Saturday, September 30, 2017

Z800

Berangan jap naik moto tangki besau camni.  Kawasaki Z800 gitu.. Hehee.. sonok tgk org ride jauh2 or even dekat2 je lah pi naik moto besau ni kan?  Cemana besau pun moto.. bila aku yg besau ni naik.. terus moto tu jadi kecik.. kann?

Cer tengok tang tangki dia.. huiyo.. ntah bila lah dpt memiliki.  Hukhuk.. hanya mampu berangan duluuu..

Pic diambil di pasir salak resort, perak.


Friday, September 29, 2017

mengalah bukannya kalah

jelaskan padaku isi hatimu
seberapa besar kau yakin padaku
untuk tetap bisa bertahan denganku
menjaga cinta ini

pertengkaran yang terjadi
seperti semua salahku
mengapa selalu aku yang mengalah
tak pernahkah kau berfikir
sedikit tentang hatiku
mengapa ku yang harus selalu mengalah
pantaskah hatiku masih bisa bersamamu

jelaskan padaku isi hatimu
seberapa besar kau yakin padaku
untuk tetap bisa bertahan denganku
menjaga cinta ini

mengapa selalu aku yang mengalah
tak pernahkah kau berfikir
sedikit tentang hatiku
mengapa ku yang harus selalu mengalah

pantaskah hatiku masih bisa bersamamu

-17-




Wednesday, September 27, 2017

Biarkan lepas semua rasa perit

Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh
Biar menghapus semua rasa yang merapuh

Biar aku memberi
Biar senyum kembali
Biar ku sentuh jari jemari pejamkan mata

Biar saja air mata menangis terus menangis
Biarkan lepas semua rasa perit, perit yang manis
Biar saja air mata mengalir terus mengalir
Biar habis semua di bahuku

Jangan mahu sendiri jangan dibiar mati
Bawa ke mari hati ke sini pejamkan mata

Bagai mimpi terindah lepaskan dirimu dalam ku taman kamu
Biar ku memberi cinta yang kan membawamu ke syurga

Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh

Biarkan lepas semua rasa perit

-FT-





Tuesday, September 26, 2017

nak rasa penumbuk aku?

saja buat tajuk cemtu.  sebagai ingatan org yg lemahpun buleh mengganas kalu dibuli hari2.  eh, sapa yg buli kau?  eh takde sapa2 la buli.  saja nak buat gempak.  buli pun bukan mesti buli fizikal, maybe buli mental.. and buli mental lebih teruk kesannya, kannnn?  lepaskan lah dengan menumbuk.. ekekek.

last week terborak dgn kawan pasal gemuk.  aku mmg tak larat kalu pikirkan nak kuruskan badan.  tapi bila dia ajak join kayuh beskal.. mm.. mmg tak lah.  knowing beskal tu.. seat dia pun aku rasa sungguh kecil dan tak selesa tengok saja.  mau sakit montot plak aku despite nak kurus.  cewahhh.. alasan la kan.  mmg beskal is out of the questions.  so, ntah cemana, tengok2 kat fb... terkenan plak nak try tomoi.  bukan nak masuk pertandingan.  tapi just nak kuarkan peluh.  contactlah kawan aku tu.  rupanya dia presiden muay thai negeri selangor kau.  dia ajak pi tengok2 dulu, and kalu tak berkenan takyahlah join.  pucuk dicita ulam mendatang.  harga pun buleh kira ok lah jugak.  aku tak mampulah amik pekej2 yg mahai, so, just yg biasa2 utk fit and if rajin bisa menguruskan badan.  cewahhhh.. but itulah.. kena ada gang.  terjumpa plak gang kat situ yg sama2 dtg mencuba.  so, melekatlah kat tomoi nih.  aku sukerrrr.

sebenarnya perasaan menumbuk dan menendang tu sgt syahdu.  lagi kuat tumbuk bunyiknya lagi best.  lain2 exercise tu trainer tu buat supaya badan kita lebih ringan.  persediaan.  but the trainings are totally or strictly on muay thai style la kan.  belajar menumbuk, lurus bengkok dari bawah, menendang yg macamana tak sakit and macam2 lagilah.  alaa.. bukannya aku reti sgt nak explain pun, aku baru 3 kali pi klas.  nak perut aku turun?  sabar.. usaha dgn gigih dan jgn cepat putus asa.  adoi.. malam tadi punya training buat aku nak semput masa tu jugak.  kena paksa jugaklah dgn trainer, ater.. rugi katanya.  aku kata takyah lak paksa2 aku cuba slow2.. no no no.. buat jugak.. mapuh aku.  tapi tulah.. sibbaik pg ni buleh bangun pi  keje.  nak matiiiiii.. tp tu malam tadilah.

skrg ni dah tua2 lah kena jaga badan.  org muda takpelah.. badan kuat lagi.  but if org muda dah rajin exercise, itulah lagi bagus.  laki aku masa aku tanya nak masuk klas muaythai or motai je lah sebut ye.. dia macam tak bagi.  katanya takde lari2, just tumbuk2 and tendang2.. eeehhhh... dia tau pulak.. dia penah pegi ke?  pastu aku kabo, aku pi dulu.. try.. if tak berkenan aku tak join and if bekenan, biarlah aku cuba buat.  aku kata coach tu kawan aku.  last2 dia kata ok.  aku kata.. nak ajak main badminton, dia taknak, ajak jogging dia lagi sedap tido soh aku pi dulu.  so, aku bagi la dia balik bab ini.  jgn kata aku tak cuba.  mmg nak sama2 laki takdelah.. buatlah sendiri.  bila bini gemuk, laki dah tak pandang, malu tapi tulah.. bini selalu tak diberi sokongan, cemana.. now.. buatlah apa yg baik utk dirikau sendiri su.. make yourself happy and if you can.. make others happy too.  buleh kannn?




Monday, September 25, 2017

mengharap itu menyakitkan

benarlah kata2 itu.  lagi byk yg kita harapkan dari org, lebih teruk perasaan kita kalu harapan tak kesampaian.  sedih beno bunyiknya.  tapi begitulah.  cerita yg sedih2 aku taknak sebab aku bukanlah org yg sedih, aku ni jenis hepi go laki.  bila aku dah mula mengharap, mmg aku kena bersedia utk kecewa.  walau aku tau mmg susah org nak paham, or maybe dia jenis bebai, aku pun tak paham.  so, kenalah tahan dgn sikap aku yg menyampah and menyentap dgn ketidakpedulikan kau pada perasaan aku. byk kali lepas kau ucap nak berubah, tapi kau tetap sama.. menyakitkan ati.  nak mengadu kat sini walaupun aku tau kau tak pernah baca.. just to keep as my life diary.  so sedih.

belajarlah menghargai aku ini.  bukankah kita sedang menuju fasa pembaikan hubungan kita.  aku bagi peluang lagi nih.  walau berat, walau menyampah, aku cuba bertahan, aku sabar.. aduh sakit tau takkkk?  buatlah sikit2 walaupun bukan sekali semua yg aku mintak.. mmg kau tak mampu nak penuhipunn.. mmg perkara yg aku buat pada kau tu adalah perkara biasa dalam rumahtangga, sekadar nak bermanja manji.. takkan cuma atas katil je buleh tunjuk manja?   inilah kesilapan kau selama ni.  takut nak tunjuk kasih syg.  kenapa kau buat aku macam bukan bini kau?  at least layanlah kehendak aku ni.  nak memeluk laki sendiri tapi ditepis dan tak disambut pelukan tu membuatkan hati aku hancur, pecah berderai. bukannya nak ajak main. bukannn. just nak peluk tanda aku nk mnja2..  laki sendiri nih.. sakitnya hati.. menangis terus masa tu jugak.. menahan dan menahan jgn keluar air mata.. apalah yg susahnya just peluk balik and peluklah lebih kuat lagi.  yg bila dipeluk mendapat pahala.., ini bini weh.. bukannya aku ini pondan yg datang kepada kau secara tiba2, bukannya aku ni jiran kau yg sukakan kau dan paksa kau, bukan bukan.. aku ni isterimu yg berusaha nak memanjakan diri.  kat sapa lagi nak manja kalu bukan dgn laki sendiri.

kalu bini dah lari or dah tinggalkan kau mmg sedihlahhh.. aku akan buat pasal, takmo layan kau lagi cemana?   mmg bini akan berdosa, tapi sebab nak bagi kau rasa tu.. maybe patut kita biarkan je laki yg macam ni, tanpa layanan.  huhuu.. ke nak ceraikan dia jugak?  menyampah lah.. back to square one again.  penatt.. ya Allah.. penattt

USS Singapore 2012

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...