Saturday, September 16, 2006

Lari bersama anak



Sabtu, hari cuti 16 September 2006 17.41 petang waktu Malaysia

Petang cam ni baru bleh rehat sikit. Wah.. hari ni bermula dengan penuh aksi.. hik. Kejut adik ngan abang ajak gi jogging. Amal janji malam tadi nak hikut, tup tup, bila dah dikejut, takmo plak. Geramnyer, but si adik memang sentiasa nak ngikut, bagus, ada kawan. Sebenarnya aku segan giler nak lari-lari anak peluhkan badan. Sib baik ada bawak Ameer, takde la nampak ngat aku sorang.. hik, ada cover sikit, konon bawak anak jenjalan! 7.20pagi ramai orang tak bangun lagi. Rata-rata cuma budak sekolah pi kelas tambahan jer... lain-lain sumer blum bangun, boleh? Mentang-mentang ari cuti, takde nak bangun pagi? Tak seswai!

Kami dua beranak lari/jalan dekat 45 minit gak. Sampai basah peluh di t-shirt. Aku memang kuat berpeluh, tapi adik mantain jer. Nak ngadu penat dia risau lain kali umi takmo ajak dia dah, so dia diam-diam je la. Layannn jer. In fact, dia plak yang tunjuk nak pegi mana-mana pusing kat kawasan kejiranan tuh. Memang takde orang lain yang jogging pun. Matilaa... kami jer yang ada lari-lari gitu, katanya!

Sampai umah, nenek dah dok depan pagar. Dah lama beno katanya tak kuar rumah. Dia nak amik angin katanya. Mak tengah korek-korek tanah bunga. Kanda dah lama balik. Kata mak, lepas kami kuar jer, kandapun sampai. Dah lena bila aku masuk umah... sian kanda. Kerja JAGA laa katanya.. hik.

Akmal ajak gi swimming, tak merasa laa... umi dah penat giler beb. CT Zen pun sms tanya plan aritu nak shopping tingkap sesamapun aku tak jadi. Lain kali geng ekk?

Pastu, pi pasar sarapan, balik umah, tido jap, mandi, masak, makan, masak lagi (spesel ikan mayong masak asam pedas untuk kanda), layan kanda makan, then baru dapat menaip ini entry lepas baca blog afdlin, p-nut and mak andeh.

Aku letih......
Nak tido lagi..............

Malam nanti kena menari lagi ngan si pola sebab rasanya makan serunding daging si mas banyak tul....
Huaahaaahaaa....................

por favor!! p/s: aku sudah signed up nak belajar mandarin and arabic... wen shang hau, ana laak afham!!

Entri bergambar betul

Anak-anak yang umi sayangi
Akmal dongan aksi takdo pinggang, all the time
asik baring yo bilo tengok tv, lotih la konon...



Ado orang kato muko dio ni ado ighas-ighas muko den.
Ado ko?
Hmmm, mood baik... posing sonyum di bulan April dulu!


mmmuaahhhhhh
duo yo ....

Banyak Kereta (Cars)

Tak perlu tunggu kereta anda jadi begini untuk menukar ke kereta baru...

ingin memiliki kereta sexy begini?

taipkan nama kereta pilihan anda dan hantarkan ke nombor 33993

kami sedia membekalkan anda dengan kereta pilihan anda, selagi stok masih ada!

...................................................................

....ini kes boring giler, tatau mau tulih mende, but still nak tulih.. apa kes?

.....................................................................

kuang kuang kuang

but...

kalo korang really nak tukar kereta, aku boleh bagi baik punya price, ada 3 jenama kereta jer aku boleh recommend, perodua, proton and toyota. jadi apa tunggu lagi? Dail ini nombor (hp 017-632-3050) dan buatlah tempahan kereta anda!

Friday, September 15, 2006

Hidup harus tabah

Semalam aku jumpa Doris. Memang dah nampak benar kurus, muka yang dulu bulat, skang dah nampak kecik sket. Aku memang tau dia amik product magic cam aku juga, tapi katanya dia ikut semua peraturan yang ada. Memang berkesan la ini product. Aku suka, aku suka... Rupanya ramai lagi pengikut-pengikut dia kat opis tu. Tapi kata Doris, tak semua orang boleh dapat result yang sama dalam tempoh yang sama! Part tu aku setuju sangat. Aku ada lebih kurang 30 kg weh nak turun... tapi takpe, bak kata maeran, don't stop. Do at your own pace. Wow...thanks mate, kita sesama gi berenang dan senamrobik ngan si pola bedul, tentu kita cepat kurus. Hmmm..

Aku ada pasang niat daa, kalo aku dah sampai ke berat idaman tu, aku cadang nak buat sedekah kenduri doa selamat. Amacam geng? You all rasa i boley pegi tak sampai ke situ? Hmm...mmm, lagi katanya. Doakan yek... Aku sendiri akan terus berusaha menurunkan bilangan lemak di sana sini di badan ini.

Oprah Winfrey, eat your heart out!!!!

Aku takde personal trainer, but i do get very good support especially from my loving kanda, my two sweethearts (Amal and Ameer who are always willing to spend their time, assist me when i do aerobics (on and pausing the tape!!), layan umi bila umi rasa cam nak gi taman main badminton), my mom who always compliment my getting slimmer body (lepas ni nak mintak tolong mak mengkecikkan bebaju tu sumua, auww!!), ati, lis, id and N and not forgeting my Upline(??), Maeran. Tengkiu de beri mac gang!!

As i mature


Nak tau?

I've learned that i cannot make someone love me,
all i can do is stalk them and hope they panic and give in.
I've learned that no matter how i care, some people are just assholes.
I've learned that i shouldn't compare myself to others,
they are more screwed up than i think... hik!

amacam, betui dak?

wantanamera...

Apa sudah jadi?

Nyonya ni kerek bener laa!
Ko hingat pasal ko super duper senior ko boleh wat sesuka hati ko?
Boleh blah... lunch nyer time pun nak kecoh... apa raa!
Akupun tau maa, apa boleh apa tak boleh!
Akupun sorang yang bertanggungjawab... ish, nyampah.
Bila ko nak berenti, i mean bersara terus dari dunia perfileman eh, dunia peropisan nih?
Aku harap cepatlaaa... hik, matila, larikkkk!

Wednesday, September 13, 2006

Mari berenang-renang



Masa aku nak tulih ni, masa dah kol 7.24pm. Baru masuk waktu Maghrib, (pekejadah buat entri tetengah azan?). Aku, Amal and Ameer sebenarnya tengah tunggu maghrib, sementara Amal siapkan homework dia, solat then kami nak trus pi swimming kat sri siantan.

Aku sampai umah cepat ngan kanda, blum 6pm dah mula masak ala kadar. Kanda dah pegi kerja since 6.20 tadik. Sebabnya, aku da berjanji dari last week ngan bebudak ni, maka akupun buat kerahan tenaga la jugak. Tomyam dah ready, balik swimming nanti tentu dorang lapar giler, so senang sket kerja aku bagi makan, lepas makan, dah letih, lena cepatla hendaknya.

Kanda kerja malam ni aku bolehla carik aktiviti berpeluh kat kolam tuh ngan bebudak. Ayo yo amma, letih la nak melayan kerenah dorang kat sana nanti.. takpe, layannn!! Dedekat kol 9 malam nanti, kami baliklaa, baru syok, teruih tidoq no??

Superman berlari nak selamatkan dunia..hik.. aku?


Semalam yang berlalu

Nak update semalam, tapi sibukkkk sesangat, tah apa-apapun yang kubuat, tatau lah..

Bila nak balik tempat sendiri ni? Lagi 3 minggu daa, Od balik kerja, aku akan kembali ke kawasan ku itu. How i miss my place. Eh, talking about missing nih, rasa betul kerinduan pada si Od. Semalam aku dah call dia, riang beno bunyiknya.. apa ke tidaknya.. berehat-rehat dari dunia opis dan politiknya.. hik. Asik tengok tv, back to back katanya. Wah.. rasa cam nak beranak jugak laa, tapi...

Semalam jugak aku pi kerja dengan kanda, naik moto. Memang aku dah rasa kecik sikit beb! Apa taknya, dah turun lagi 2kg, jadi altogether dah 10kg aku turun. Wow... eat your heart out Maeran! Aku harap aku akan terus bersemangat untuk turunkan badan melalui exercises.

Petang semalam kanda called. Kena balik sendirik la katanya.. dia dipanggil duty awal. Aku rasa cam nak nangis, bencik ngingatkan kena naik bas lagik. Tapi nak wat cemana, dah kena balik jugak... Nasib baik kanda amik Ameer siap-siap sebelum dia nak pi kerja. So, bus metro 43 la jadi pilihan aku.

Eh, ada aku tulih pasal last weekend tak? Last weekend best... memacam happened. Maybe after this entry kot!

Lepas makan dinner lite lite.. bak kata fiebie, akupun bitau anak-anak supaya carik itu vcd pola bedul, boleh kita erobik sesama. Dorang punya la excited. Amal baru lepas abis makanpun sibuk nak join aku. Takut muntah jer kang. Bukan senang nak ikut itu step dance... wahhhhh!! Lepas 4, 5 kali buat, baru boleh hikut maa. Itupun sebab aku cepat pick-up (chewah perasan), kalo tidak, maunya goyang-goyang badan je la jawapnya, kuang-kuang!!Aku selalu kata pada diri sendiri, itu video pasal aerobik tak tentu betul, sebab itu rakaman, tah berapa kali rakam baru masuk the real one, kan? Makanya aku rasa itu dapat tenangkan hati aku... hik! Jadi, keep on doing it, don't stop and say thank you to your body for working so hard... gitu! Hey, I managed the whole 45 minutes non-stop, i hepi beb. Semoga Allah perkuatkan semangat aku nak menjadi lebih sihat dan kurus!



Monday, September 11, 2006

Pengalaman baru


Isnin 11 September 2006 8:12pagi waktu Malaysia

Acik just arrived. Another driving day. Wah.. rasa cam asyik ngan memandu kan? Kalo dihitung dengan jari tentu dah lebih 10 kali acik drive to work.. hik! Dulu ngingatkan ketakutan itu.. waduh, biarlah dia menjadi kenangan pahit dalam hidup acik yang baru menguntum wangi ini.. chewahhhh!!

Semenjak dah bawak keta, kandapun dah approved, aku kena belajar berbagai perkara berkenaan ngan kenderaan itu. Kanda siap soh aku amik tau hal-hal nak tukar tayar.. hik! Dah dua kali dia explain kat in therorynya. Sayang kanda. Dia nak turunkan semua ilmu pemandu professionalnya kat aku. Aku suka, aku suka... larikkkk!! Eh tukar color font laa, nanti cam perasaan marah lak warna merah ni, sebenarnya aku hepi ni, kita tukar color yek?

Lis da mai, nak breakfast sesama. Actually, aku ada manyak lagi nak tulih, but since aku blum bekfast, and it's not good to start your day without bekfast (carik alasan?), aku rasa better continue later, k? Udahlah ari ni lupa nak minum air magic tu.. huaaahh!

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...