ada kala terlepas jugak.. well, tapi sekarang ni, dengan mengamalkan produk2 dcl, aku boleh rasa perbezaanya.. lebih ringan, lebih bertenaga... insyaallah.. akan cuba turun lagiii

Thursday, July 22, 2010

makan daun dengan kawan2

semalam kan.. besday my fren N.. happy birthday N..
kitorangpun pilah berjalan2 cari makan special sikit.. makan nasi atas daun pisang, indian style gitu. check this out.

apa daa.. sgt susah mao donlod gamba ini hari.. satu jadilah..
tah apa2.. eh.. jangan komplennnn...
sib baik buleh..

dingin

aku mmg tak buleh dengar lagu ni.. musti tangkap syahduuuu...
suka sgt lagu2 ziana zen nih..

dingin
malam yang menyelubungi
hening sayu dalam hati
berbicara bersendirianku
rasa resah
selama dibuai rindu
pada cinta yang terlalu
terpendam di dalam hayalan
kan ku leraikan impian indah
kepadanya ku berserah
mungkin tak daya
ku tawan cinta yang sama
dinginnya getaran asmara
sentuhan mula bermadah
ku tak bisa juarai
jiwa yang ku tak punya

dinginnya bila kau berkata
ruang buat ku tiada
memoriku genggamilah
biarkan aku beralah
dalam hatiku tiada dendam
walau impian semalam
masih mekar dalam ingatankan
kuleraikan impian indah
kepadanya ku berserah
mungkin tak daya
tawan cinta yang sama
oo hooo ooooo...
mungkin tak daya
tawan cinta yang sama
ooooooooooooo

Wednesday, July 21, 2010

Terbaik setakat ini

Kata2 dari crown director, CD Nor Hayati Hamdan dari kisah kejayaan DCL - mei 2010

saya tertarik dengan DCL kerana melalui DCL lah berlaku perubahan ketara kepada diri dan keluarga saya dari segi kesihatan, penampilan diri serta kewangan. Malah, saya sanggup berkorban apa saja demi mencapai impian bergelar jutawan DCL. Selagi hayat dikandung badan, saya akan tetap setia dengan DCL keran syarikat ini memberi satu wadah perjuangan yg murni di mana berjihat utk semua insan sejagat"

amal jariah yg diamalkan di DCL hakikatnya masih belum dilakukan oleh mana2 syarikat MLM yg lain.
melalui jualan produk sahaja, setiap pengedar sudah melaksanakan amal jariah, di mana 0.25 peratus jualan syarikat diperuntukkan kepada tabung jihad utk tujuan kebajikan.

saya merayu kepada rakan2 seperjuangan, tetapkan matlamat anda dan fokus kepada matlamat tersebut, nescaya kejayaan menjadi milik kita.

jumpa anda di kelab jutawan DCL..


suka baca ni.. jutawan gitu.. sapa takmo senang cam jutawan?

oleh tu, aku tujukan lagu ni pada diriku sendiri..
pernah dengar lagu ni.. aku suka tau.. cam tau2 je diri aku ni si travie ni!

Billionaire
Travie McCoy -featuring Bruno Mars

I wanna be a billionaire
so fricking bad
buy all of the things I never had
uh, I wanna be on the cover of
Forbes magazine
smiling next to Oprah and the Queen

Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights
A different city every night oh i
swear the world better prepare
for when I’m a billionaire


cukup lah sikit lirik nih..
mmg syahduuu

Tuesday, July 20, 2010

kerana kasut...

bukan aku tak pernah lambat gi keje, tapi, pagi tadi punya kisahhhh.. sgt kelakau rasanya..

aku kuar awai, like 7.10 gituh.. azam baru takmo lewat2 ngat..
klangkabut2 kasut cantik aku ni main sarung je la masuk kereta, aku humban sebelah kat depan passenger seat, pastu tutup pintu.. jalan.

mmg cadang nak isi minyak dulu sebelum gi keje, so, stop at petonas smpang 4 blakang warta lama. tup2, cari kasut lagi sebelah, tak jumpa, puas kelobek2 kot2 ada tersangkut kat dedepan ke kan.. idak jumpa.. matilah, mmg ada sebelah rupanya... takkan macik nak berlari2 anak dengan sebelah kasut je pi bayar duit minyak kat kaunter kan... macik blum ilang akai lagi...

nak tak ndak macik terpaksalah start enjin derum derum patah balik semula kat umah mencari lagi sebelah kasut itu di manakah gerangan...
mmg ado kek situ.. sian dia... terkapai2 tertinggal kat tepi jalan tu..
tragik la jugak disamping lucu bila aku ngingatkan .. dalam nak cepat, aku lambat jua akhirnya...
mak tanya kenapa aku balik, aku terpaksa bitau sambil jejerit.. dia gelakkk dari depan pintu umah diaa... huhu..
jangan kelangkabut.. tu la dia mesejnya..


nyampahhh

memang dah nyampah, rasa2nya tak bley tarik balik dah..
rasa nak ekspres mcm budak ni je kat depan dia...

Monday, July 19, 2010

Sakit itu ujianmu part 2

kamis malam, balik keje singgah klinik.
tak larat, letih giler..
cerita2 kat doktor.. dapatlah mc.. alhamdulillah.. dari kinik panel opis ni, mmg susah berjinggut tauuu... matilah kalu badan tak betui2 panas, idak dibaginya..
mmg aku demam kisahnya, patut hati takde rasa mau keje je nih.. letihhhh, tension, stress bagai..

jumaat tu aku relax je, tidooo the whole day..

Wednesday, July 14, 2010

Aktif

pagi semalam amal tanya, aku lalu tak kat sekolah dia nak pegi keje
aku kata tak lalu, since aku lalu blakang ikut sg tua, dia punya sekolah depan, area selayang..

tapi aku musykil, apakedibuat nak gi sekolah pagi2 harini..
dia kata dia masuk futbol club.. wahhhh.. suka ati aku anak aku dah minat sukan
mmg dia ni agak tak berapa nak aktif kecik2 dulu, puas gak la aku ngajak sesama bersukan, pakat bawak tiap kali aku futsal ke netbol ke dulu...
maybe dia teruja sebab world cup kot..
adik dia ameer also ngikut jejak langkah abang dia sama

aku suka sgt anak2 akupun suka sukan dan hidup aktifff..
kena cari duit lebih belikan dorang kasut bola macam daniel (anak acu) and also bola jabulani nak bagi seronok main bola, mana tau buleh masuk team world cup bila dorang pandai nanti... hahahha, musti ada keinginan baru best.. kan?

ntah bila m'sia nak masuk kan?

Tuesday, July 13, 2010

Cibs sangat part 2

cibai kan..
konon2 tak suka, bengang giler org ni buat dia begitulah konon hati busuk la begitulah beginilah.. tup tup kuar sesama..
hahahaha... memang cakap tak serupa bikin punya orang!!

akula kan.. tak koser dah
kalu aku tau org tu buat cibai kat aku..
mampus aku nak layan dia dah..
sohih hipokrit.. pegi matilah lagi baik

aku ni selalu dah kena ngan org
memang kelemahan aku la kot, senang pecaya kat org
skrg aku dah berubah
sapapun aku dah tak caya...

Monday, July 12, 2010

double dose

bukan nak kepoh
but, i had nasik lemak lauk daging rendang for breakfast

then,
i had nasi campur during lunch
ha kauuu

apa lak menu for dinner?
haruskan nasik jugak?

matilah mak berangan nak kurangkan nasikkkkk

Friday, July 09, 2010

sakit itu ujianmu

pagi tadi aku masuk keje, ada kawan bitau, sorang kawan lain sudah didapati sakit..
sakitpun dah teruk..
brain tumor..
teruklah kan.. pada aku
kabornya udah besau bola golf
eeeeiii...
kisahnya last week dia pitam kat opis
sebelum tu pernah pengsan while driving
so bad...
bila dapat tau.. nangis dia mengingatkan anak dia yg baru 10bulan

akupun rasa insaf.. inilah ujian Allah utk dia, dan untuk kita semua jugak...
buat aku rasa lagi perlu menjaga makan dan bersenammmm...

Thursday, July 08, 2010

To be great

kata2 OG ini yg menaikkan semangat aku lagi...

"Modal itu perlu untuk berniaga MLM, tapi bukan halangan untuk mulakan perniagaan MLM, jangan tunggu modal besar baru nak berniaga….

" U don’t have to be great to get started, u need to get started to be great"

Usaha, dan doa agar Allah beri jalan untuk permudahkan perjuangan kita….rahsia disebalik ni semua hanya Allah Maha Mengetahui....sekiranya semua laluan itu mudah buat kita, kita tak rasa nikmat kejayaan....

Wednesday, July 07, 2010

Jual apa harini

haaa.. macik nak citer pengalaman macik dgn produk berquality dari DCL...
antara banyak2 produk yg macik dah guna ialah jus bidadari and inte-cleanse:

1.. bidadari, 375ml




HARGA PRODUK: RM 77.00. Harga bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

kandungan bidadari adalah:
madu asli
sireh
akar serapat
kacip fatimah
kurma
manjakani
serai
jarum mas
asam jawa
herba-herba terpilih

khasiat dari setiap kandungan di atas ini sudah diketahui mmg tinggi nilainya utk kesihatan, especially utk wanita.. kan?

komen dari kawan2 pulak:
a. "bukan saya je yg rasa perubahannya kak, suami saya pun"..
b. "he seems to want it more and more.."
c. "i dah tak rasa letih lesu lagi, lebih bertenaga adala, nak bangun tido pagi la"
d. "suami saya dah puji, kak..."

tu jelah dulu..yg saya dapat coretkan dari client2 saya.. nama tak dapat disiarkan la kannnn...





Inter-Cleanse (Herba) 20Inter-Cleanse (Herba) 20 Capsules x 500mg - 2 pek


HARGA: WM: RM48.00. Harga bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

2.. inte-cleanse.. gunanya utk mencuci usus - senang citer, ubat lawas ke tandas.
ia membersihkan usus dgn cara membuang kekotoran2 di usus. usus itu adalah tempat segala benda bersarang, jika 30 taun umur kita, dan tak pernah dicuci, bayangkanlah berapa banyak kekotoran telah terkumpul di situ. bila dah bersih usus, barulah senang badan kita nak serap segala zat dan vitamin dari makanan dan juga senang nak buang air besar, takde sangkut2 lagi. setiap kali, pengalaman macik sendiri, kalu termakan makanan berlemak (tak sengaja tau..) macik secara natural akan segera ke tandas selepas 2 jam, buang abis.. Sistem penghadaman macikpun sudah mula berfungsi dengan baik sebab usus sudah bersihhh..

all in all.. memang produk2 ni berkualiti dan sgt laku di pasaran
blum pernah lagi macik dengar komplen dari client acik tentang keberkesanan produk2 di atas ni. once dorang dah beli, pasti dorang rasa perbezaannya, dan tentu akan terus menjadi pengguna setia.. haaa

skrg ni acik tengah mencari rakan niaga yg buleh sama2 berjuang menaikkan bisnes ini.
sapa2 yg masih tercari2 bisnes apa yg nak diusahakan, cubalah dgn DCL, modal yg cukup minima, tapi sudah ramai yg menjadi jutawan..

macik boleh dihubungi di talian hayat 014-7242 338, mintaklah umi ameer or macik su!

Nak kaya cepat - part 2

menarik kan, kalu kaya?
tapi susah nak kaya kalu keje makan gaji
ater mana nak kayanya.. dapat je gaji, eh.. blum dapat lagi, kita makan dulu, nanti
bila dapat, kita kena bayar duit makan tu..
mana nak kaya kalu tak dapat simpan?
kalu tak dapat simpan, mana duit tu nak berkumpul dan bertambahhh?
entahlah pening mikirkan hal duit nih..

korang pening tak?

heheh..
tak pening maknanya korang selesa la keje makan gaji tu, kan?

aku ni rasa nak putus asa pun ada.. tapi hati tu berat, sentiasa ingat, sentiasa doa pada Allah, cuma Dia jelah yg paham...
mintak2 sgt Dia kabulkanlah doa aku...
nak tukar pemikiran aku jadi bisnesswoman and tukar semuanyalah..

jadinya, aku ni tak buleh berenti buat mende yg aku buat ni, even slow, i have to continue..
nak tunggu banyak baru buat, susahlahhh jugak, ye tak, cemana nak rasa kehebatannya kalu kita tak mulakan dan rasa kesusahannya, ye tak?
kesusahan tu la yg kita kena tempuh sendiri, rasa sendiri.. baru ada umphnya..


aku patut tima kasih pada OG and tengku m, since korang depa rajin benau menyuntik semangat kat aku.. really guys, i cannot recall at any point where u both gave up on me.. sentiasa je bagi aku peluang and kata2 motivasi... huhu..

aku doakan and sumpah korang berjaya!!

Tuesday, July 06, 2010

Makan dengan kawan2 selepas 23 taun??

yo.. korang musti dah selalu dengar kisah reunion sebab fb kan?

aku baru2 ni sgt bertuah, dapat jumpa kawan2 darjah 6 and tingkatan 1 till 5.
best wehh.. segan mmg la segan, sebab dorang semua dah berjaya keje dan hidup.
tapi, aku selamba jelah.. kalu nak tunggu aku berjaya baru nak jumpa kawan2 lama,
bila la pulak, kan?

hehehehh.. tima kasih la korang semua ye, sudi trima aku sebagai kawan still .. zakir, pat, jamil, khairil, intan, rosfidah, azlina, azira, siti zen, pyan, ramli, azrai anak cikgu samsiah (hehehe.. suka title ni), sapa lagi... mmm, noorhafizah, izatul khaliq, mailizah and hooi leng. kalu tetinggal nasiblah tu.. .. hahah

later will post pic here.. if i can find one.. hahhaa

guys, u all are fabulous people.. u know... perangai still cam dulu jugak, kan?

Saturday, July 03, 2010

Apa kau buat harini?

apa dibuat?
aku sakit perut, sakit kaki, sakit pinggang..
sakit giler masa period ni..
ingat pagi2 taknak bangunlah.
kanda bangun, dia kena keje, kan, aku tak..
aku layan golek2 lagi, malas giler nak gerak bangun.
tapi, tiba2 ting ting.. otak aku tingat, harini hari amik report kad Ameer..

apalahhh, pagi2 sabtu yg syahdu kena melayan cikgu Ameer.. heheh...
aku bangunlah jugak..
kol 8 dah kuar, bawak dua2 bujang, Ameer and Amal sekali ke sk 1 Ameer.
dia dapat 3a 1b 1c.. hmmm tatau nak kata apa... lemahhh

tapi semalam abang dia, si Amal lagi teruk
banyak c, ada 2 d ntah apa2 lagi huruf tatau lah, yg tak cukup lagi cuma G je, for gagal.
sikit je lagi, kau.. hampa tauuu.. aku selama ni biarkan je dia belajar sendiri.. malas nak jerit2, desak2, tapi kalu gini caranya, nak tak nak, kenalah aku masuk campur sikit2....
sikit jelah....!!!

anak2 aku yg aku nampak dorang tu adalah confidence level.. memang "A" , cam bagusss je, tapi tah apa2 yg dibelajar tataulah.

Thursday, July 01, 2010

Letih

camni lah gayanya aku ...
rasa letih ya amat tauuu..
sebabnya, aku terlewat bangun pagi tadi...
sebabnya aku gi exercise aerobics and poco2 malam tadi ...
memang best kuar peluh, tidopun sangatttt lena..
pastu sgt nyenyakkk kau, kalu tak mikirkan hari dah siang...
macik takkan bangunnn..

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...