Friday, February 17, 2017

story mory the morning glory

korang dah lunch lom?
aku dah
aku makan mi goreng yg tinggal sikit pagi tadi beli tak abis, pehtu aku lunch tadi mintak tolong kawan belikan nasi lemak bungkus kat bob at plaza tu, soh dia letak sambal sardin lak.  so, bila aku makan tadi, aku combinedkan mi goreng and nasi lomak sambal sardin.. awwww.. syahdu giler sedap weh.  lapau kekdahnya.

tu la dulu.. idea terbang sudaaaahh

Thursday, February 16, 2017

jantung ku terhenti melihatmu

dulu few days back, aku gi melawat puspa tak sihat kat spital KPJ rawang.  pi dgn aida royani and zalina and anak aida.  kami pi malam like 8.30, ye lakan, hari keje bagi kami yg masih bekerja ni kenalah tunggu blah malam.  so, kami pi sampailah tamat waktu melawat.  puspa macam dah sihat sikit.  takdelah dia kesejukan dan kenyerian lagi according to her notes earlier masa dia pi spital tu.  kesian bona aku melihat pic and mengenangkan kawan aku sorang ni.  harap dia cepat sembuh dan menjalani kehidupan seharian dgn lebih sihat dan cergas and all!

pastu malam tadi pi damansara lak.  pi melawat adol, suami kaklong maza, my cousin.  dia baru je buat operation taruk stand kat jantung.  ke cemana prosesnya aku tak berapa paham sangat.  kaklong ajak aku tengok adol masa hari aku pi tengok puspa tu, tapi aku pun terlambat, and tak sempat laa.. so, malam tadilah kesempatannya.  dgn laki, mak, along and also ety kami pi.  ameer taknak pi nak buat keje sekolah katanya.  adol nampak cam tak sakit.. pd hal baru semalamnya dia kuar IJN.  adoi.  relax je.  dah nmpak kurus sgt.  borak pasal experience dia masa buat operation tu.  kabarnya dia terberenti bernapas for like 25 seconds masa dalam bilik tu.  adoiii.. komplikasi katanya.  kak long sendiri pun bukannya sihat sgt, dia demam pulak semalam.. cian dorang.  tapi cam tupun kami melawat dia siap masak mi goreng lagi menjamu kami makan.  aduhaiii.. kaklong nasihatkan kami jagalah kesiatan baik2.. yg merokok tu (sapa lagi kalu bukan laki den kan), cubalah kurang2kan.  aik.. buleh ka?  tataulah.. kalu aku yg bercakap, dia buat2 tak heran, seperti angin di laut je berlalu di telinganya.. biarkan sajalah Allah jaga dia.. aku mmg takde kuasa dah.. nak jaga kesiatan, jgn tunggu dah teruk, ye tak?  dia baru2 ni beli teh nak buang toksik bila minum teh tu.  teh sunnah katanya.  menyucikan perut.  aku try 1 uncang je, sakit perut and pinggang sekali lepas beri2 dengan hebatnya.  ekekek.. aku takmo la makan takut kurus sgt nanti.. ekekekek.. mapuhhh







Tuesday, February 14, 2017

Dating with sitizen

Ada satu malam tu, i ajak siti zainab makan mi bandung kat niza.  sebab itu malam hari keje, siti akan balik lambat.  siti dah lama teringin nak try mi bandung tu.  sebab itu dia berusaha datang.  tapi sebab jem jalan and all, dia sampai lambat kat niza.  niza nak tutup kodai dah.  i masa tu tunggu siti dgn puspa.  last2 kami balik je.  siti sampai and said cemana boleh tutup kedai.  ehhh.. last2 siti met up with me in a different place, kat kedai nasi lemak 45 depan sekolah cina tu.  




so many things kita borak.  siti mmg sgt bizi, and when it comes to weekend, hari with family lak kan.  dgn nak balik kampung ke apa2 lah, with family lakan.  so, when we dapat peluang berborak, macam2 la kita cerita.  she said, so many things we missed out on each other.  she yg bizi, i manader bizi, always relax.. ekeekek.. i must make time to enjoy with my frens.. tu la kata siti, dia mmg bizi and only will reach home dah lewat.. and dah penat.





we made a patch for next time.  to do it as a monthly event.  dating and lepak2 makan2 or just ngeteh kat selayang je or tengoklah mana2 yg sesuai.  bukannya susah utk menyambung tali ukhwah dgn kawan2.  kenalah kita korbankan sikit masa.  macam masa membawak kereta nak pegi basuh tu, lajakkan sikit utk berjumpa kawan2.  so, now, we will try to make time for each other.  just bercerita and bertukar2 pendapat.  updating each other on stories of family and frens, careeer and anything lah.





hari tu kami lepak kat niza.  since masing2 tanak makan berat, kami decided to try these sweet dish.  mmg sedap lah.  aku bab makan2 ni suka je try2 benda baru kat niza ni.  harga pun takdelah mahai2 macam kat restoran2 terkenal tu.  but niza bnyk choice of food.  

siti try mi bandung and she tapaued utk try later.  

hopefully she liked the taste of mi bandung niza, which i find very sedap jugak.  



Monday, February 13, 2017

semalam yg berlalu

uih tajuk tak menahan
try lak letak tajuk dulu, baru kembangkan menjadi cerita, buleh tak?
heheh.. ko buat apa semalam su?
entah.. pagi2 bangun semalam pi kelas, belajar ilmu akhirat.  terus terang aku tak berapa paham kelas semalam, tapi aku berserah  je, biar Allah yg tolong aku masukkan sikit2 dalam sanubari ku.  teruskan je belajar, sebab kita ni mmg cetek ilmu, kann?

tapi yg syok semalam adalah sblom pi kelas, aku and along stopped kat barakah near bendahara tu, makan dulu sapan.  last week gitu gak.  stopped for nasiklemak tetek.  heheh.. last week with mak sekali bertiga, smalam mak tak sihat so, kami makan siklomak tetek berdua je.  siklomak tetek ni ialah nasi lemak siap bungkus tu.. letak dalam pinggan, kao amik, kau makan.  eheheh.. saja bikin gempak.  aku lak kalu makan siklomak, selalu tak ckup telo rebus, tu yg amik telo rebus sebijik kau.  puas ati.  hehehe.

lepas tu, abis kelas balik, tengok laki tengah tgk tv.  join dia.  nak borak.. tak layan.  biasalah, laki lebih leka memainkan henpon dari melayankan bini.  jgn la tak kenai lagi laki kau su.  hahaha.. macam tak reti2 lagi.  aku pun masuk bilik.  terlupa pulak dhuha, so terus pi amik wuduk and solat and ngaji sikit2.  kemarin aku dah khatam.  lembap betul aku, tu khatam utk taun lepas tu.. membawak ke taun ni baru khatam.  so, aku mula sekali lagi. harap kali ni nak cuba usahakan membaca lagi quran dgn lebih baik lagi.  and if kesempatan, khatamlah sebanyak kali yg mungkin.  tengok berkobar, jgn lah kira khatam. kiralah mencari keredhaan Dia dgn membaca ayat2 Nya itu, kannn?   lepas dah balik kelas tadi, teruih tak keluar2.  along pun tak ajak aku pi beli barang2 dia.  dia pandai ajak azmeer lak semalam.  maybe beli barang sikit kot. ameer kata tadi, byk jugak beli barang, macam bawak keta jugak, heheh.. along bukan boleh bagi can membeli belah.. memang sakanlah dia.  semoga along selalu mendapat untung meniaga ye long.  kami tumpang senang membeli makan je bila along ada niaga.  hari ahad along dah pilih takmo niaga, nak rehat sbb pegi kelas jugak, kann?
siap mengaji aku tido.. ekekek.. best kan.  dah nak buat apa lagi.  mmg malas amat bila kita ada di rumah, mmg tukang masaklah jadinya.  so, kena tido dulu sebelom masak later.  ntah apa ke nak masak.  aku nak masak yg simple2 sudahlah.. telo gorang mata kebau and sambalkan.  panaskan tomyam semalam and cukuplah tu.  jgn masak lelebih.  biar tak cukup jangan terbazir.

aktiviti apa lagi yek semalam.  oh laki tetiba nak pi KKB nak pi kemaskan kubur abang dia.  aku takde pulak diajak.  rupa2nya dia nak pegi dgn sham anak buah dia 3sekeluarga.  hmm.. jgn harap aku nak dapat ikutpunnn.. lenkali kau ajak, harus aku takmo pegi lagi.  pegilah kau sendiri.  aku ni malu je dilihat bersama2 kau kannn?
bini la sgt.. syg la sgt kononnya.  harus bini rasa lagi tak sayang kan kau dah pasni.  makin jauh laaa.





nak tepek picture apa ntah ni.  tepek muka sendiri lah yek.. heheh




telo mata 5bijik, pastu sambalkan.. taruk bawang besau bebanyak.. sodap jugak ikut selera den haa.. ekekeke..


sonyum masa tunggu siti zen sampai semalam.  eh, nanti buat entry pasal semalam punya dating session lah. yek.. lupa lak.



Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...