Saturday, October 14, 2006

Kain

Sabado (Spanish for Saturday)
14 October 2006

Lepas sahur, solat subuh, ngaji sikit, aku ingat nak continue tido sampai siang, but then i remembered, ari ni dah ajak ida and bofren dia mai buka posa at my place. Then teringat plak kat my best buddy, si ct Zen. Why don't i invite dia skali.. hmm, tentu meriah. Amik henpon, terus sms menjemput ct. I tink dia pun blum tido lagi since sahur like me gak! Dia blum ada plan yet, so she said okay.

Maka bermulalah perjalanan hari ini dengan mengemas rumah, melipat kain, membasuh kain, menggantung kain, menyidai kain dan sebagainya yang berkaitan ngan kain. Mana tak letih, perihal kain jer masuk 4 perkara, tu blum campur bab menggosok kain lagik... which falls into the other category of "kain", yang terpaksa seorang isteri buat, i mean whether you are a housewife or a working wife and mother. Aku dah fed up buat kerja umah, but aku redha, sebab kanda tak mampu nak provide orang gaji (kasar you!) bagi melicinkan hidup aku sekeluarga. So, bila aku senang, aku buat, bila rasa cam bosan, malas dan tulang bunyik-bunyik (cam Aziz Sattar dlm Ali Baba Bujang Lapuk), maka aku biarkan jer sampai ada mood balik....selalunya 1, 2 hari jer, aku sendirik tak tahan dah, bila tengok semua bertabur! Like no one cares..kat umah aku tuh, except me! Tu yang buat aku bengang dan mulalah nak jadi pensyarah nak bagi assignment, bebels laa, apa lagi!!


gambo kain batik ini tiada kaitan dengan kisah ini, cuma sungguh manis sekali.. selingan jerr!

Penat beb, mesti yuols setuju bahawa a working wife ni kena pandai bagi masa buat tu ini, kan? But, when it comes to penat, no one can beat the short "tido" once you feel like it, kan? Hmm, these days, aku bantai jer tido, pada aku that gives me some peace of mind and i wake up a fresher person, (if i feel like waking up laa). Selalunya, once dah lena, semua aku biar jee. Harap semua isi rumah paham yek?

Friday, October 13, 2006

Kiamat

13 oktober 2006 malam 22.16

Ameer bertanyakan aku pasal kiamat.
Bila aku terangkan, dia nangis tersedu-sedu, takut katanya.
Sian bila tengok dia gitu, dia sayangkan aku katanya... huahhh lagi la aku sedey.
Akupun nak nangis dibuatnya.
Tah apa dia terpikir dalam kepala dia tu.. sampai boleh tanya soklan gitu.
Dia janji jadi anak baik, dengar kata dan akan semayang bila aku kata supaya ameer sedia.
Dia tanya lagi, kalao dia buat semua tu, kiamat tak datang ker?
Aku kata, kiamat tetap datang, cuma tak tau bila..
Azmeer nangis lagi.. "Ameer taknak kiamat mi, sapa nak jaga ameer nanti?"..

Anak aku ni baru 4 tahun tapi dia rasa insaf bila aku explain pasal kiamat.
Dia ni suci bersih lagi, tapi macam dia rasa bersalah dan menyesal, tapi aku ni,
bilalah nak berubah? Kanda sebagai ayahpun sama, bila nak majukan diri dalam ilmu akhirat?

Ya Allah, bukakanlah hati insan-insan yang aku sayangi supaya sentiasa berusaha mendapatkan
keredhaanMu... aminnn!

Wednesday, October 11, 2006

Cartoon and me..


Which cartoon character am I?


You are Tweety.
You are cute, and everyone loves you. You are a best friend that
no one takes the chance of losing. You never hurt feelings and
seldom have your own feelings hurt. Life is a breeze. You are
witty, and calm most of the time. Just keep clear of back stabbers,
and you are worry-free.
Betui ker?
Aku jawap one quiz which i can't remember from whom, sent to my email, the topic as above, kira tolak campur jumlahnya, rupanya aku dikategorikan dalam golongan tweety... hmmm, jangan jeles!!
Walaupun aku takde ler secute tweety ni, non ado dekat langsung katanya... tapi aku suka sangat apa ditulis mengenai karaktor aku. Aku cuba sedaya upaya tak mengkecilkan ati orang-orang sekeliling aku dan cuba sepenuh hati juga untuk buat orang suka berkawan/bekerja ngan aku. Dan, aku memang bencik sesangat kaum yang menikam blakang, in fact, sesapapun kan? Keji dan hanjeng sangat orang itu, kan?

Tuesday, October 10, 2006

Pindah pejabat


10 Oktober 2006, Selasa

Coffee, anyone? Syukur.. ini bulan Ramadhan. In fact, dah 17 hari aku berpuasa. Bukan nak citer pasal kopi, but, nak citer pasal pejabat Tabung Haji kat chokit tu, dah pindah opis. Boleh ker? Itu la pejabat tabung feveret aku selama aku kerja key el nih. Huaaaahhhh!!

Nasib baik dia pindah pi kat Maju Junction which is about the same jarak dari chokit tuh kalo berjalan kaki. Hah... ni lah dia. Aku pepagi tadi mai opis, buat kerja tini sket.. (aku sampai the very the early ari nih... about 7.26am gitu), emailed the doc to Tini, then terus cabut gi tabung aji tu dengan harapan dapek kuarkan sikit ongkos buat bayar utang bank lain pulak. Sungguh murni betul khidmat tabung haji itu kepadaku... Walaupun tak menyumbang banyak, but still it gives me lots of pleasure sometimes... hik. But, this morning, selepas berlari-lari anak atau berjalan laju, aku sampai jugak di pejabat tabung itu. Sungguhlah dukacitanya bila aku mendapati ada signboard ngatakan "kami sudah berpindah ke bangunan TH Perdana, Maju Junction", mak, penatnya kakiku dan hancurnya hatiku ini...

Aku dengan muka duaposen tu terpaksa la pusing patah balik ke opis. Bukan takleh terus gi Maju Junction tu, tapi lebih baik aku simpan tenaga. Mungkin aku kena melawat tabung tu lunch nanti la gamaknya. At least adalah tempat lain aku bley pusing skali nanti, yahoooo!! Itu rahmat Allah juga rupanya. Alhamdulillah...

Berpeluh-peluh sampai kat opis balik, rasa cam buat exercise macam dulu sebelum posa jer. Ya Allah, semoga turun lagi la berat aku minggu ni... Amin!!

Sunday, October 08, 2006

Tersepit di situ


Jumaat, Ramadhan 13
Tersiksa betul aku.
Aku fikir bila dia dah pindah ke tempat lain (walaupun cuma jauh sikit), aku dah tenang. Syukur Alhamdulillah, Allah telah makbulkan doaku!
Tapi rupanya bila dah tak nampak di mata, dia gunakan peluang untuk menjadi pengintip tak bergaji. Semua tu bertujuan untuk memporak perandakan persahabatan aku dengan kengkawan.
Garf, cubalah ko ubah cara hidupko tu.
Aku bukan nak mengungkit, but bila kenang-kenang, masa kao baru join, walaupun aku tak berapa berkenan cara kao view life and work, aku tetap tunjuk ajar kao, kerana pada aku kalao aku mengajar org lain benda yang aku tau, Allah akan anugerahkan aku lebih banyak ilmu.. insyallah, aku jadi lebih pandai. Terpulanglah cara apa ko guna untuk menambahbaikkan ilmu yang aku ajar tu. Aku tolong mana-mana yang perlu supaya dia senang buat kerja..
But, bila dia kata aku kedekut ilmu, akupun heran. Apa lagi nak diajarkan! Seingat aku ko memang manusia lembap tahap cipan. Memang kengkawan lain pun bengang dengan cara kao tu, bodoh sombong. Asyik-asyik comparing the firm with your previous firm. Dey, kalo da bagus ngat previous firm tu, naper lak ko mai sini?
Rupanya dia memang attitude problem.. tu yang kena cari kerja tempat lain. That's why dia takde kawan. Even kat sinipun takde sapa mao kawan ngan dia. Hati busuk, prasangka teruk, mulut... Astaghfirullah hal azim...habis pahala posa.
Aku kaki buli? Aku garang? Pushy? Takmo bagi kerjasama kat ko?
Pergi mampus lagi baik...
Gunakan orang lain untuk eksploitasikan aku, boleh? Burukkan nama aku, seswai?
Kao tentu paham kenapa aku boikot kao. Aku lebih rela jauhkan diri dari bergaul dgn kao. In fact, aku tak nyesal langsung buat gitu.. kerana aku tau.. my decision is right!!
Kesian N, kerana takmao melayan garf dan mengiyakan saja apa garf cakap, garf gunakan cara tu nak memecahbelahkan aku dgn AAR, aku dgn N dan AAR ngan zombie.
Aku sayang semua kawan-kawan aku, yang baru dan yang lama. Semua ada keistimewaan memasing. Semua unik dan perlu dihargai setiap satunya.
Dengan ini, aku berdoa semoga Allah tunjukkan pada garf bahawa apa dia buat tu salah, dan semoga dia cuba ubahlah cara hidup dia.. takde maknanya buat orang lebih bencik kat kao... aminnnn.

Sahabat baik

Ahad 8 Oktober 2006 @ 15 Ramadhan 1427 Hijriah

Ini kisah ari Jumaat tu...
Kalo ko ada sahabat baik, tentu ko dapat kongsi memacam perkara kan?
Sahabat baik tentunya orang yang lebih paham tentang dirikao kan?
Sahabat baik tentunya orang yang sentiasa memikirkan perkara-perkara yang baik saja untuk kao kan, sentiasa mahu
kao bahagia, gumbira dan sebagainya, kan?
Sahabat baik tentunya orang yang sanggup berkorban kerana sayangkan persahabatan kao itu kan?

Pada aku itulah maksud mempunyai sahabat baik...
Bukannya the other way round!
Ko jaga hati dia, tapi dia pedulik pun tidak apa ko rasa!
Ko takbley kawan ngan orang lain kerana ko tau sahabat baik ko tak approved, sebabnya, sifat jeles, takbley orang lain lebey.. dan
memacam sifat pelik aku perhatikan.. tapi dia buleh plak...
ko cuma boleh dengar dia torture hatikao bila dia beri opinion tentang benda yang ko suka yang dia tak setuju sesangat.. dan
dia takmo hormat perasaan kao...

aku tak paham bab itu... sampai bebila pun aku takkan paham cara ko melayan sahabat baik ko tu, really...
tapi aku redha kalao itu pilihan ko.
Siapalah aku untuk bagi judgment?

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...