kelmarin akak pi sarapan kat kedai kuning. pi dengan ameer, along and ety. mula2 mak akak nak ngikut, tetiba tak jadi plak, udah kenyang katanya. kami pagi tu idaklah lewat benau nak sarapan, tapi tulah.. lebih kol 9. mak tentulah dah makan dulu. takut sakit pulak perut org tua tu. akak yg tak berapa tua ni pun, kalu dah lebih kol 9pagi tak sapan lagi, rasa sakit bebeno perut akak ni tau. udah planned dgn along, nak makan lagi kat kedai kunin tu. lontong dia juai sedap. kedai tu ada macam2 sarapan gak. roti canai dia, setelah kami soal siasat, katanya buleh juai sehari dalam 600kepin, uih, tu baru roti canai je, yg lain2 lagi? sah masyuuuuukkkk, kan? tu pasai aku suka meniaga.. tapi mungkin bulum jeki aku lagi nak mulakan meniaga. yg pastinya aku mmg tak larat la kalu niaga makanan, ponek weh.. abih tu ko nak buat apa su? akak nak bukak workshop. akak macam suka bisnes yg berkaitan dgn membaiki2 gitu. cewahhh.. org kata kalu org dulu2 kalu rosak, diusaha baiki, kalu org sekarang, rosak je tuko baru.. ekekek.. macam bunyi henpon ye tak? kereta kamu rosak, idaklah kamu teruih tuko ye tak, banyak beno ke duit kamuuu? itulah konsepnya kalu nak bukak workshop.. membaiki, ok? org pakai kereta dan kereta itu satu keperluan skrg ni, ye tak? pasni mikir, mana nak mencari modai, ada ke sesapa nak menseponser akak wehhh? akak rela keje lebih bab mempromotekan, kerana kepakaran akak sikit2 adalah bab marketing, in sya Allah, buleh le tu. nanti kita citer lebih dalam bab tu ok? akak ni kalu bab melalut, memang cepat benau terkalihnya ye tak. dari citer roti canai je tadi. nampak?
udah abis sarapan, kami pakat2 nak anto dulu roti canai kat umah utk mak (opah budak2 ni la). udah anto, kami stret gerak ke giant batu caves. apa ke nak dicari ntah along. oh ye, dia nak cari kentang. giler kentang kata siti aka ety. membeli kentang, dan macam2 pulak akak udah terbeli. bukan barang2 apa, semua penting la jugak, cam cheese, pisang. apa ke ntah yg lain akak terbeli udah tak ingat. pas membeli belah, kami lepak kat fudkot lak. minum lagi. penat weh soppin dgn along, memacam dibelinya. balik dr giant, siti ajak lunch terus, mentelah kami tak masak harini kan. along pun takde plan nak niaga, so, kami pi ke NSK selayang pulak utk lunch. kami cari gerai kat blkg NSK tu. akak makan mi kari, tapi rasa cam kenyang lg, tu yg tak larat ngabihkan, yg abihnya kuah je mi kari tu akak sedut.. ekekeke.. along makan nasi campur lauk, ety and azmeer makan nasik ayam. udah nak petang dekat kol 4 baru kami balik. oh baru tingat, yg jadi lama ngat kat giant batu keb tadi adalah siti memilih dan membeli baju utk kenduri. akak beli gak jubah dgn tudung warna mustard. konon2 nanti nak kena ikut thema la pengantin kata, biru and mustard.
malam tu, selepas beria2 menerai jubah, tetiba rasa tak selesa la itu jubah. lengannya rasa kocik bona. akak ni kan ke jenis pempuan sasa. masa terai tadi tak perasan sebab baju dua lapis, so, takler jadi pakai. amik la baju lain.. nak biru.. maka tercapai lak tangan baju raya dua taun lopeh.. eh ye ke 2taun..ontahlah. try pakai.. eh, birulah.. kena pulak. hantam sajalahhhh.. laki akak pun balik. dia kuar pagi katanya keje. patut balik awal je tapi dia kabo nak jumpa kawan2. hmm.. pegilahhh.. org lelaki mmg kawan aje la kalu dia keluar kan. cer akak yg ngajak dia lepak2 ngeteh or temankan akak beli2 barang, mau tak dia.. kerat kuku takkan ndak nya dia.. dah tentu dia soh akak pi dgn along jer.. dah kenai sangat. nasib akaklah laki tak berapa gemor kelihatan bersama akak.. redha dah haa. malam nanti dia nak join and tolong drive ke kenduri kawin tu pun akak dah syukur. hehee.
citer kat kenduri tu pun best. ramai sedara mara dtg. angah je takde dgn acu, adik lelaki aku. dia tu macam selalu takde je dalam acara family kami. cemana nak buat, dia ada dua family (semua org pun ada dua jugak laaa), and dia selalu ke sebelah family wife dia. akak paham. janji dia selalu mai lawat mak dah baguih la tu kan? eh, sonok jugak gi kenduri kat dewan2 cam tu kan. akak tak pernah pi rumah tamu datin halijah yg kat sentul ni. first time. macik akak yg buat kenduri ni, dah second time buat kenduri anak dia. since yg pertama akak takde kat KL masa tu, so, this is considered my first time la. sonok bertemu sedara mara, amik gambo dgn pengantin and selebihnya kitorang syok sendiri amik gambar je lerrr.. ekekek.. ada jugak terjumpa kawan sekolah aku, the famous twins aida royani and aan yuhani sebab kawan dgn adik pacik akak tu, norhafizah. ntah cemana macik akak buleh berkenan and menikah dgn abg si fizah ni. maka bersambunglah silaturrahim tu. dari kawan kepada sedara, gitu kan? all and all, we had fun kat kenduri kawin ni. balik umah letihhh..