.jpg)
Aku sayang nenek. Dia mak kepada mak aku. Mak sempat menjaga nenek, in fact, nenek spent most of her uzur days kat umah mak. Walaupun mak tu lebey kurang je uzurnya ngan nenek, tapi since mak tau dia tu anak, and it's part of her duties, dia redha je menjaga nenek. Sekarang mungkin mak dapat rehat sendiri dengan tenang beribadat sambil melayan abah. Apa lagi nak buat, ye tak? Sayang mak and i wish i could be as patient as her.
Banyak kenangan dengan nenek masa dia di rumah mak. Anak2 aku jugak suka main2 and borak2 melayan oyang dorang.
Nenek selalu kirim beli itu ini sebab dia teringin nak makan and maklah kena masak benda2 tu. Bende feveret nenek adalah terung pipit, pucuk labu, nangka muda, siput sedut and few others. Walaupun nenek kena pantang makan, sometimes mak bagi gak dia peluang rasa skit2, jangan dia terkempunan, kan?
Aku suka gak sikat2kan rambut nenek yang putih melepak macam rambut anita "diva" sarawak pendeknya itu. Nenek suka sangat kalu kita carikkan uban/rambut gatal dia. Weh.. akupun suka gak!!
Nenek mesra sangat dengan kami sekeluarga.
Tapi, mungkin dah memang masa dia dah sampai nak pergi, dia balik Klang umah maksu aku, dia sakit, dihantar ke hospital, dan dia dipanggil ke rahmatullah, selepas tidak sedarkan diri for almost 3 days...
Aku dah tak punya nenek..