Friday, June 09, 2006

Notes

Tadi aku baca blog ntah sapa, joe perantau, gitu..
ada la kata-kata gini:

"i promis to tell the whole truth and nothing but the truth, so help me blog.."

and

"it is better to have blogged and lost than to have never blogged at all"

aku sungguh tertarik dengan kata-kata itu, ada lagi.. ini aku dapat ntah dari mana plak:

"people will forget what you said, people will forget what you did, but, people will never forget, how you made them feel", gitu..

ini satu faveret aku:

"Dear God, if you cannot make me thin, please make the others around me, fat, thank you God."

Jumaat tiba jua


9 June 2006, 2.38pm

Hari jumaat akhirnya tiba juga. Sungguh lama rasanya seminggu ini. Duit dah semakin mengering. Benci perasaan takde wang ni. Sungguh menjengkelkan. Mana peginya duit aku??
Balik kampung ari tu takde belanja banyak, in fact, tak de beli benda mahal pun. Tanya kanda mana duit kanda, nak sikit buat belanja, diapun mengeluh. Huahaaahhhh, nak nangis dengar dia kata dia sendirik tak cecukup duit. Nak marahpun ada gak. Kerja sehari lebih dari 15 jam, OT boleh claim, tapi, mana peginya duit kanda??? Aku hampa.

Pagi tadi sampai opis kol 7.22am. Sunyi jer. Teringat plak, Od cuti hari ni. Maka takde genglah nampaknya nak chatting kat same time. Tunggu nina juren, lambat bonar sampainya. Aku cuba call kak timah, no answer. Dia cuti ker? Mungkin jugak. Semalam kata nak balik kampung, nak belikan aku labu sayong. Fed up betul. Gi cafe, terus baca surat kabar sambil makan nasi lemak. Then a. rais datang join aku makan. Si nina juren sangkut lagi kat pintu, tak ley masuk. Masuk ni dah 3 kali dia ada problem nak swipe masuk/keluar. Apa la si juren ni.

Sudah makan, masuk opis, start kerja. Garf memang tak sampai lagi, lambat sokmo. 5 days a week mesti lambat. Lantaklah ko, asal jangan nyusahkan aku sudah. Angie takde, course lagi 1/2 day. Boring takde kerja. Buat filing sesikit, kemas-kemas, buang mana yang patut.

Juren tanya cemana nak kerja sini permanently, soh aku recommend kat ST. Tak berani aku... aku sendiripun belum betul lagi, nak recommend orang lain. Aku nesihat kat Juren, soh kerja sampai 2 bulan penuh, then baru tanya kat ST or HR cemana nak buat selepas tu.

Lunch tiba, aku cadang nak amik duit kat tabung haj. Juren drove us to Jalan Ipoh, motive, kuarkan duit, boleh belanja makan spesel skit kat kg baru. Boleh belanja juren sekali. Tetiba sampai kat tabung, rupa-rupanya Jumaat tutup plak tengahari... huaahahahahh, sedihnya. Duit dah la ciput kat purse. Kenapa aku boleh terlupa.. eh, aku memang tak taupun yang jumaat tengahari dia tutup. Hanjeng betul, terus jer gi kg baru, gerai makan gerak 21? Layan perut makan nasi lauk gulai rebung, kerabu mangga, daging lembu bakar, ikan masin dan air suam. Cost me only RM3.50, amik kau, puas hati makan.

Juren jumpa kawan lama, si ju, a nurse at GH. Seronokla borak-borak sambil makan. Eh, orang lelaki ramai gak kat situ. Makan dulu baru semayang kot. Entah, kat pukul 1.30 pun masih ada lagi lelaki-lelaki tatau malu makan dan lepak di situ. Siap makan, balik. Rupanya si ju ni and juren ada kisah di sebalik persahabatan mereka. Terkejut bila Juren beritau kisah itu. Macam-macam ragam kehidupan...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah
Dah makan, kenyang, kena aircond, rasa cam nak balik tido plak. Rindu nak peluk ameer bucuk tu. Ameer semakin montel, actually tak montel, dia tegap beb, but very cute to touch. How i wish he's here. Nak balikkkkkkkk... Nasib baik esok cuti... yes!!

Thursday, June 08, 2006

Musim Kawin

Fuad's wedding reception, Thursday, 1 June 2006
Fuad, sepupu kanda ni, seorang penyenyap. Takde banyak cakap... in fact, tak cakap kalo tak tanya. Semakin kurus semenjak dua menjak ni. Akhirnya kawin jugak dia.
Dapat cikgu sama macam dia. Sama cantik, sama padan. Yang penting, sama negeri, senang nak balik bila cuti raya..

Wednesday, June 07, 2006

Takde tajuk

7 June 2006, 3.41pm waktu Malaysia

Selamat berhari Rabu.

"Umi, naper umi tak kejut ameer? Umi tinggalkan je ameer!". Kesian adik kena tinggal. Boleh kira juga berapa hari adik tak terbangun waktu kami nak pegi kerja. Just this morning, dia emotional plak bila aku telepon. Pastu, mintak coklat cam biasa. Ha haaa...

Itulah yang buat aku suka jadi emak ni. Skang ni pulak time cuti. Abang sokmo gaduh ngan adik bab-bab nak tengok CD. Memasing ada citer mereka tersendiri. Budak-budak tu memang suka gaduh. Si abang lebih pentingkan sepupu dari adik sendiri. Menyampah rasa kengkadang. Adik tak dapat layanan yang sama. Kalau umi ada, tentu abang kena.

Adios, blank aka blurrr..


Tuesday, June 06, 2006

Balik kampung

Selasa 6 Jun, 2006 10.46 pagi waktu Malaysia

Sudah dengar lagu Arjuna cinta from Dewa? Huiyooo, best. Macam lascar cinta jugak.

Bukan itu topic utama. Aku cuma nak citer pengalaman balik kampung hari tu.
Sungguh menarik. Walau mak dah takde, aku tetap sukakan kampung kuala perlis yang kian membangun di bawah pimpinan shahidan kassimnya. Masa mak ada dulu, suasananya berlainan sekali. Adik beradik rajin berkumpul. Mak jadi macam tempat anak-anak bergantung. Walau memasing dah berkeluarga, semua akan balik bila ada saudara-mara jauh datang, especially bila hari raya. Itulah time yang paling afdhal untuk membuat mak gumbira. Belila apa-apa untuk mak. Memang patut anak-anak buat mak suka, lebih-lebih lagi kalau kita jarang-jarang berjumpa. Aku sayang sangat pada mak. Dia aku layan sama macam mak kandung aku sendiri. Diapun buat aku macam tu juga. Setiap kali berjumpa, mesti cium peluk macam tu. Aku tengok anak-anak yang lain takde pulak begitu. Memang orang belah sana lain sikit. Habis kuat pun salam je la. Aku memang style gitu, bila orang tu aku sayang, aku akan peluk dia, cium dia macam orang Arab gitu.

Semenjak mak takde, adik beradik dah tak macam dulu lagi. Semua dah pecah belah. Memasing dah tak jenguk ayah pun. Kesian ayah. Bila kami balik kampung, memacam cerita ayah keluarkan. Orang tua tu jadi sensitif sangat. Ye laa, tentu dia terasa sangat kehilangan mak. Anak-anakpun tak kisahkan kebajikan dia. Pegila ke sana sini, cari tempat mana sesuai dengan dia. Elokk-elok dok ngan kak z, dia rasa rindu pulak nak balik kampung. Dah di kampung, kata pulak anak-anak tak pedulik dia. Tak tau mana satu yang betul pada dia. Dah jadi orang tua ni, kita kena dengar dia bercerita, pastu, kita kena tapis dan buat penilaian sendiri.

Kak z dulu bersusah payah menjaga makan minum dan sakit mak sehingga mak pergi. Rupa-rupanya ada anak-anak mak yang tak puas hati dengan kak z. Mereka kata mereka juga patut dapat apa yang kak z dapat dari mak. Allah itu Maha Besar. Yang tak puas hati tu adalah anak-anak yang ada cerita lain sebelum ni. Aku boleh nampak perubahan dalam hidup mereka. Dari senang, jadi makin susah. Ada yang jadi huru hara, bisnes jadi lingkup dan memacam lagi. Semua Allah bagi balik pada mereka atas apa yang telah mereka buat pada mak dulu.

Ini jadi ingatan pada kanda dan aku. Mak bapak itu mesti kita utamakan. Restu mereka perlu untuk kita teruskan hidup dengan aman-damai. Jangan sesekali menyakiti hati mereka atau buat mereka rasa tak dipedulikan. Akibatnya, hidup kita tak akan tenang.

Aku paling teringat bila hari raya. Mak akan masak ketupat pulut dan laksa kegemaran kanda. Usaha cari ikan yu, buat gulai favourite kanda. Kanda akan makan dekat 7, 8 kali sehari bila di kampung. Waduh, sungguh manis kenangan itu. Begitu sayang mak pada anak-anaknya. Setiap kali kami nak balik pulak, ke kedailah dia mencari asam, belacan, ikan kering dan pulut untuk kami bawa balik. Tak lengkap kalau tak ada tempahkan kuih kering untuk kami. Mak begitu berkira dalam bab-bab itu. Aku rindu sesangat pada mak. Semoga roh mak dicucuri rahmat di sana….Amin.

Monday, June 05, 2006

Black Monday

Monday, 5 June 2006 4.22pm

It’s nice to be back to work again. I miss my desk. Ha haa.. can you believe that?

Yes, orang kata Monday tu susah sikit nak kerja. Betul ker? Pada aku, semua ari sama jer. Just how you look at work, itu yang berbezaaaa.

Pepagi lagi Od dah call. MC katanya, sakit pinggang, sakit kepala dan sebagainya. Kesian mak buyung tu. Memacam dugaan ke dia.

Alah si Garf pun mc jugak. Aikk, semalam aku jumpa kat kenduri kawin, kemain sihat lagi, tetiba ari ni, mc plak. Eleh, biasalah tu. Dah tak minat kerja, carilaa memacam alasan takyah gi kerja. Bencik betul aku ngan pempuan tu. Harap-harap biarlah dia blah kerja lain.

Tetiba, si LM pulak cuti, maka dengan rasminya, makcik disuruh dek SN dok kat tempat dia. Bukannya syok dok tempat orang yang dekat-dekat ngan kita ni. Ini namanya bidan terjun. Esok aku kena gi ganti tempat sec. MD pulak. Dah tempah since last week lagi. Aku ingat nak tukar designation laa… Tukar jadi relief sec. So, from now on, please make bookings before you go on leave, or planning to take mc… gitu, katanya.


adios

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...