Friday, December 04, 2009

Penyibuk antara bangsa


Memang tak suka sangat ngan dia ni.
Dia selalu je rasa dia je yang pandai buat keje, orang lain idakkkk..
Pastu, siap cek-cek keje aku nih.. make sure aku buat betui.. hek eleh..
Ko dapat lessen ke buat gitu? Aku layan je la, kata ye ke, betui ke aku silap, cemana aku nak buat ni?
Pastu siap bitau kat manager yg ku tolong tu, aku buat silap, macam silap besarrrrrrrr sangat. Dah mgr tu dtg kat aku, tanya why this and that and she said aku tentu tau, kan? Aku tau meh.. buat keje aku… ingat aku tak cek ke sebelum buat?
Sebenarnya si penyibuk tu yg tak fasih bab2 tu, dia gelabah, nak heret aku kot?
Kena ingat (terpaksa ungkit), dulu2 ko nak kenal mende2 pun, aku yang tunjukkan!

Dahlah… cukup!

Wednesday, December 02, 2009

Selamat hari jadi abah..

Abah harini, 69 taun yang lalu telah dilahirkan.
So, hari ni ialah besday abahlaa..

Selamat hari jadi abah.. kami semua sayangkan abahhhh!!
Apa aku nak beli kasi abah ye?


Cuba teka mana satu abah aku?

Kalu korang teka betui, aku kasi hadiah... cepatttt!

Tuesday, December 01, 2009

Umi sayang adikkkk

Malam sebelum raya itu

Malam raya aji tu.. kanda balik lewat. Sian anak2 tunggu dari siang sebab nak balik kg, kan?
Aku tak heran ngat sebab kat umah makpun kecoh ngan anak2 Makyang (akak ku) yg beramai2 memeriahkan rumah

Aliaa dtg dari pagi tolong opah buat keje apa yg patut. Masa aku balik keje, semua dah siap, rendang dan ready, kuih cornflakes pun dah siap dalam botol. Nasik impit jugak udah disejukkan dalam dulang. Apa lagi? Aku volunteer nak goreng ayam bawak balik umah aku supaya mak senang nak buat masak merah.. tu je.

Aku takde selera ngat nak masak2 ni, nak makan je, boleh? Kanda plak takde, lagilah takde selera nak buat sesemua tuh.

Kanda balik bawak kereta Pajero boss yg agak besar. Lega hati aku.. buleh la aku guna kereta nak melenjan ke mana2 nanti. Cewahhhh...

Puas aku pujuk Ameer, akhirnya dia nak tinggal di rumah dgn aku... tak jadi ikut ayah dia balik Pahang. Berattt je aku tengok dia nak buat keputusan tu. Masa dia sangkut balik baju dia dalam lemari, aku tengok meraahhhh mata dia menahan sedih. Tulah pengorbanan yg besar dia buat pada aku. Tulah tanda dia sayangkan aku. Kanda.... nak kata nak pujuk aku ajak balik kg jugak takdelah... udahlah. Not that i would give in kalu dia pujuk pun, but, at least kau pujuklah kan?
Memang udah tak kisah.. takde bini di sebelah pun takpe, ye?

Hari raya itu

Pagi raya tu aku terbabas bangun. Adik pun sama. Syahdu semacam.. Makyang dah sampai kat umah mak. Datang ngadu kat umah aku dia dah accidently tercabutkan kepala paip kat sinki umah mak. Ngamuk abah. Air melimpah, tak buleh tutup... lantak, hari raya korban, mak kena korbankan air pulak... hihi.. kesian Makyang. Tak pulak dia rasa bersalah.. "bayar je lah bill tu,".. katanya...

Lepas makan dan beberapa kali makan, acu datang dgn kuarganya. Kami decided nak gerak ke Klang, gi melawat sedara mara di sana disamping melawat nek ucu yg kena strok hari tu. Mak la yang paling tak sabar selagi tak jumpa nek ucu dan tengok keadaan dia. Sib baik dah lega sikit, dah buleh gerak2 kan kaki tangan selepas dah diurut 2, 3 kali.

Kami gerak ke rumah along lepas tu. Makan tengah hari pukul 4 lebih, mana tak lapau? Sib baik along masak, kalu tak, pakat makan kat kedai segeralah kami haritu. Dari umah along, kami pegi pulak umah aunti bibah. Dia nak tunangkan anak dia esoknya, but since kami dah datang haritu, kami pegi je lah melawat. Makyang esoknya nak keje, so takde driver. Aku plak, takmo sesat barat kalu aku yg drive, kan?

Balik umah dah malam. Elok2 je nak tengok Nurkasih episod akhir. Cam haper je citer tu. Aku dah tau sebab dah baca sinopsis.. cemanapun aku tengok jugakkkk.. Jumpa balik Adam ngan Nur kat dalam ketapi???

Sebelum tido, aku ngan adik tengok tivi citer Taubat Nasuha. Sedeynya.. aku ngan adik tangkap leleh. Aku ni mmg lah jenis senang nak nangis, rupanya, adikpun samaaaa... ada gak sorang yang ngikut emaknya ek?

Kanda sampai rumah malam tu around 12.45. Aku dah lenaaaa...

Tulah dia kisah boringku di hari raya hajiiii...

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...