Wednesday, July 16, 2014

palestine.. tomorrow will be free

semalam tengok lagi video clip maher zain pasal palestine tu.. ya Allah.. hati ni sedihnyaa.. mudah benar aku cengeng bila tengok mende2 macam ni..

tengok pulak pic2 yg kat fb.. bila dia tunjuk budak2 dan wanita2 yg menjadi mangsa peperangan or lebih tepat kekejaman zionis ni.. aku mmg sedih sgt.. tapi tulah apa yg aku boleh buat cuma share jer, share share share apa2 yg aku rasa penting utk semua kawan2 or public di luar sana nak tau.  maybe aku dulu tak kisah or maybe aku tak amik kisah, just gitu2.. nowadays.. aku dah terasa sgt yg aku perlu utk jadi peka dan cuba sedaya upaya aku utk bantu.. sbb kita semua sesama muslim.. we need to support each other.. walau dgn doa lah pun yg kita boleh setiap kali ingatkan mereka.. cer kita bayangkan.. itu yg terjadi kat negara kita.. Allahuakbar.. nauzubillah.. tapi bila fikir2 doa kita ramai2 semua umat islam satu dunia tentu Allah akan balas.. aku yakin itu!!



below.. copy pasted from DrMAZA.com... read up gang!!

SIKAP TERHADAP YAHUDI

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda yang dikasihi Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.



No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...