Friday, March 01, 2013

Allah suka kita minta padaNya

pagi tadi sambil bersiap aku dengar ustazah asni ceramah kat tivi.  kenapa kita tak mintak pada Allah, mintak la apa2, mintak dengan bersungguh2.  maksud dia kenapa kita tak berdoa, sebab Allah tu maha pemurah lagi maha mengasihani.. Dia maha mendengar dan maha melihat.. Allah tunggu dan suka kalu kita minta dan minta dariNya.  tapi janganlah kita hanya berdoa tanpa berusaha..  kalu kita tak minta doa.. Allah pandang juga kita tapi dengan pandangan "kenapalah dia ni sombong sangat takmo mintak dgnKu?".. sedangkan dia pemilik seluruh alam dan sgt mudah bagiNya utk memberi pada hamba2Nya yg meminta.. jadi mintalah!


haaa.. ustazah asni la yg kata.. aku cuma kongsikan sempena entry hari jumaat yg mulia ini.. 

even solat tu pun adalah sebenarnya doa.. sebagai hamba tugas kita cuma bertaqwa kepada dari Allah dgn melakukan kebaikan dan menjauhkan kemungkaran.  tu la pasal surah alfatihah itu diwajibkan di dalam solat itu.  but, harini bukan nak letak makna surah fatihah, but nak share doa qunut utk kita renung2kan.

Berikut Bacaan Doa Qunut dan Terjemahannya :



1. Allahummahdini fiiman hadaiit
Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan.

2. wa ‘afinnii fiiman ‘afait..
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

3. watawallanii fiiman tawallaiit..
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

4. wabaariklii fiima a’thoaiit..
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

5. wakinii (birrohmatika ) syarromaa qodhoiit..
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

6. fainna kataqdhii walayuqdhoo ‘alaik..
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

7. wainnahu layadilluman walaiit..
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

8. wala yaidzuman ‘adaiit..
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

9. Tabaarokta robbana wata ‘alaiik..
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.


10. falakalhamdu ‘alama qodhoiit..
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

11. wa astaghfiruka wa atuubu ilaiik..
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.


12. Shalawat Nabi Muhammad SAW.  wasollallahu ‘ala Sayyidinaa Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa aalihi washohbihi wasallam..
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.


Itulah Bacaan Doa Qunut dan Terjemahannya yang semoga bermanfaat buat kita semua. Walaupun bacaan qunut dalam solat hukumnya sunnah, ada baiknya kita tau dan menghafalnya.

credit to http://www.kabarislam.com

Thursday, February 28, 2013

abis minyak punya kes

pasal nak ngelakkan si jongos takmo naik lif sesama dia, aku rela pi turun tangga ... pastu kan.. lutut aku sakit sebab terletup..  ya allahhh.. berapa punya sakit perasaan ituuu..  aku tahankan jugak sampai abis keje hari tu..

esoknya trus bangun pagi aku decided nak kena pi x-ray lutut aku ni.. ntah2 cedera ke retak ke akibat jongos semalam. pi la ke kinik kesihatan selayang tempat aku teman mak selalu.. ye lah nak pi prince court jauh plak.. redha je la.  dah tu cepat ko giliran aku.. doc kata dia tengok je dia tau.. dia buat surat rekomen aku pi HS nak x-ray.  udah cek2, kereta aku pulak kena blok dek ntah mamat mana.. sah2 aku payah nak keluar and nak parking kat HS nanti lagiii la payah, so aku tahan cab je pi HS.

sib baik tak ramai.  tunggu 2 jam ye kak.. pastu akak call dulu tau sebelum mai amik result.  akak boleh balik dulu la ye.. adoi.  tak koser aku nak balik or nak kemana2, dah tentu2 selayang mall bulum bukak utk aku pi melilau, sementelah lutut aku kan ke cedera kisahnya.. nak merayau lagi tak hengat diri??  aku pun pi la jalan2, pastu sedar bulum sarapan, akupun pi la kantin.  HS ni byk giler kenangan aku dgn abah.  masa dia sakit, aku berumahtangga situ tau.  so bila tengok teh tarik, tingat abah, tengok kaunter mi rebus, tingat abah... huhu.. rindu abah la aku niii..

aku makan mihun singapore kat situ.  pastu sms kawan opis bitau i might take MC sbb ye la kan, tak sihat katanya lutut crack.  pastu aku jalan2 nak kuarkan duit kat ATM.  pastu aku derma darah..hahaha.. sempat tuu.. sebab ada kaunter tabung darah, aku pulak banyak darah.. yg abis tu minyak lutut, bukan darah aku yg jenis O positip ni.. so takde masalah, aku mendermalah.. hehehe.. syiok pulak, tak rasa 2 jam menunggu tu lama kauu.. relax je aku kill the time.. ahaks.   lepas derma darah kan ada bagi snek berbagai.. berat hembeg mak ngisi semua jajan itu tauu.. heheh.

siap derma, minum2 aku trus call jabatan x ray.  rupa2nya dah siap.  sahlah.. sekarang.  bawak trus amik cab balik gi kinik kesihatan jumpa balik dr. ang yg merawat aku tadi tu.  dia kata betul sangkaan dia tadi yg minyak lutut aku dah abis.  kenapa cepat sgt abis, kata misi tu.. well.. misi tau yg tanya.. doktor dah tulis nama ubat.  aku tanya, takkan tak boleh buat apa2.. she said nothing.  ubat pun soh aku beli kat luar.. huhu.. kejam.. dia kata kalu ada takkan dia tak bagi kan?


ubat tu pun, i mean glucosamine tu mmg aku dah amik pun, bukannya dia boleh menyembuhkan katanya.. cuma boleh melambatkan prosess penuaan itu.. eh, proses kehausan minyak tadi tulahhh.. aiyo.. sedey.  lutut nak pakai lama.  tapi sudah jadi gitu.. kena pelan2 la sikit aku kayoh.. ye tak?  gym pun aku kena stop dulu lah nampaknya.  sedap2 berzumba and hip hop, acik kena tahan je la dulu.  gitulah dugaan meningkat usia ni.. sabar je la bebanyak kannn?



Wednesday, February 27, 2013

minyak abis

cemana minyak lutut awak ni cepat sangat abis, awak kan baru empat puluh tuttt umur?

boleh ke kata gitu..

kata je la aku ni terlalu gemuk and badan aku tak dapat menahan keberatan itu lalu mencederakan lutut aku dan mengakibatkan ia terhakis lebih cepat dari biasa.. hik

adoilahhh.. inilah dilema nak kurus tapi bila exercise lutut crack.. hahah.. will write more on this sooonnnn!!





Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...