Friday, January 16, 2015

ketuk pintu mu


bulan bintang kau janjikan
Tidak aku teruja
Cakap memang mudah
Semuanya mampu
Kata manis kau beri
Ku terpikat belum tentu
Cakap memang murah
Oh, kau pun tau
Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku
Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku
Knock knock
Ku berikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama
Bukan mahu tunjuk diva
Bukan nak mengada
Cuma ku tak mahu kecewa selalu
Dan andai apa ku beri
Tidak cukup untukmu
Katakan padaku apa kau mahu
Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku
Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku
Knock knock
Ku berikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama
Satu, haruslah setia
Dua, jangan cakap bohong
Buatku nangis jangan, jangan
Tiga, buatku tersenyum
Empat, ulangi dari satu
Knock knock
Mahuku hanya perhatian
Knock knock
Mahuku untuk kau buktikan
Jangan pernah kau abaikanku
Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku


best kan lirik dia.. aku baca terus tingat.  kan bagus kalu kanda paham lirik ni.. ekekekek.. nak tuju kat dia.. tataulah dia baca ke dak blog aku.. kalu kanda baca... dengarlah yek!!

Thursday, January 15, 2015

away

Semalam dept aku ada meeting.  Townhall meeting.   Ok jugak dapat kumpul ramai2 discuss keje and aku tak lak rasa ngantuk sgt walaupun makan nasi beriani dgn kari kambing and ayam disediakan utk lunch sblom mtg mula.  Ntah apa sonok buat mtg time lunch akupun tatau nak komen.  Macamnyer kami ni tak bley away from our work place lama2 sbb boss akan bising2.  Hai hai hai.. nmpk beno yg dept kami ni sangatlah penting, kann?  Yeah.. i guess that really is the case.  How important you are will make u work harder and try to be a better staff even more.  Aku kan mmg suka keje aku.. so.. itulah moto sendiri nak naikkan semangat.. so be it.. eheee..

Last2 mtg bincang jugak pasal our away day utk 2015.  Ntah mana pi taun ni.. maybe 1 malam je kot sbb bajet dah guna beli jeket korporat kami.  Jeket sebab nak keseragaman katanya.  Aku suka gak idea tu.  Mula2 geram sbb macam ketat kat butang.. tapi bila dah try2 macam ok lak.  Tak kisahlah pi mana2pun asalkan kami dapat merasa away day tu.. janda baik ke.. ulu yam ke.. genting ke.. port dickson ker.. janji ada kennn?  Baru semangat kann?




padam

Selamat pagi dunya.. selamat pagi semua.  Aku dah dlm tren nak pegi keje.  Korang kat mana?  Di mana pun korang berada kalu korang kawan2 ku, ku doakan kalian sihat walĂ fiat dalam menjalani tugas2 seharian dan semalaman.  Kalu korang bukan kawan.. sama juga.. yg baik2 saja akan ku doakan buat semua.  Rahmat Allah sgt luas utk kita semua.. kan?  Okey?  Enuf?

Rasa lama tak tulis sebab semalam ingat nak tulis tapi padam awal.  Ntahlah badan tua ni.  Tido je lah bila tiada yg mau melayan bermanja2.. ececehh.. hee.    Mulalah ngengada kan.  Tapi itulah yg berlaku smlm.  Letih mencuba.  Aku pi kat dia.. siap kata lagi.. nak dok kat abang lah.. nak manja2.  Dia diam je.. muka cam tu lah.. tiada expressi.. aku usap kepala dia.. rambut dah tumbuh 2 ohn.. usap pulak lengan dia.. bitau dia tak sabar nak pi KK ujung bulan ni.  Kami pegi ramai bang.. 8 orang.  Dia kata.. "kan awak dah bitau haritu?.. "  oops.. cemana aku bley lupa aku dah bitau dia?  Dia mmg annoys kalu bitau dia perkara yg sama.  Aku tau lah aku kan dah dok dgn dia almost 20 years?  So dia macam.. "y are u telling me the things i oredy knew?".. hmm.. potong lah niat nak borak2.. angkat bontot.. amik majalah "ustaz" slow2 gerak masuk bilik.  Sambung baca majalah sambil pujuk ati.. tidolah wahai suriani.  Bawak2 tido.. istighfar banyak2 k?  Zzzz tertidor sudah..



Tuesday, January 13, 2015

sengguk gukk

my baby you
are the reason i could fly
and cause of you i dont have to wonder why
baby you

berapa punya mengantuk, didendangkan pulak dek marc anthony nih.. tambah layu mato haaa..
apa makan tadi ntah sampai ngantuk tak tentu hala nih..
janganlah salahkan makanan.. salahkanlah diri sendiri yg tak dapat menghadkan berapa banyak makanan masuk ke perutmu wahai su  yg tembunn... ha kau.. tembun tau, takmo sebut gem gem sebab bahasa kita sendiri akan effect kepda diri kita sendiri okey.. tembun tu kira sedap dipegang, tak rasa tulang.. ekekekke..

too much of comforting yourself.  make sure to stop eating by evening.  understand??  make sure you bring your bontot to the gym.  do some stuff to make some fat disappear. ekekeke.. how can you make it disappear?  you burn them. hmmm.. lotih weh.  semalam aku pi gym menyeret memaksa diri melawan rasa malas letih semua pi ke gym sebab dan lama berehat.  ye ke berehat.. tak gak, but i just didnt do much to burn during weekend, no, i only put in more.. not making any effort nak pi badminton ke jogging kat taman ke per.  so, balas balik lahhh.  semalam jugak aku pi komplen kat counter celebrity fitness tu and i demanded to get one machine for me to exercise.  and they checked and it seems that the promotion for 2 sessions with personal trainer which i was supposed to get has been cancelled.  jongos ngat.  so i think of signing up for 4 sessions sudahlah.  aku bukannya rajin sgt.. lagi2 kalu dapat personal trainer (PT) ni, di paksanya aku buat macam2.. aku tak laratttt.  semalam aku try2 tanya.. dapat lah pulak PT, Nia namanya. the one and only one female trainer.  lega you, alhamdulillahhhh.. takyah la aku nak tutup2 mata tengok mata lelaki lain.. ekekeke.. mapuh takut lelaki2 ni akan tergoda bila aku tengok mata dorang or bila dorang tengok mata or bibir aku.. agaggagagaga.. mapuh punya berangan la kau su.  tiada siapa mengkisahkan dirimu itu.  jaga je la diri kau baik2, jgn menggedik sangat. ingat maruahmu sebagai wanita muslimah.  haa.. tu dia yg lebih penting tauu.. heeeee.. insap jap.  terus pikir nak kumpul duit beli treadmill kat umah.. ekekeke.. tidakkkkkkkkk..

eh..semalam aku buat lompat bintang tau.  50 kali plus 10 plus another 10.  aku dikerah dek si Nia tu  dengan macam2 lagi exercise yg tak perlukan machine.. mmg peluh and penat.  kalu aku sorang2, idakler aku nak buat tu semua wehhh..  mati mak hari ni sakitnya peha temannnn.. i guess when it hurt that much, something has happened to it.  i like it. aku tido sangat2 nyenyak.. takde mengganggu kanda or takde jugak diganggu kanda.. tak sodar mende, tahu2 terkejut kol 6.48am, buleh?  sibbaik aku cuti takyah kalut nak kejar subuh.. huhuuu.. kejutkan anak2 and kanda takut dorang terlepas pulak.  ibu rumah tak bangun semua tak bangun.  adoiiiiii.. ya Allah, kau jadikanlah ahli keluargaku dari kalangan mereka yg sentiasa melakukan solat dan sentiasa membaiki diri dalam melakukan ibadah kepada Allah.. huhuu.. rasa fail sangat kalu dah terlewat bangun nihhh.. aku buat apa yek lewat tido?  ohhh.. aku melipat kain lorr, sambil layan tivi and sambil layan grup wassup dgn june, nasha and ema.. kelako amat dorang.  senyum2 aku sesambil tau.. tu la dia.. kain banyak plak nak lipat nak bagai kannn..

dah la tu..
apapun yg kita lakukan.. bersabarlah dengan dugaan Allah.. bila susah kita sabar, kita dapat pahala, dan jika kita gembira, kita syukur, kita jugak akan dikurniakan pahala.. mudah benar kannn? so, pelagi, senyum dan buatlah kebaikan nyahhhhhhh..





Sunday, January 11, 2015

petaiku sayang

Sapa suka makan petai sila angkat tangan.  Meh kita gang.  Aku x sempat nak google apa ke pekdah makan petai ni.. tapi aku ingat yg petai boleh menurunkan kadar gula dalam darah.. silalah betuikan aku kalo salah ek.. pd aku kat umah ni aku sorang je yg suka makan petai.  Jadi kalo aku tingin tu aku buat sikit2 je la sebab takut tak abis makan sensorang.  Sementelah kan kena makan sikit sebab nak kecikkan perut dan nak naikkan bontot.. ekekek.. gurau daa..

So aku pi pasar pagi tadi.. pagi x berapa pagi jugaklah.. tapi almost 11 kot.  Org masih ramai lorr.. kat tmpt jual ayam tu berpusu2 org nak beli dan tunggu ayam diproses.  Huiyo.. naper ek?  Selalu time2 aku pi org dah kurang.. ntahlah sayang.. manalah abang tau.. sayang ni suka ngat pikir mende3 yg tak perlu lorr.. ekekek.. hmm.. tu adalah khayalan ku yg berdialog dgn dia (kanda tiba2 takmo pi pasar dan soh aku pi sendiri dgn along sbb dia nak jumpa kawan dr perlis.. hmm.. pd hal aku nunggu dia bangun dr subuh2 dan dia mmg dah janji.. huhuu.. bukan tak biasa tapi sikit terasa lorr..) .. and if he is the one talking to me.. takkan sebut sayang lorr.. vehrahngans lagi.

Aku beli ayam and sayur2 and petai. Pastu pacik petai tu sedekahkan lagi petai 2 ikat.. total 4 ikat kau.. aku sorang ni.  Dlm ati pikir masak apa ek?  Jemu gak kalu selalu sambal tumis petai.. so aku buat sambal ijau cili api dgn ikan bilis jer.  Kering2 supaya tahan lama.. cewahh.. suka tauu.. sebab petai tuu..



Balik umah tade sapa.. amal amir kuar main kot kat cc.. aku sorang la sbb kanda pun dah kuar pas aku gi pasar.  Sunyinya rasaaa.. aku bygkan diri aku bila anak2 aku dah keje2 nanti.. or at least dua2 tu dah masuk U.. tentu boring.. ekekek.. mana tau kan?  Ntah2 lagi meriah idup aku Allah tukarkan kann?  In sya Allah aku akan buat supaya aku jd hepi sokmo dan byk2kan bersyukur dan teruskan buat baik pd semua org dan kucing.. ekekek.. Harini aku masak ayam masak merah style aku and goreng tahu jugak.  Ckup lah.

Ehh.. aku nak tido la.. nantuk amat dahh.. seharian nak tido x dapat.  Dah ajak kanda tido tadi.  Dia macam melenting kata masih awal lagi.  X pelah aku update blog and tido.. gunite ling.. saya tido yerr..









Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...