Saturday, March 26, 2016

Nyut nyuttt

Shakit nih.. ptg td macam dah lega bila mangun tido and asar.  Basuh2 pinggan mangkuk penuh kat singki.. berkemas2 sikit.. lipat kain.  Duduk kejap.. dah terasa balik smpai la ni.. shakit.

Aku pi spa rozlin siang td. Pi dgn yuni kawan fb aku since 6years back.  Dia tanya mana nak urut badan dia lenguh2.. so aku syorkanlah spa besfren aku rozlin kat jln 30 tu.   Lutut akupun sakit terkehel smlm kat nu sentral masa nak turun ke teh tarik place.  Lantai nu sentral tu mmg sengaja di landaikan sikit ke apa ntah.. terbunyik lutut den.  Aku dah agak akan sakit sebab sejak tu jalan mmg dah rasa sakit.  Ku tahankan jua lah.  Td ngurut tu ngadu la kat angah shamine tu.  Dia fokus urut and betuikan balik urat.. alhamdulillah xsakit dah macam sblom tu.  Tapi bahagian bdan lain ni sangat2 la sakit slps diurut..  nyut nyut.. dah makan ubat tahan sakit dgn harapan buleh lena jap lagi.

Laki tak balik lg ni.  Kuar dr ptg ada keje katanya.  Maleh tanyo pun.  Dia bitau aku yg dah xkesah sgt.  Kenapa citer pasal dia ek.. sbb kalu dia adapun aku ngadu dia jeling2 jer.. hehee.. maybe sebab dia laki aku kot.  Mau masukkan jugak dalam ini felem (baca macam sudarmaji citer p.ramlee, ok?)..

Dah la dulu.  Rasa esok xlarat poey mano2 kalu sakit cam ni x logo lagi.  Badan sasa aku ni mmg nampak macam keras.. tp bila lepaih urut.. tak leh tahann.. shakitt.. sabar lah wahai body.. in sya Allah esok legalah tu.  Kalu tak... korang mahapkan je lah aku yek.. aku insan yg lemah.. bak kata rohana jalil..

Gunite uols..




Friday, March 25, 2016

cilapi mulut tu kang..

kau..
aku suka makan sambal tu
sambal apa kau?
sambal cilapi ikanbilis yg kering2 tu..
ohhhh.. kau suka yek?

eheheh.. ntah apa2 intro
tapi aku suka sambal itu, yes.. i am sure kawan2 aku yg sama2 dah makan pun suka..
so petang ni deme nak berjumpa2 an.. mengimbau kenangan jenjalan di korea taun lopeh tu
deme mintak sekali aku buat.. kak ita norita lak buat sambal special dia.. sambal bodo katanya.. nama dia lagi la takbuleh belah.. tapi sodap.

dengan besar hati aku buat dah malam tadi..
kemarin beli ikan bilis and cilapi dgn ira
ikanbilis tu cantik, tapi yelah kena buang perut and kepalanya dulu..
ko tau tak masa membuatnya tak lama mana manding masa mengemaskan ikan bilis tu ler
cilapinya cilapi jenis akar, so, panjang2 adalah dalam semangkuk je, naper aku tak beli banyak ntah.
tu pun rasanya dah podeh amek.. terbakar muntot weh.. ekeekekke

tak sabar nak jumpa2 kengkawan petang ni.
rindu kengkawan yg sama2 berkejar2 ketapi pantas kat korea
heheeeee.. anyiong ha saiyo..


Thursday, March 24, 2016

hati perempuan

petang ni ujan lebat sekali.
dalam opis sungguh sejuk sekali
hati aku ni sedih sekali
nape lak su.. entah
hati perempuan aku yg lemah ni sedih sekali
rasa macam apa je
sayu sedih pilu segala macam yg melelehkan airmata ada sekali haa
kerana aku perempuan yg lemah

nak lari gi kota kinabalu lah
nak duduk kat kawasan menggatal
situ takde org kenal aku
duduk sana sampai ada org nak aku balik
tapi buatnya takde sapa pedulikpun aku gi mana
cemana la agaknya kan
berhamburanlah lagi air mata kesedihan
wah.. mmg sedih jadi perempuan
seandainya tak diperlukan




wangi

takde idea melainkan spontan tingat kat perfume semalam kat VS.  sangatlah wanginyer menaikkan semangat cinta aku.. mmmm... namanya "forever sexy"!!.  harga buleh tahan mahai bg org biasa cam aku ni.  tapi kalu org biasa beli perfume mahai, this is just ordinary lah kan.  den lak boli kek abg bangla jual kat pasa je selalu, yg mai dari meja ke meja tu.. ekekekek.. kdg2 dia bawak perfume avon, kadang2 dia bawak perfume channel.  ko pilih je lah.. dah sah2 murah beb.. compare dgn kat VS tu.  tapi hati den dah bokonan.. nantilah den tingin bona ni.. nak kono sambar jugak insya Allah.. rewarding myself.  lama tak beli apa2 utk diri sendiri... kann?

pakai utk hari2 tertentu je.. nak gi dating ka.. nak gi tido hotel ka.. ekekekek.. berangan lettew..  i mean perfume yg special utk occasion yg special la kan.  akak sabariah kek opis aku semalam kata.. biar wangi2 selepas bau2 tomyam or bau2 rendang.  walaupun nak tido jer, apa salahnya kannn?  dalam maksudnya tu.. ko paham2kan lah sendirik yek?








Wednesday, March 23, 2016

jiwaku berada di tangan Nya

selagi kita berkasih sayang
takkan ku mungkiri janji
bersamamu selamanya
adakah kau pun begitu
menghargai
perasaan hati yg suci



]


-idea bulum masuk lagi, tulih lagu sket-

Tuesday, March 22, 2016

jujurlah padaku, katakan padaku

jangan buat aku keliru
hey kau
selalu memandangku
selalu mengejarku
apa sebenarnya
yg kau mahu

dari pandangan dan sudut mata
kau seakan mahu menyatakan sesuatu
bukan tak mahu beri cintaku
tapi adakah benar diriku yg kau mahu

hey kau
cuba kata padaku
cuba kata padaku
dalam dirimu ada diriku

aku pasti hidup akan jadi indah
andai kau nyatakan apa yg kau rasa
aku juga punya rasa sama sepertimu
andai benar kau mahu cinta itu

hey kau
cuba kata padaku
cuba kata padaku
di dalam hatimu ada diriku

jujurlah pdaku
katakanlah padaku
jangan buat aku keliru

-tashamansahar-









failed the caring test..

assalamualaikum and mornin peeps.. pekabo  korang?  aku doakan semua sihat2 sejahtera belaka.  yg dah mmg tak sihat tu.. usahalah menyembuhkan diri korang ye.  yg nak kena urut tu, pegilah cari tukang urut bertauliah ye.. yg kurang air smpai pecah2 bibir tu, usahalah minum air masak bebanyak ye..

i just got in to fb again.  dah 10 hari tanpa fb membuat aku rasa kehilangan sikit.  cewahh.. aku pulak yg kehilangan.  yelah, dah almost 10years berfesbuk tetiba tutup... tentu terasa kekurangan dalam hari2 yg aku lalui.  adakah korang rasa aku takde?  nampak benau aku ni tak berapa nak penting kan?  like only few yg betui2 terasa aku takde kat fb will ask.  yg lain2.. nampaknya aku tidaklah sebegitu perlu sgt dalam hidup korang.  ini tandanya my caring test, have failed tremendously.  aku bukanlah seorang yg benar2 mengambil berat diri kawan2 apatah lagi sahabat dan sedara mara.  hehehe.. kegagalan yg membuatkan aku rasa.. ish ish.. i have not been a good person at all.

berusaha lagi suriani!!







Monday, March 21, 2016

musim paneh

ye, betui.. semua ngadu panas panas..
nak buat cemana.. carilah kipas or duduklah dalam kawasan ekon..
aku smlm gi sapan kat pasa selayang.. my feveret spot, yup.. mmg super duper panas.. peloh leleh.. ramai org belah cepat pas makan2 disebabkan terlalu panas, bagus gak. ekekek.. .. ntah kenapa situ lak aku suka.. maybe convenient segala makanan ada kot.  and harga pun quite ok jugak.  dalam ekonomi yg mcm ni.. org mmg akan berjimat cermat, termasuklah aku.  sbb tu pi pasau je ler mampu.. ekekeke

so, semalam as usual, laki dah takmo jalan sama... so, adik pun pakat takmo lah.  aku dgn along je lah pi pasau.. sementelah siti kena keje pulak minggu ni weekend.  dia dah cuti khamis jumaat kemarin.  so, dia kena sabar je lah kalu kitorang gi mana2 time dia kena keje.. ekekek.. nasiblah keje tak menentu kan.  tetiba kaklong masa, cousin aku msg kata dia pun nak pi pasa selayang bfast jugak, so berjumpa2lah kami.  dah puas makan2 kami cadang nak pi piknik la pulak kau.. yelah time panas2 ni berendam pun best kann?  so, kami decided nak pi bukit lagong.  blkg balai polis selayang nun.  kawasan perkampungan org asli bukit lagong.

sonok berendam kau.  kami berempat je pegi.  along, kaklong maza, laki dia adol, and me.  life is getting more pathetic sekarang.  aku dah malas mikir apa2.. nak berseronok pun kena bawak diri.  nak ajak2 laki dah tak layan.  tapi hidup harus diteruskan.  ceria2 and be happy as you are responsible for your own happiness, right?

mandi sungai la kami semalam.. beshhh.. berendam.  walau air sungai tak sesejuk biasa sebab cuaca yg terlalu panas.  org ramai, jangan citerlah.. dah petang pun masih ramai kau.  redho je la, tu bukannya sungai bapak kau or peninggalan atok kau.. so, kongsilah ramai2.. ekekekek.. i had fun.  kaklong bawak mi goreng.. sedap walaupun podeh..


Senyum senin

Assalamu├álaikum wbt peeps.. pekabau korang?  Dah senyum lom pagi ni?  Dah rasa bersyukur dpt mangun lagi?  Alhamdulillah.. another great day to enjoy menjadi hamba Allah for us all.  Buat baik sepanjang masa.  We wont know amalan baik yg mana ke yg akan menolong kita nanti di sana, ye tak?  As usual.. aku mmg keje hari senin.. ekekke.. and looking fwd.. cewahhh.  Ni pun dah dalam tren.  So.. amik peluang tulih lah kojap haa.. mentelah rasa nak tulih kan..

Pagi ni mula2 rasa x boleh bangun gak.  Badan bisa2.. lutut pun rasa pedih kalu bawak jalan.  Ater kalu x jalan mana nak pi keje nyer kan?  Kuatkan jugaklah hati tu.  Nak ngadu tentu kena hentam lg dgn kanda.. ehh laki.  Semalam mmg sakit nyut2 pun aku mintak laki tolong urut dia bleh bising kata.. ha tu lah.. jalan lagi.. ntah mana2 dia jalan.. huhuu.. pd hal aku pi bukit lagong jer.. mandi sungai.. dah mmg kaki tua kan.. sakit la sokmo.  Even before pegi lagong pun kaki dah teruk.  Mmg bukan dia tolong urut or at least pegang2 pun.. tidak langsung ada rasa kesian.. best punya laki.  Kita mintak belas kesian.. dapat maki.. seronok ada laki cam ni.  Inilah lumrah dah terlalu lama kawin.. ekekek.. gelak sedih.  Nasib teman laa.  Lenkali kalu laki tu mintak picit.. harap jangan layan.. lebih menyakitkan bila ngenang kita nak mintak dia pegang pun dia tak mau.. nasib mu la suriani.. huk huk.

Ehh.. tersedih la pulak.  Relax laa.. ini cuma ujian jer.. amik positip yek.  Dia xmo kat aku lagi.. so akupun kena buat yg samo kot?  Org je selalu kabo.. makin lama hidup makin mudah.  Well benar lah tu.. mudah lupa.  Ada suami mudah lupa diri yg dia kena kasihkan isteri dan beri kemanjaan.  I mean layan la.  Isteri mana la x sygkan laki.. tapi if hari2 treat isteri kau macam hampeh.. lama2 mmg akan hilang rasa syg.  Well.. dah ilang dah tuu.. babai yer.  Aku dah sakit and it will not heal as easy.  Harini sengaja pi takmo naik moto dah dgn dia.. kang dia kata aku nak manja2 tumpang dia gi keje.  Mmg dia akan buat kalu cara ngungkit dia tu.  So.. baik aku pegi balik senirik je la.  Aku bukan  sapa2 pun lg pd dia..

Ok lah.. banyak dah tulih.. air mata pun meleleh.. sayang kan air mata tumpah kat yg tak sepatutnya.