Saturday, March 10, 2007

Puncak itu

Inilah pemandangan puncak Gunung Kinabalu.
Taktaulah whether aku dapat panjat or not. Kalu tak dapatpun, biarlah aku dapat
pegi kat kaki gunung itupun jadilah.

Mari pi panjat gunung Kinabalu

Aku dah booked tiket dengan syarikat tambang murah nak pi Kota Kinabalu this July. Pi ngan sapa?
Aku pi sorang. Takde tanya-tanya kanda pun. Then bila dapat tanya kanda, dia kata biarlah aku pegi sorang. Aku nak pi ngan kengkawan. Pastu, aku pakatlah ajak kengkawan. Ajak Od, ajak Ain and even Shekha. Satupun diantara mereka ni dapat memberi jawapan pasti.

Then i remember my sister. SMSed her and she said yes. Pastu try booking untuk dia, kat opis. Tak dapat you. Siksa engko nak masuk line booking, cam syial betui. Balik umah, petang tu sampai ke maghrib, aku mencuba lagi. Sib baik lepas tiket makyang. But in a different return flight.. sebab sama ngan aku tambangnya dah naik jadi RM49.90 pulak. Lantaklah..... janji on the same date.

Tetiba aku teringat my other fren, Siti Zen. Called her. She wanted to check with her hubby first and then when she got her green light, aku try la book book for her also. This time, punyalah susah. Dari opis, membawak ke rumah, still tak lepas lepas.. Aku dah tensennnnnn!

Aku harap sangat dapat pegi dengan Siti. Get away from our every day life, kan? Spend the time away from your family for once in your life time. Gi panjat gunung Kinabalu. Sekarang, i have to train myself for the climb. Aku teringin dari dulu lagi, but tak kesempatan masa memuda, but waktu ni, aku kenala be prepared, tak gitu?

Friday, March 09, 2007

Kucing

Semalam aku baca kisah kucing dan bau-bauan yang dipakejkan sekali dengannya dalam blog Honey Mj. Memanglah kucing itu sangat manja sifatnya. Aku puas sangat main dengan kucing dari kecik sampai sekarang ni. Tapi takde la bela lagi sekarang sejak anak-anak aku sendiri lagi comei dari semua kucing yang ada di dunia ini dah muncul... hik.

Mak bapak aku dulupun boleh kira kucing fan gak. In fact, i think that's where the family boleh jadi suko sangat kek minatang tu. Nak bela kucing, kena pandai bagi makan, train dia buang air kecik/besar di luar rumah. Tapi, kucing ni, kalo kencing/berak, walau di luar rumahpun, tentu-tentu bau dia tu tak boleh tahan, bisa pening..

Hanya orang-orang yang sabar dan beriman teguh saja boleh membela kucing. Kalo sekadar nak main-main jer, baik lupakan. Tulah yang aku selalu cakap bila Amal mintak nak bela kucing. Cukuplah dia dulu merasa bela hamster, udah. Sekarang biar dia jaga kekura jer. Tu pun dah tinggal sekor jer.



kucing ni terkial-kial nak imbang badan, tah apa dia buat sampai terpanjat pokok sakura nih..
tentu dia ternampak burung dan pikir dia boleh tangkap burung tu!!

Muka bosan

Kan hari ni Jumaat, kan sepatutnya seronok?
Ini pagi lagi, nak seronok nanti lepas lunch baru boleh seronok!..

Sebenarnya dah mood nak cuti ni.
Aku dok terpikir ni.. semalam Amal tanya, "Umi, minggu depan umi cuti ke, masa cuti sekolah?"
Aku jawab.."takde, umi tak banyak cuti, lagipun baru lagi amik cuti last week masa daftarkan adik."

Muka dia macam kecewa jer, sebenarnya dia suka. Entahlah, ada sekali tu, dia tanya, kenapa aku cuti lelama sangat, dia takde privacy nak buat sesuka ati dia. Tataulah whether this time he meant it. Mungkin dia ingat nak ajak aku berjalan-jalan melayan kehendak dia sempena cuti nih? Hmm...

Wednesday, March 07, 2007

Sakit

Sekarang, orang ramai asik sakit jer. Hari ni Od ngadu pening-pening rasa tak bley tahan, pastu pegi klinik, doktor bagi mc, tapi dia tak boleh balik sebab masalah teknikal, pastu diapun tak boleh kerja, so, diapun baringlah kat surau. Kenapa opis aku yang established ni, takde bilik untuk berehat gitu.. ye lah, untuk kes-kes begini kan?

Waktu ni pukul 11.24 waktu malaysia, pagi. Aku lapor giler beb. Tadik pagi, makan 1 keping roti sandwich ngan sayur and mayo and a piece of kuih. Dah tak tahan. Kena tunggu lagi 30 minit baru boleh lunch. Sib baik my lunch is at 12, kalo tak, tentu tak terlayan perut nih.. Takut gak, makan lambat, gastrik la pulak. Hmm...

Selamat bertunang

I went to Triang last weekend. Semah, my niece bertunang. Akhirnya jadi jugak dia bertunang dengan bofren dia orang Sabah tu. Entah ada chance ke tidak aku pegi bila dia buat kenduri kat belah sana nanti. Tatau la, dream on.

Anyway, aku tabik hormat kat kak ipar aku kak zizah and abang brahim. Really, how they treat their neighborhoor really makes their lives easy. Aku bangun pepagi tu, sesiap nak masak sarapan, belumpun sarapan siap, that was about before 8am, sumer orang blok dia dah mai. Yang perempuan, wanita dan lelaki jugak nih. Memasing bawak buah tangan dalam bekas atau plastik. Ada karipap, ada bawak apam, abuk-abuk, kuih bakar, putu mayam and even tapai pun ado.... Best tau! Ini baru kenduri nak bertunang! Esok, kalao kenduri kawin, harus dorang antar lagi banyak barang untuk dikongsi bersama... hmm.

Memanglah dorang tu berpengaruh laki bini. Bila orang lain ada kenduri, doranglah jugak bertungkus lumus buat apa-apa yang patut. Jadi, tak heranlah kalo dorang diberi perhatian yang sama oleh orang blok tu.

Menu hari tu, ada sup lembu (abang berahim siap sembelih lembu beb - puas makan sup), ada ayam masak merah, ada gulai nangka, masak lemak cili api nenas dengan ikan bilis, ada ulam beb, berbagai sangat, ada kerabu perut dengan togeh, ikan masin gelama dan hentah apa lagi. Pokoknya, puas dong!!

Semoga pertunangan ini menjanjikan Semah kehidupan yang lebih bermakna di masa depan.

Jalan tempatan

Korang pernah dengar/tengok nama-nama jalan yang pelik tak kat tempat korang?
This morning and yesterday's, aku dengar JJ and Rudy kat radio. Memacam beb, ada sorang amoi tu called kata kat tempat dia ada taman nama, Semabuk, and there's one road by the name of Jalan Sin. Can u imagine all the sin of the people living in that mabuk park. I can't remember any other name except this one, but it's in London, somewhere, nama dia, Divorce Court. Pelik kan?

Hmm...

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...