Friday, February 16, 2007

Tangki bocor

Ini kisah semalam. Balik elok-elok kuar kol 5.33pm. Sampai jalan kuching tetiba ada lampu nyala kat meter depan tu. Pastu temperature naik sampai H, ko. H tu stands for high, kan? Kalut den, called kanda. Dia punyala takut, dia la yang kalut. Aku sebenarnya tak paham, pebendenya. Dia takut jadi apa-apa since aku tak tau, so dia advise aku soh berenti jer kat tepi jalan. Dengan ujan lebat giler. Aku kena tunggu sampai kanda datang. 2 orang india berenti tanya apa hal ngan aku kat tepi jalan. Dah la aku penakut. Dorang ni offer nak tolong, aku tak bukak tingkappun, punya la takut.

Nak jadi kisah, ada seorang hamba Allah ni, buat buat sendiri jer, isi air then bila abang sampai, itu ini, kena lagi aku dekat 1/2 ribu ko. Waaaa.... baru amik duit pagi tadi, dah kena kuar pulak. Mak, sian den ni!!

Acu ngan liza (adik ipar) mai kat situ sebab kanda called. Tak sangka dorang nak datang. Rugi kanda tak ingat dari awal masa bebaru rosak tadik. Acu kata dia ada kawan boleh tarik jer kereta tu. Alahai, nak buat cemana... dah tertulis di luh mahfuz, bahawasanya aku nak jadi kopak malam semalam.

Balik rumah dedekat kol 10.10pm gitu. Amal and ameer dok tertanya-tanya kenapa umi lambat.
Sian dorang, lapar belum makan. Aku goreng telur mata 5 bijik, dorang dgn kanda makan itu jer, dengan roti. Aku mandi.

Bebudak dah tido, kanda ajak tengok Dejavu, DVD. Aku ngantuk sesangat, terus masuk tido around 11 gitu. Tatau wat epen after that.

Thursday, February 15, 2007

Ayam si Kenny

Aku makan sedap lunch tadik. Makan suku ayam tuh, roasted lagi. Tapi still tak kenyang. Next time, aku nak makan 1/2 ayam plak. Tengok kenyang ke tak.. Dasar perut susah nak penuh... Lagi isi, lagi tak cukup. Elok poso jo ni. Eh, talking about poso, bilo la den dapek ganti poso? Emm, ado lagi 5 hari nih!




1/4 ayam dipanggang... muah.. sungguh enak!!

muffin coklat ini juga membuka selera..

i really like kenny's coleslaw... sedappp!

Lambat

Pagi tadi acik bangun lambat. Bergegas-gegas bila henfon kanda punya alarm bunyik at 6.30am and i heard his voice calling soh i bangun. Hmm... sedapnya tido! Semalam i tak amik itu jamu mak dara, that's why badan i lelemah jer, susah nak bangun pagi, tak macam selalu. Waaaa.. lambat nih.

Kuar rumah nak idup enjin, Alia dah tunggu. Lalu jalan batu caves masuk pak tin then terus masuk jalan ipoh. Sampai opis dekat kol 8, lagi satu minit. Bencinya lambat gini... At least aku sampai before 8.30, kan? Still early la tu..

Wednesday, February 14, 2007

Cabutan bertuah kereta MyVvi...

Semalam aku dengar kat tivi berita, mantri tu kata, semua hadiah itu akan ditarik balik. So, takde chance la yuol semua nak feeling feeling dapat kereta kalau pegi buat mycard. Kata mantri tu, itu dah memang jadi tanggungjawab kita, kenapa perlu diwujudkan cabutan bertuah baru sumer orang nak buat mycard. Ha, katanya lagi.. no such things. Ini budaya memberi hadiah tidak perlu dilakukan untuk menggalakkan orang menjalankan tanggungjawab memasing. Gitulah kisahnya. Lepas ni, korang belilah sendirik kereta MyVvi tu, takyahlah sesusah berharap menang cabutan bertuah. Aku pun boleh tolong kalo korang nak harga yang spesel...

Menang

Korang pernah menang cabutan bertuah?
Seingat akulaa, sepanjang idup aku ada lah jugak 2, 3 kali menang cabutan bertuah ni. Masa aku kat bank dulu, aku ada menang telefon dari Sapura (telefon rumah yang sangat canggih!). I cannot remember where the fon is now. Hilang entah di mana! Pastu aku menang radio hi-fi kecik. Pastu ada menang duit RM1,550 dalam rancangan Sempurnakan Harimu (eh, ni bukan cabutan bertuah!!). Ada satu masa kecik dulu, menang hadiah sagu hati, dapat t-shirt dari twisties. Baru-baru ni aku ngan kanda menang lagi kat pasaraya Bintang, kami menang limau mandarin sekotak. Jadilah, cuber kira berapa kali? Banyakkan? Korang boleh lawan?

Anak


Ini anak aku yang nombor 2. Lahir , pukul 1 tengahari, 11 hb Ogos, tahun 2002.
Sangat aktif, kuat makan, kuat merajuk tapi senang dipujuk.
Suka semua berkaitan coklat. Susu coklat, roti coklat dan megi coklat adalah kegemarannya.
Muka dia carbon copy mak dia.




Monday, February 12, 2007

Hodoh

Ada satu ketika tu orang tv suka buat citer ala-ala the ugly duckling. Aku suka sangat citer-citer gini. Sebab akupun dalam golongan the ugly duckling gak. In fact ugly ducklah kiranya since dah dewasa ni kan?



My feveret show dulu, Yo Soy Betty La Fea. Maknanya "I am, the uglyBetty". Memang best. Aku tak pernah miss satupun episodnya. Memang hodohlah si Betty tu, bukan naturally,
just dia tatau menggunakan kecantikan dia jer. Ada ker rambut buat style taruk minyak tebal, pastu sikat leper camtu? Pastu spek punyalah stylo. Tentu-tentulah jadi hodoh, kan?


Tapi boss dia, Armando tu, punyalah macho.. Aku memang geram betul dengan apa yang dibuat Armando pada Betty masa memula pompuan tu masuk kerja. Tapi dia kagum dengan kebijaksanaan dan kecekalan Betty.

Anyway, baru-baru nih, ada baru kuar kat 8TV citer ala-ala hodoh tu, but versi America plak. The actress name is also America. But jalan citer dia lebih kuranglah. Just watched first episod last week. Pun aku suka jugak. Cumanya boss dia tu tak berapa nak hensem di mata aku. Tak bole lawan Jorge Abello (sebut Horge!), the boss dalam the Spanish series tu. Tapi, Betty nyer boleh tahanlah jugak hodoh.


Jorge Abello ni pernah berlakon dua alam, macam kat gambar atas ni. Boleh tahan cunnyer.

Sohih dio memang pelakon versatile. Aku suka sangat.



Si botak berdua


Ini anak-anakku few months back. Dedua comel. Dedua botak masa tuh. Adik doesnt mind botak every time kami bawak gi kedai gunting. Abang pulak since sekolah ni, dia segan berambut botak, so sekarang, takdelah botak lagi dia, adalah sket-sket rambut. But the cutting mestilah yang kemas...
Cemana pun, dua-dua anak aku ni jenis kuat berpeluh. You can see the sweat coming down from their heads bila hari panas sangat, atau hari terlebih aktiviti. Kengkadang dorang mandi 3, 4 kali sehari sebab baju asik basah kena peluh.

Aku and kandapun dari jenis berpeluh sakan jugak. Asal panas sket, hmm you can imagine how uncomfortable we feel. That's why semua ketiga-tiga jejaka dalam rumah i tu berkepala botak pada satu ketika dulu.

Semalam dan kelmarin

Semalam, Ahad 11 Feb 2007

Kanda kena kerja, so he decided to buy nasik lemak from simpang 4 at Kak Ani's stall. But tak meniaga pulak kak Ani tuh.. so, kanda kena beratur nak beli breakfast kami. That's whyla aku sempat tunggu Amal, Ameer and myself siap mandi, bancuh milo, baru kanda sampai.

Then, Amal gi Taekwondo. Aku soh dia pi sendiri, aku punya la mengantuk beb. Ameer layan tengok tivi sendiri. I told him not to disturb umi, i want to ngorok. Donno la why so the sleepy feeling. Adik the very understanding one. Kanda kata balik tatau bila, so aku pun pakat tido!!!

Amik Amal from school at 12.30. Mak pun nak ngikut. Dia siap belanja kami makan aiskrim masa tunggu bebudak ni habis taekwondo. Mak free rupanya, nenek takde. Nilah masa dia nak ke sana sini berjalan.
Sampai rumah, terus tukar baju nak gi pengantin pulak. Hmm.. gantung periuk, takyah sesusah masak, makan kenduri jer... Ameer ikut, tapi makan nasi putih kosong jer.. Senang kan? Pengantin ni bagi door gift lain sket, siap bagi small labu sayung (shape like teko) warna kuning. Very nice... i like it! Orang punya la ramai, parking punyalah susah beb. Dahlah panas ya amat, kena park jejauh pulak.

Petang, lepas bangun tido (which Adik so efficiently kejutkan), buat roti telur makan ngan anak-anak aku dan Aliff and Harith. Siap-siap terus pegi taman BBS, jogging. Berpeluh sakan beb. Tak lama tu, makyang menyusul, bawak bola nak main basketball. So, share la satu court dengan bebudak main bola sepak, kami main basketball. Letih but sronok... Makyang siap bawak bekal cekodok lagi, siap ngan sos nak mencicah... hik!

Kanda sms kata balik malam. Sure lewat malam. Aku bosan betul kalau cuti kanda takde, but since dia dah lama tak kena kerja time weekend, maka aku redhakan je la. Apa pun yang boleh aku lakukan? Aku sendiri tak boleh nak buat part time ker, over time ker nak menambahkan pendapatan keluarga. Biarkan kanda yang kerja lebih. Dah dia kan ketua kuarga, tak gitu?

Malampun aku tak masak. Kanda takde, no mood for cooking. Anak2 macam understanding jer. Buat donno jer memasing. Makan jer la roti coklat yang umi beli tadi masa balik dari taman tu kan? Pastu tido sebab letih sesangat! Bagus, cepat tido, cepat aman rumah ni! Boleh aku concentrate on my faveret tv show.. supernatural.

Kanda balik like almost 11pm, gitu. Beli mertabak jer dua keping. Makan sendiri, then aku dah lolap.


Sabtu, 10 Feb 2007

Ko boleh percaya tak aku dah dapat surat amaran terakhir dari Syabas sebab bil air dah tertunggak sebanyak RM51.30? Huiyo, banyak nyer. Keji tak? Belum pun sampai RM100 dah dapat surat merah tu, bagi amaran. Efficient betul pengurusan air kat Mesia nih. Padahal ada cagaran RM100 tuh. Kenapa tak tolak jer sesiap? Abis, cagaran tu untuk haper pulak?

Aku purposely bangun lewat sebab aku cuti. Dah kiss kanda gudbye, dia gi kerja, aku sambung tido lagi... hmm syahdu beb. Tapi, memang tak boleh lewat mana pun. Adik mesti kaco punya. Mai kat aku nak bermanja la, since ayah da pegi kerja, dia pun tumpang tido ngan umi pulak.

Perut lapau pun jadi sebab tak boleh lena, maka aku sms makyang ajak dia pekena teh. Makyang rupanya dah kuar, ngantar laki dia gi kerja. She said on her way back, memang nak bekfast sama aku ngan mak sekali. Jadi, kami pegilah keluar. Mak nak pegi NSK, maka kami bawaklah. Aku takde banyak mende nak beli, maka aku ngekor jer la. Sopping-sopping camni pun makan 1/2 hari gak. Penat jugak. Peluh-peluh basah kepala si Ameer. Nak naik tingkat 2 NSK, tak tercapai jugak hasrat dia. Hmm...

Petang pegi taman, main badminton. Kanda sms kata on his way... but kami pun dah on our way to the park. Dia memang takmo pegi kalao kita ajak, so dia dok ajer lah kat umah.

Malam kanda tanya nak pegi mana? Takde kemanapun, aku dah siap memasak sumer, makan then tengok tv la... Bosan kan?

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...