Friday, March 04, 2016

sahabat ke kawan jer?

korang ada kawan sekolah tak?  ehhh.. tentulah ada, samada korang ni masih bersekolah or dah tak bersekolah tentu korang ada kawan.  kesian lak mikir tak de kawan masa sekolah dulu. lebih kesian lagi kalu korang tak pergi sekolah dulu. shiannnn...

eh, mepek jap.  ni nak citer, aku menengah dulu skolah selayang.. smsb nama sekolah aku, kat kampung aku la kan.. sekolah sampai tingkatan 5. sebab skolah tu takde sambungan lepas tingkatan 5, maka akupun bentilah.  kawan2 ramai.  best sekolah.  aku takdelah kena belajar sangat2 ala2 sibuk soh belajar bagai kan.. terpulang kepada diri aku snediri la nak belajar utk masa depan aku masa tu.  abah mak mmg superb.  tapi tulah.. maybe aku ni takdelah bebai ngat, dapatlah sikit ilmu bawak dari zaman sekolah dulu.   thanks ye guru2 yg mengajarkan aku dan juga kawan2 yg byk beri tunjuk ajar kannn?

aku ada 3 org kawan baik masa zaman sekolah.  sitizen, jana and rosma.  yg masih baik dengan aku sampai saat ini sapa korang teka?  hehehe.. sitizen kira masih rapat, tapi dia bizi sangat.  ko nak tnegok dia update kat fb tu pun macam.. takde la kan.  so i assume she's very busy and i have to admit aku takdelah sebizi dia.  jana, aku takde rapat sangat dah.  lost contact. dia pun tak de mai bila buat reunion ke apa.  rosma, aku contact tru fb je sekarang.  but not that close jugak. biasalah bila kita takde close sangat dengan kawan tu, ada pulak kawan2 lain yg mengisi kekosongan itu.. cewah ayat kau.  aku mmg suka berkawan, tau la kan.  lagi2 dah tua ni, nak ke mana2 yg ada aktiviti kawan2, eloklah dengan kawan2.. sebab family pun tak berapa nak ada aktiviti bersama kan.. ekekeek.. nasiblah.  so, aku rapatkan diri dengan kawan2 yg sama kepala dengan aku.  so, masuklah aku dalam grup kawan2 sekolah aku tu.  dalam tu ramai yg aku kenal, ramai jugak yg aku baru kenal sejak reunion few years back.  ada yg mmg tak ingat langsung kewujudan dia masa sekolah, tiba2 eh, kenal pulak and jadi kawan.. ada yg sungguh2 nak berkawan and kita boleh get along very well.  and ada jugak yg ntah apa2 punya kawan, kalu tak kena dengan style dia, abis kita kena hambur balik.  macam2 style.  yg pempuan dgn lelaki beza.  pempuan kuat sentap.  awal2 masuk dlm grup dia nasihatkan kita tahan2 bila join grup ni, tak buleh sikit2 nak sentap, sikit2 nak leave grup.. wahh, kemain kau pesan kat aku yek.. berketui2 kau maki kau bahankan aku, sekali kau kena sikit, kau pulak leave.. ekekeke.. nasib laaah.. ni org kata.. selambak ko maki/perli org takpe,. sikit je org buat balik kat ko, dah ko tak tahan.. meroyan.. nasiblah.. dunia ini mmg kejam.  kau tahan, kau survive, ko tak tahan.. kau belah.  tima kasih la kawan2.. ada yg buat kita lebih memahami dunia di luar sana.  bukan semua nya indah seperti yg kita harapkan.  bukan semua kawan2 kita seprihatin dan sebaik yg kita maukan.  bukan semerendah diri yg kita imagine kan.. macam2 perangai.

aku ni deme kata since sekolah muka tak ubah2.. ajer iyer ke.. pangai gila2 and suka senyum tu still ada since sekolah katanya.  alhamdulillah, bab yg baik, kita teruskan.  senyum ajelah keje aku sekarang ni sementelah senyum itu sedekah dan aku plak mmg nak cari pahala katanya kan.. ekekekeke.. bila2 ada peluang melepak dengan kengkawan, akan ku amik.  kerana kawan2 ada byk macam pengalaman hidup yg kita buleh kongsi dan amik iktibar.  yg teruk2 kita jadikan pedoman dan panduan.  kadang2 kita buat jenaka utk gelak2 bila kita dan kwan kita tu paham situasi tu, betui tak?

uit, panjang lak tulih haaa.. dah la tu, nanti aku sambung pasal kawan2 yg dok pelekeh kawan2 lain.  tungguuuuuuuu







cicir

aku tercicir lagi dari senarai mu... cewah ayat.
tapi tulah.. mmg sudah lama tercicirnya.  kena masuk senarai baru lah kalu macam ni.
tiap kali rasa kena tinggai je kalu tiba weekend sejak laki dah bergiat dalam arena persatuan.  bukan sekadar ahli biasa.. tapi ahli majlis tertinggi tuuhh... bak kata madi sepupu aku.. jkkkkkkkkk.. haa kau.. maybe one day dia akan dianugerahkan pangkat dato' atas jasa2 dia dalam persatuan itu, utk memajukan masyarakat kampung tempat lahir dia.. in sya Allah.. kannn?

takpelah bab bini ni, mengalahlah sikit.  ko dah lama pun berpasangan dengan dia.. biarkanlah dia buat sesuatu utk dirinya pulak. asik2 kau je mintak perhatian, sapa la nak layan, ye tak.  so, bagi can lah dia.  tanya banyak2 pun org menyampah, so, tanya yg patut2 dan lepaskan dia.. tata... babai, buatlah terbaik dan kalu perlu bertanya kabarlah pada bini ni sementara masih ingat pd ku ini.. huk huk.  aku terus terang kata, rindu nak balik kg perelis, tapi tulah.. dia bukan balik berjalan, semua pun atas paspot keje2 persatuan, kannnn?

so, muqaddimah di atas adalah sangat sesuai sekali dengan peribahasa melayu yg aku tak berapa berkenan.. sayang anak tangan2 kan.. sayang bini, tinggal2 kan.  sesuaiiii.. tabik kanda kerana selalu sayangkan akuuuuu..








Thursday, March 03, 2016

tak ada yg bisa

ku rasakan sepi hati
bila kau tiada di sini
ku rasakan hampa hati
bila kau tiada di sini
menemani hidupku
menemaniku

seperti detik kita di sini
bila kau jauh dariku
seakan mimpi tak bererti
bila kau jauh dariku
aku seperti khayal
yg tak ada penghujungnya

tak ada yg bisa mencintai diriku
spt kau mencintaiku
tak ada yg bisa mengerti hatiku
spt kau mengerti aku 






Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...