Wednesday, June 01, 2016

kasih ku berjanji

kasih ku berjanji
selalu menemani
saat kau bersedih, saat kau menangis

adui, tu lagu je.. mana der kekasih yg begitu?
maybe kak norita dgn abg akup suami dia begitu la kot.. i tabik sungguh couple ni.  lain2, susah i nak jumpanyer.  yg ada maybe.. kasih ku berjanji setakat berjanji.. nak kotakannya.. hmmm.. payah la kot.. hehehe.. takpe lahai.. kita ni manusia pegang pada janji.. kalu sudah janji tak ditepati, apakah guna berjanji.. kennn?

sebab tu katanya jauhkanlah meletakkan harapan pd manusia
kau akan selalu kecewa
gitu

kau nak citer apa sebenarnya su?
aku nak citer pasal yg takde kena mengena dengan janji pun..
ataih tu sebab aku sambil layan lagu indon kesukaan aku tulah..
aku ni dgn lagu mmg susah dipisahkan
kalu aku soh kau dengar lagu yg aku bagi tu, ko paham2lah.. aku suka la lagu tu maksudnya
nak hafal kot2 boleh melalak kat karok.. ekekekek.  rindunya nak menyanyi kan
lama gak tak menyanyi
yeah.. kalu ko tak suka menyanyi.. mmg ko akan tak suka, tapi aku suka
walaupun suara aku tak pernah kau dengar, tapi aku suka
ekekekek..
apa la kan.. suara tak sedap, tapi berangan nak menyanyi
itu sebenarnya cara melepaskan tension.  heheehe...
pedulik apa suara sedap ke tak.. tu pasallah karaoke diwujudkan.. ye tak?


arjuna

akulah arjuna.. yg mencari cinta..
cewahhh.. bila lak kau jadi arjuna su?
biarlah org lelaki je yg ngaku arjuna, ngko ppuan jgan arjuna jugak su.. ko jadilah marjina.. ekekekekek.. marjina baguih.. tuangkan air paneh dalam tong minyak yg isi 40 penyampun tuu.. korang ingat tak?  pembantu/hamba ali baba bujanglapuk tu? ekekekek..

arjuna vs marjina.. ngkau ado?

apa nak citer tadi yek?

later continue.. tetibo nak cari pic kawin dulu2 hehehe..




Sunday, May 29, 2016

Kena tinggai lagi

Jumaat malam kena tinggai lagi.  Laki nak pi tasik banding dgn kawan2 driver katanya.  Penah tanya nak ikut.. dia kabo.. dia dah tanya aku dulu.. aku yg tanak.  Aik?  Maybe masa ajak tu aku diajak sebab aku persoalkan kenapa ada ppuan budak opis dia tu yg amik pic2 diorang semua sedangkan dia kata awalnya.. takde ppuan pun yg ikut.. hmm.. nmpk tak?  Aku mmg tak cayer dah laki aku.  Nasib kau la.  Tipu aku sekali.. u will never get my trust again.

So this time dia pegi lagi ke tasik banding.  Pehtu nk ke hutan belum.  I guess xde line la kot sana.  Dr jumaat smpai ahad ni apa kabar berita pun xdpt.  Happy la tu agaknya.  Aku pun bukan xbiasa kena tinggai.. dah lali.  Tiap kali kena tinggai aku akan buat mcm biasa lah.  Ada anak2 kali ni dua2 amal and amer.. diorang pun cuti.  Semalam sabtu seharian bizi melayan kereta nak tuko lampu depan and siti and along ajak gi tesco beli trolley along nak guna buat mengangkut barang niaga dia.  Amal dr pagi dah keluar ke midvalley and game tournament.  Adik xde ke mana.. tp tghari dia lak diajak kawan tolong keje2 katering mak kawan dia.  Nak kata no.. tak best jugak.  Ameer kata dia boleh buat keje tu.  So aku bg lah dia pegi.  Aku pesan je jaga diri.. jaga mulut and jaga perangai.

Aku pun pi la dengan siti ke workshop yg haritu direkomen buat ekon tu.  Bagus jugak cina tu buat keje.  Bg harga dr yg paling max till yg paling affordable.  Cam tau2 je bajet aku ciput kan?  Nak pi kedai melayu.. hmm.. ntah mana la kedai melayu yg baguih yg nak dicari tu..  tak wujud lagi kot.  Huhuu.. kdg2 bukan kita tanak tolong bangsa melayu kita.. tp tulah.. macam2 yg buat kita balik kat cina.  Next time aku nak buat wiring yg kat tangki minyak tu plak.  Maybe next month.  Huhuu.. mana la sugar daddy yg sudi sponsor bab repair keta i nih?  Ekekek.. dey kalu dah ada sugar daddy.. mintak la beli keto baru.. ohohoh.. kann?  Vehrahngans pulak ngko ada yg suka kat ko smpai sanggup sponsor?  Matilanakk.. x sedor diri kau su.. hehee.
Ok.. back to reality.  Bila ahad pagi camni.. bangun sorang2.. teringat lak kat laki.  Ntah apa lah dibuatnya.  Ntah2 xterjaga lagi.  Kdg2 kalu xde kabae berita dr laki bila dia berjalan2 camni terpikir gak.. ntah2 dia pi menikah lain kat siam.  Mmg apa la yg boleh aku buat kan?  Akupun rasa baiklah dia menikah ajer dr mencuri2 masa aku pegi kat ppuan lain.  Aku dah redha je.  Layan akupun macam nak taknak  bercakap dgn aku pun bila perlu.  Bermesra gurau senda jgn mintak lah kalu kat umah ni.. tiada bahh.. bak kata org sabah.  Ngendeng2 kalu nak main saja barulah aku merasa dia itu lakiku.. lain2.. kau just buat diam2 saja.  Dia nak makan.. kau layanlah.. kau nak mintak apa2.. kau pikirlah 23kali sblom kau mintak.  Dia akan belikan kalu dia mau.. selalunya aku akan beli sendiri jer.   Kdg2 laki den ni aku dah beli barang.. dia tanya... aku kata beli yg murah2 jer.. dia sentap agaknya... belikan jugak aku barang tu lepas aku dah beli.  Belikan barang lain pun boleh.. or bg duit jer.. hmmm.  Aku time ni mmg dah xselera apa pun dr dia.  Mmg dah tawar.  Nasibla kau laki.  Time aku berharap kau buat donno.

Aku ingat dlm bulan ni dia xde aktiviti sgt.  Ada je kat umah lepas keje and oso weekend.  Maybe xde duit lettew.    Akupun pikir dia dah berubah sbb aku dah malas layan dia and buat donno.  Maybe lepas dia dah tau aku nak belah dr hidup dia kot.. dia terasa sikit perlu nak ubah cara dia pd aku.  Cemana nak ubah ntahlah.   Aku mmg tak harap sgt pd dia lg.  Tp aku bleh rasa dia ada usaha sikit.  Aku bukannya manusia kejam... tapi aku dah rasa tak boleh lagi.  Org kalu tanya laki kau mana?  Bila aku bitau je laki aku ke sini sana sanun.. dorang akan tanya napa aku tak ikut.  Berjelir lidah dah menjawab dr dulu bahawasanya aku mmg nak sgt ikut layan dia and hobby dia and persatuan dia tu... tapi aku tetap dihalang dgn alasan.. mana ada ppuan lain join.. mana ada seronok sebab dia keje bukan bercuti.. so.. aku lama2 jadi keraih... benci pun dtg bila asik2 kena tinggai dan merasa bini ini bila dah tua dan badan dah takde tarikan.. kena tinggal je la.. takkan dpt layanan yg sepatutnya dr laki.  So.. be it.  Aku takmo lg merayu meminta2 yg bukan hak aku dia takkan bagi.  Alangkan nak bergambar berdua pun dia malu.. ko paham sendiri la betapa dia menjaga diri dia dari aku.  Huhuu.. sedih and pedih jadi org yg tak dimahu lagi.. aku kena lah pegi dr hidup dia.. cara yg sebaik2nya.

Masyarakat luar selalu je menyalahkan ppuan bila bab ni timbul.  Tak tau melayan suami.  Tak tau memikat suami.  Tak reti pakai sexy tawan hati suami.  Bullshit lah.  Bila jd macamni semua bini sakit hati.  Tp takpelah.. aku belajar dgn cara yg susah dan pedih.  In sya Allah aku akan perbaiki diri.  Biarlah apa jadipun.

K bai.