Monday, July 13, 2015

ramadan hampir ke penghujung

lamanya tak nulis sini.
aku sgt rindu nak menulis tapi aku sangat sibuk.  sibuk mencari lailatul qadar.. eheee.. buleh ke kata gitu.  bulan ramadan yg 10 akhir ni mmglah letih.  makin lama makin letih, itu dah biasa, tapi kita kena usaha juga meminta Allah mengampun dosa2 kita yg lalu yg sekarang dan yg akan datang.  Kita tak tau whether Allah terima atau tidak amalan kita, but kita kena sentiasa mintak itu jugak.  Jgn pikir kita dah buat je amalan tapi kita tak mintak Allah terima.. kena mintak doa jugak supaya ianya diterima.

Aku buat mana yg termampu, aku usaha jugak.  Rasanya ramadan kalini lagi byk dugaannya utk aku sendiri.  Hui hui.. tahan, sabar, tahan lagi, sabarrr.. ekekek.. peh tu.. senyummm.

Balik kampung perlis tak dapat taun ni.. kanda and azmeer je balik in sya Allah.  aku jaga mak and fmly kat sini dgn Akmal.  Akmal plak balik dr kolej dia Selasa malam in sya Allah.  by 15hb tu dah berkumpul 4 beranak kami again.. tu pun dah kira raya dah pada aku, alhamdulillahhh..

Cadang bila kanda takde, aku nak pi langkawi.. ke pulau perhentian?  ekekekekek.. mana tau kan?  Along and siti ada, so, tengoklah cemana aku nanti.

kenangan di langkawi 2013,perkampungan mahsuri..