Wednesday, July 26, 2017

ngidam

masa bulan posa tu.. aku ada tingin duyan.  ngadu kat laki, konon2 manjala kan.. kot2 dia mau belikan ke kann.. haha.. tiada dapat pun ke saat ini.  aku pun kenapa ler tak beli sendiri yek?  ntahlah.  semalam aku punya tinginlah nak makan burger kau.. kat plaza ada la kedai western tu.. aku lalu je, takpun menyinggah.  kenapa yek... peh tu balik keje semalam, aku pun ternampak burger king kat kls,  konter dia macam takde org.. ada 3 org que cam tu... akupun pi lah.. beratur, sambil tengok2 burger apa aku nak order nii.. 1minit, 5minit.. 7minit.. takde gak yg amik order kat konter.  hmm.. patutlah kosong.. servis cam hampeh.  aku tengok blkg aku  yg beratur mmg dah panjang, tapi depan yg nak amik order, yilek... ada kat konter belah sana.. tapi takmo lak cakap kat kami belah sini, sila tunggu kejap ke apa ke kan.. courtessy la sket bitau yr customer kannn?  last2 about 10minutes waiting.. aku chow.  gerammmmmmm...

padam langsung niat nak makan burger.  terus msg laki soh belanja aku cisburger since dia dah byak duit bergaji kannn.. dia kabo tak masuk gaji pulok.. sistem down.... hmmmm.. adakah ini namanya tada jeki??  aku redha je... takde harini.. esoklah ku beli.  malam tu.. waktu tengok "pinggan tak retak nasik tak dingin" laki ku yg botak tu bitau dia akan singgah belikan aku and ameer burger.. oh wow... Allah mengabulkan doaku.. yg ku idam2kan akan ku dapat tak lama lagiiiiii..   alhamdulillahhh... bila dapat je cisburger tu.. makan pelan2 je menikmati kesedapan cisnyer and daging grill nyer.. allahuakbarrrrrr..

peh ni nak ushar duyan.  dapat dalam 5.. 6 ulas sorang.. jadilah kannnn...



Monday, July 24, 2017

kenduri, makan, masak and masak lagiiii

sabtu itu, aku ajak laki pi open house umah kawan sekolah kami, rohizan, or we call him yo jer.  umah dia kat kg dato karim, batu keb.  dia sebenarnya buat kenduri mak dia nak pi mekah, terlanjur buatlah open house sekali gitu.

makan memacam jugak, aku makan nasik, makan buah2an and kuih2.  buah manggis and buah mata kucen jadi pilihan utama aku masa baru2 smpai.  aku pi dengan siti zenab or i call her sitizen.  she oso ajak laki dia, salim, so kami 2 pasanglah ke sana.  Yo sambut kami, layan kami makan and macam2lah.  it was fun.

balik tu.. nak relax.  cadang dgn along nak pi umah open kak bedah pulak, katanya starts at 3.  tapi org dah ramai makan kat kemah dia depan umah tu masa.  menggelupor along ajak kami pegi kol 2 tu jugak.  katanya takut abis makanan kang tinggal kuah je.  begitu dasat along bab makan.  maybe dia bersedia dr pagi sbb tak masak kot.  khas nak makan kat situ, tu lah pasai.   angah pun mai dari kelang tengahari tu.  nak bawak angah sekali la tu.  oh kuih popia nestum yg kat atas meja dia sgt delishes u.  i makan byk gak.  lagi i makan mi kari je.  kuah agak pekat jugak, bolehlah rasanya, kena dgn tekak.  smpai malam, bila sendawa, asik rasa kari je kau.. ekekeek..

bila malam udah lapau.  since laki ada, aku pakat nak masaklah.  kuarkan ikan jenahak yg tak seberapa tu dri freezer nak masak asam pedas.  lama tak masak, sibbaik reti cari lagi mana garam and bawang2 bagai.  sekali minyak pulak takde kau.  asam pedas apa tada minyak nak menumis.  kojutkanlah laki soh pi kodai.  nak taknak bangunlah jugakkkk.. yeyehhh.. ater nak aku masak, ko tolonglah jugak apa2 yg patut ye tak?  tengok2 cili giling pun takde, maka itulah jugak kena beli kat kodai.  masak jarang2 bila nak masak, takde barang.  haghuuuuu...


malam tu makan kat umah, ikan jenahak masak asam pedas and also ikan bawal goreng.  tu jelah utk sabtu malam.  makan till you drop la laki oiiii.. heheh.

ahad tu bangun kena buat sarapan since laki nak makan sikgoreng.  dia tengok nasik semalam ada lagi.. dia pakat kuarkan udang and kopek just to make sure i make the nasik goreng.  if barang ada, i sekejap je masak, ye tak?  so, jadilah nasik goreng dgn udang yg banyakkkkk.. kehkehkeh.


lunch tu, along ikut angah pi sg choh ada open  house umah sedara.  bawak mak sekali.  den tak ikut sbb laki kata nak keje petang.  den masak for lunch.  masak apa yek.. ohhh.. masak ikan gelama yg laki pancing ritu and also udang lagi, buat sambal tumis udang.  and of coz lah laki yg kopekkan utk aku senang masak.  tolong bini apa ke salah nye ye tak.  jgn asik mengangkang tunggu org panggey makan je baru jenguk dapur.. mmg hebat lakiiii.. now ko kena tolong aku byk perkara.  bini ni mmg pemalas, kenalah support sikit ye tak?