Saturday, January 28, 2017

Apa mikin?

Harini tak keje.. sabtu and oso cuti raya cina sampai senin.  x pi mana2.  ater mana nak dapat asal cuti lebih je nak berjalan.  abihla duit ye tak?  duit skrg mcm tak buleh nak dok diam2 dalam bank kan.  sejak dpt gaji asiklah nak kena guna.  kdg tu tak rasa kat tanganpun dah tinggai ciput akibat digunakan dgn teknik online.. ekekke..



Semalam lak buat roadtax kembara.  walau keto lamo, teraso gak duit nak kuarkan tu.  iyolah.. lebih dr 300 tu.. banyak la raso ey.. ekeke.. kedekut ko kau su?  tak.. den cumo berkiro.  hal2 cam tu mmg kiro ko tak kiro mmg kono buek.  sebab mesia ni byk amik duit rakyat.  apa lah salahnya bila rakyat dah beli keto tu.. dgn nak isi minyak.. dgn nak servis dgn nak repair.. takyah la kena cukai lagi.  ataupun.. keta yg dah lebih 5 taun.. kira 50rm fixed roadtax sudahlah kan?  caner cadangan aku ni?  korang stuju tak?  berat wor.. bg golongan marhain yg bergaji sebulan sekali dgn jumlah yg sikit ni tau.  cemanapun.. bila dah idupkan roadtax.. rasa amanlah sikit mandu.. kan kan?    lepas ni.. aku nak kena repair sikit kembara aku tu sikit2.  nak buat itu.. ini.. duit oh duit.  jimat2 la ye su?  byk nak dibayar dan byk jugak nak diingat utk disimpan.

Tadi lepas laki aku lekatkan sticker roadtax, dia pun pegi pasau naik moto.  aku bawak keta la jugak sebab nak bawak ety anak buah aku and oso along ke pasau.  ameer takmo ikut.  terus sambung tido.  so.. ke pasau lah kami.  mak ai manusia punya ramai tak macam hari2 biasa aku pi.  sebab cuti kot.  ramai x balik kg and oso, ramai dpt angpau barangkali.. heheh.  sekali aku cek dlm slingbag aku.. purse pulak takde.  aduii.. tentu aku bawak keluar sebab keluarkan brg2 lain sblom tu.. and lupa masukkan balik purse.  apa lagi.. takkan nak balik ambik pulak kan?  ety and laki kena lah belanja aku.. kihkih.  kalu lah aku sensorang td, nak tanak kenalah jugak aku balik amik.

Dr pasar.. along ajak pi kedai 1mesia lak nak beli brg2 dia.  akupun layankan pastu baru balik.  along dah 3 hari xniaga memandangkan kurangnya sambutan sejak 2.3 hari sblom tu.  dia kata.. org dah bergaji ni semua pakat makan luar.. ohhh.. entahlah.  macam2 dugaan org niaga kan?  aku pun sedih gak.  nak buat cemana.. aku ni cuma boleh sokong beli kuih2 along and nasik lomak dia yg sedap tu je. dan kalu ada kesempatan.. bolehlah tolong along bawak dia membeli barang sekali banyak.  sebab aku bawak keta kan.. kesian gak along!

Malam ni td laki kuar dgn kawan dia pi bangi. ety dgn along mai umah aku.  sonok jugak sekali sekala dorang mai ke blkg ke rumah kecik aku ni.  along bawak tepung jemput2 bawang yg dah siap bancuh.  aku yg menggoreng biar dorang layan tengok movie kat astro tu.  selalu aku melepak kat depan dorang layan aku macam2 bg makan.. so sesekali just return the favor la pulak kannn?

Tu jelah kisah seharini.. macam nak sedih gak td selepas ameer kuar pi main takraw.. laki dah kuar awal.. tinggal sensorang.  rasa sayu sedih pilu bila kena tinggai sensorang.. mulalah rasa rindu menggamit.  rindu kat amal laa.. terus amik hp.. wassap dia.. hehee.. hilang sikit rindu.  rindu pd yg boleh dihubungi mmg cepat padam.  rindu pd yg tak boleh dihubungi cemana la kan.. huhuuu.. redha kan sajalah.  semoga doa kita utk org2 yg kita sayangi dan rindui sampai kepadanya dan mintak Allah jagakan utk kita.. huhuuu



Thursday, January 26, 2017

down

nak tido malam tadi dah down
membawak ke pagi dan ketengahari ni
mungkin ntah sampai mana
kenapa down?
selalu kecewa dgn laki
kenapa selalu kecewa?
sebab dia lupa janji nak buat aku syg dia balik
sebab aku mmg dah tak berapa syg kan dia dulu kan..
so, macamnya tak menjadi
ntah.. makin lama makin teruk perasaan
kdg aku layankan saja buat2 tak tahu
tapi tetap hati jadi sakit
rasa kenapa aku jadi begitu begini dgn dia
senang benau terasa
maybe sbb aku masih dengan dia
dan aku harus terus bersabar
aku sendiri pun kadang2 taktau nak buat apa dah
buat2 happy, ajak borak nak bergurau, konon2 la kan
tapi bila dia buat macam hampeh tu
then aku teringat la balik
apalah yg aku buat ni?
oh ye.. aku kena buat2 macam takde apa2
tahan.. tahannnn.. tahan lagiiii
buat semua dgn sabar
buat semua kerana Allah saja
semoga semakin baik
walau semakin sakit







Wednesday, January 25, 2017

you

You are responsible for your life, and your ultimate success depends on the choices you make. In the long run, we shape our lives, and we shape ourselves. The process never ends until we die.



Tuesday, January 24, 2017

hanya ingin kau


dalam hati ini aku menangis
seiring satu luka yg telah kau beri
kau tinggalkan ku
sakitiku
sungguh ku tak percaya
semua yg terjadi
tinggalkan diriku dalam airmata
tanpa kau merasa sakit yg ku rasa
sungguh terlalu dirimu kekasih
biar aku pergi tanpa sisa cinta

aku hanyalah 
wanita yg ingin engkau cinta
bukan utk disakiti hatinya
perih menahan lelah yg tak terkira
ohh
aku hanyalah
setetes embun dalam perihnya cinta
tenggelam dalam kejam luka yg ada
selalu kala dalam bercinta 
ohh
di dalam hati ini aku menangis


menjiwang dengar lagu hafiz di kala sudah makan dan sudah mengantuk, ditambah keinginan nak tulis blog.  maka inilah hasilnya.  ntah betui tah tidak liriknya tu.. aku sedap telinga je tulis.  hehee.
nak tulis apa kali ni?  cer bagi tips sket.  nak tulis pasal my next trip bercuti.  wohoho.. kau mmg suko berjalan kan su.  ye,  itulah hakikatnya.  we work hard, we play harder.  adoi.. dasyat bunyiknya play tu.. kan.  maksudnya.  mmg aku suka berjalan2 melihat keindahan alam maya ciptaan Allah yg Maha Agung.  maybe kalu ada rezeki apa salahnya.  aku ngumpul.  yeah.. mmg aku pernah kecewa dipermainkan tempohari tak dapat pi london.  cewah london konon.  dari awalnya kan nak pi US jer, visit isham hamin, kawan sekolah kat chicago.. last2 US donald trump amik alih, terus beralih arah dari US kami terus tukar nak pi London jer la kan.. paris bagai2.  last2 hampa.  3kali pospon dgn berbagai2 alasan yg aku rasa mmg takdelah rezeki nampaknya.  well, semua ada hikmah belaka.   yg kita berangan2 dari awal taun  tup tup.akhir taun nak poey.. tiket takdo.. buleh buek golak cito kek org.. tapi itulah hakikatnya.. ckuplah takmo citer lagi.. den sakit ati and sodih.

so, kita buat plan lain.  aku nak pi bandung bulan mac ni.. in sya Allah.  pastu bulan 5 ada office trip dalam mesia je, in sya Allah juga, pehtu September, in sya Allah, family trip ke pulau perhentian and so on and so forth.  ya Allah, semoga perancangan ini menjadi kenyataan.  tadi ado gak bincang2 pasal nak simpan duit utk end of the year trip to negeri nippon go.  in sya Allah kann.. ngapa tak pi umrah?  bukan taknak, nak sgt.. tapi tak cukup umur.. ekekeke.. gilo kontang kau su.. in sya Allahhh.. kita mintak duit dari laki kita kalu nak pi umrah.. lagi baik poey dengan laki kannn? huha huha punyo trip dio dah taknak poey dongan kito laey, so ajak poey buek ibadah la kot.. yek?  eh, dia ada ajak pi bali laa.. hmmm.. hehee.  in sya Allahhh.. honeymoon den suko yo.. aummmm.




kenangan ngan kak ita norita kek atas gunung kek korea.. gunung apo dah lupo la.. 












Monday, January 23, 2017

pergi takkan kembali

semalam waktu tengah bersiap2 nak pi kenduri nikah syafira (sepupu aku) kat kg nakhoda, laki aku dapat berita abg dia, abg hassan telah meninggal dunia.  innalillahi wa inna ilaihi rojiunnn.. pihak jabatan kebajikan masyarakat yg informed katakan dia dah takde.  masa tu aku dah pun siap.  so, aku agak. laki aku tak jadilah pi kenduri, dia kenalah uruskan hal abg dia tu.  selama ni dia yg rajin menguruskan abg hassan tu.  diorang adik beradik mmg rapat, lagi2 bab abg hassan yg tak berapa sihat sejak mai balik dari pulau pangkor dulu.  dia keje nelayan, tapi sejak berpisah dgn isteri dia di sana, dia balik dan tinggal di belah perlis balik.  haritu tinggal dgn kak lina, kak ipar aku. pehtu sejak dah tak berapa sihat, dia laki aku carikan tempat utk berlindung, ada yg menjaga dia dan dia pun ditempatkan di tempat jagaan macam rumah jagaan org2 tua tu la lebih kurang.  aku dah tak ingat apa ke nama tempat tu.  ikut laki pegi situ adalah 2, 3 kali, tapi takde masuk sebab tempat tu tertutup dan dihuni lelaki semuanya.  so, aku biasa tunggu dalam kereta jer.

last skali aku pi melawat abg hassan masa dia kat hospital kkb.  bila dia tak sihat, deme pakat hantar dia kat spital lah.  laki aku ada lah menghantar pampers utk dia.  kesian tengok tak boleh bergerak nak kena org pimpin.  and pergerakan ke tandas sgt terbatas, so, kenalah pakai pampers.  akupun taktau apakah penyakit dia yg sebenarnya.  ckup kata penyakit tualah.  tak lama lepas tu, abg hassan dapat masuk dan tinggal di jab kebajikan masyarakat kat KKB bila ada kekosongan.  Di sana at least ada yg menengokkan pakai makan dan sakit dia.  actually abg hassan ni ada kembar, nama dia abg husin.  dua2 dorang ni dipanggil paklang.  paklang husin dah lama meninggal, seingat aku masa aku baru keje pwc dalam 2, 3 taun gitu.  ni giliran paklang hassan pulak dijemput Ilahi.  seingat aku, yg dah meninggal adik badik laki aku semua yg lelaki, bermula dr abg aziz, abg husin, abg kassim, abg  che man and abg hasan last ni.  diorang 12 beradik, laki aku yg bongsu and sorang lagi lelaki ialah abg zain yg sulung.  yg lain2 semua pempuan.  alhamdulillah semua masih sihat.

tiap kita ni pasti akan bertemu mati. takkan tercepat maupun terlambat.  setiap amal akan dibalas begitu jugak setiap kejahatan akan juga dibalas setimpal.  kitapun taktau bila, so, kita lah yg kena beringat2 time kita tu dah dekat sgt.  yg sihat pun belum tentu lepas, yg sakit apatah lagi.  ye tak?  ingat mati adalah salah satu cara utk melembutkan hati kita.  ada jugak manusia bila kita selalu citer pasal mati, dia jadi kaget dan melenting katanya macam kita mintak2 pulak, padahal kita mmg kena ingat mengingatkan yg kita ni semuapun bakal jenazah.  huhuuu..

"katakanlah bahwa kematian yg kamu lari drpdnya, pasti akan menjumpaimu dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yg Maha Mengetahui semua yg ghaib dan nyata.  Dia akan memberitahukan kepadamu tentang perbuatan2mu"  ** (Al Jummuah; 8).

"berlomba2lah ke jalan ampunan Tuhanmu dan ke syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan bg org2 yg beriman kpd Allah dan rasul2Nya, yg demikian itu adalah kurnia Allah yg diberikan kepda siapa yg disukai, kerana Allah pemilik kurnia yg besar"  ** (Al Hadid; 21).





Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...