Friday, October 14, 2016

nasiklomak kau suko tak?

harini kita nak story pasal along kita
along kita tu 12 taun tua dari kita
kita yg kecik.. eh. kecik konon.. kita adik no. 4 dari 5 beradik
along, angah, am, kita and acu (sorang lelaki).
along dulu niaga kat klang.. niaga gerai dekat area umah dia kat klang nun, juai nasik lemak, mi mihun kuih2, lama gak dia.. pehtu pindah selayang dok dgn mak kita lepas abah kita passed away.
dah almost 4 years along dok dgn mak kita, sama dgn siti anak along.  so, skrg umah mak kita 3 dara pingitanlah yg ada sana.  sonok kita rasa along and siti dah ada dekat2 kita.  kita tinggal kat umah blakang selang serumah dari umah mak kita.. so, kita very close lah dgn along.  boleh kata mmg ke mana2 jalan.. time kita takde laki pedulik, along and sitilah kita bawak or deme ajak berjalan2.  lupa gak kengkadang hal rumahtangga.. rasa single balik berkawan dgn deme yg single mingle tu.. ewahhh.. mengarut lebih ngat lak aku.. ekekekek


along yg tepi sekali tu.. belah kiri, peh tu angah, pehtu den, macik den, and cousin den.

along sekarang dah buat bisnes sendiri.  sblom tu dia numpang2 niaga pagi2 kat tempat kak bedah.. kat ujung jalan umah kita tu lah kan.  kak bedah buat nasik lemak... so along takkan la nak buat nasik lomak kan? along buatlah yg lain2 pulak.  but along lama2 rasa cam tak puas.  dah biasa buat nasik lomak maybe bila tak buat.. rasa tak complete niaga kan?  so, skrg dia dah nekad, tak payah lagi join kak bedah, tapi mulakan sendiri.  dia pakat2 niaga petang, depan rumah jer... aku mmg sokong penuh laa.. kesian gak kdg2 nengok along kat kak bedah.  tak bebas berkarya gitu.. ekekek.. so, dia dah mula niaga almost 2 weeks now.  nampak along hepi.  kita doakan yg baik2 je utk along ye, sebab dia wanita baik yg sentiasa berusaha memperbaiki ekonomi diri dia, disamping menjaga emak kita yg dah uzur, walaupun along kita tu sendiri dah tak berapa nak sihat sgt kann?  siti anak dia pun kalu buleh nak biarkan mak dia rehat je.. tapi knowing along.. takkan maunya dok diam.  ada je dia nak buat.  kalu bab membela kucin, mmg dialah yg byak sekali kucen.. mau 20ekor lebih (actually aku pun tak terkira berapa ekor kucen along ada.. huhuu), sekarang dia bela ayam pulak.. adoii.. mmg membiak cepat kauuu... along jenis sabar macam kita gak.. eh.. ekekee.. den takdo sabar sgt do.. den main belasah yo.. tp along mmg dari golongan yg sabar dan dipelihara Allah selalu.  dialah yg jadi kawan bila aku nak belajar ugama kat mana2.. dia nak je join.. jadi aku takdelah rasa keseorangan sgt.  kawan penting kannn, lagi2 yg satu kepala.  along pun byk kongsi kisah hidup dia, buatkan aku lebih memahami kaum lelaki serba sedikit... so, takde mengharap sangat pada mereka.. melainkan berusaha sendiri mencari apa yg kita mau.  cewahhhh.. panjang lebau haaa..

semalam, aku nak beli nasik lomak along lepas aku sampai dr keje, udah abis.  huhuu.. aku sempat tanya.. how is your business long.. jawabnya.. alhamdulillahhhh.. peh tu ku tanya lagi.. cemana untung?  adakah sama dgn masa niaga dengan kak bedah?  along kata, idak.. berganda dari itu.. and alhamdulillah lagii.. see.. tentu dia lebih bersemangat.  cemanapun dia lebih tau yg rezeki tu Allah dah siapkan utk setiap hambaNya.. usaha tetap kena usaha.  dan itulah usaha dia sekarang.. teruskan long.  senang jugak aku sekarang. balik keje, order dgn along je.  weekendlah baru masak.. if aku ada mood la kan.  if aku rasa taknak masak, janganlah paksa.. tanya je la aku apa nak dibeli utk aku.. ekekekek.. makin dasyat ko sekarang yek. aku cuma cuba buat terbaik, ok?




Wednesday, October 12, 2016

khatam sudah

maka terjadilah entry ni
semalam tanya dgn sheila, apa nak tulis.. kalu ada topik aku senang nak elaborate.. kena ada topik
peh tu shiela kata apa yek semalam, udah lupa lak aku

tengok, memori teruk bebeno haa..
oh aku tunjuk pic ustaz fazli yg ngajo kelas tajwid aku kat baghdadi tu.  sheila kata ensemnyaa.. aku cuma terpegun tengok ustaz tu masa first time join kelas dia je.  takutnya aku tak dapat ikut, sebab aku tak mulakan dgn kelas tahmid, tapi terus jump kelas tajwid.  takpelah.. redah je la.. nak cari ilmu jangan takut2.. aku amik konsep tak reti kang aku tanya je la kan.. apa de hal.. aku mmg jenis berani and kadang2 tak kisah sgt org nak kata apa2.. sebab pd aku.. aku yg nak tau.. korang dah tau.. baguihlaa.. maybe sebab aku tanya tu, org lain pun bley dapat info gak kannnn?

cam tulah..
sejak bulan 5 till monday baru ni, aku dah khatam tajwid.  next class will be talaqqi pulak.  with the same ustaz of coz, in sya allah.  dalam hidup ni, jangan berfikir kita dah bagus.. tu yg paling tak bagus.. org yg bagus takkan merasa dirinya bagus.  jauhkan la kita.



Tuesday, October 11, 2016

pernahkah kau..

pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku
membayangkan pahit manis berlaku
entah siapa yg tahu

mungkin nanti kau jua merasakan berdepan dengan kata
menyesahkan takkan tugumu kebal
tiada pertimbangan

keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada kumenjauhi

dan kisahku yg masih panjang
menambahkan berat yg memandang
lantas kupendam dan kuputuskan biarlah rahsia

semakin aku hidup dalam cinta tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata2 bertulangkan dusta
keheningan malam membangunkan kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami tiada ku menjauhi

pernahkah kau terpikir
seketika berada di tempatku?



lepaskan...