dalam sebuah hutan, terdapat seekor kancil yg mempunyai ramai kawan dari kalangan haiwan2 lain di dalam hutan tersebut. antaranya ialah harimau, monyet, badak, zirafah, tenggiling dan berbagai2 jenis haiwan lagi.
kali ini hikayat sang kancil akan mengisahkan tentang sang kancil dengan sang badak. kancil dan badak sudah lama berkawan. ada ketikanya mereka akan keluar bersama2 utk makan tengahari dan berborak2. kancil selalu kagum dengan kehebatan badak yg selalu mengaku dirinya bertuah dan ada segala2nya. kancil akan selalu memuji2 kehebatan badak kerana badak mempunyai kerja yg bagus, pendapatan lumayan, suami yg hebat dan juga keluarga yg sangat bahagia.
pada suatu hari, kancil pegi melawat badak dan mendapati banyak duit2 syiling bertaburan di kawasan rumah badak. kancilpun memuji "wahhhh... banyaknya duit kau, badak... sampai bersepah2 di sana sini.., banyak betul ni, sampai terkeluar2 rumah kau pun ada haa!"
badak dgn tersenyum bangga memberitau.. "yelah.. terlampau banyak... tak buleh nak simpan ha, dalam ni lagi banyak haa... " sambil dia menunjukkan sekotak kasut yg dipenuhi dgn duit kertas singgit2. memang banyak.
"kaya betul kau ni badak, patutlah kau selalu belanja mewah pagi petang siang malam, kan?" kancil memuji lagi.. "kalau ko nak beli rumah sebuah, cukup kot duit2 ni yg berkepuk banyak, ye?" tanya kancil..
sambil tersengih2 tak tentu hala, badak menjawab.. "takdelah kancil, mana cukup..."
"kalau ko simpan banyak2, ni, tapi ko tak beli rumah lagi, ko boleh jugak gunakan utk bayar sewa rumah kau tu, kan?" agak si kancil lagi. badak terdiam.
"tapi, sampai bila ko nak menyewa, sedangkan ko tu dah kaya raya, duit sana sini bersepah ha.. patutnya ko belilah rumah ke, pastu ko dah tak yah bayar sewa lagi.. ataupun kau belilah sebijik dua apartment, pastu ko sewakan.. tiap bulan, kutip je duit sewa, ramai haiwan lain buat begitu cari duit sekarang ni.. tapi still menyewa bulan2 jugak.. macam tu ke kau, badak?" tanya kancil pulak.
badak terkedu.. betul jugak kata kancil.. detik hatinya..
badak cuma menjawab "takdelah kancil.. mana ada aku beli rumah lagi.. blum cukup lagi duit aku..."
kancil pun mula membuat cadangan pada badak.. "baik ko simpan duit ni elok2 dari sekarang, bolehlah lepas ni ko beli rumah ko sendiri, pastu ko tukarlah kereta kau jadi kereta yg mewah sikit, abis, org kaya, takkan pakai kereta kecik cam kau tu.. masa tu barulah ko jadi haiwan yg betul2 kaya dan mewah.. pastu ko belilah baju2 and henbeg2 yg mahal and cantek sikit seswai dgn nama haiwan kaya .. takdelah segan sangat.." senyum kancil meleret pada badak..
kancil terpikir.. betul ke badak ni kaya, atau sekadar propah kaya jer.. rumah sendiri, dia tak ada, rumah banglo apatah lagi.. (haiwan2 kaya selalunya ada rumah banglo, kan?), kereta pulak, dia cuma ada kereta kecik jer.. tupun dia pi keje naik public transport, dengan alasan nak jimat.. sedangkan kalu org kaya, selalunya pakai kereta besau, at least kereta honda yg kekelas sikit jadilah.. kannnn? takyah pikir minyak, nak byr parking or tol semua.. barulah bebetui badak yg kaya.. haaa....
kancilpun membuat kesimpulan.."sohih ... badak ni berlagak kaya je ni...."