Friday, May 07, 2010

Jumaat tiba juga akhirnyaa...

Owang putih kata.. thank god it's friday
Well .. actually u need to thank God even whatever day it is as long as He lets u live, tu yg penting, ye tak?

Aku bersyukur akhirnya tiba juga hari raja segala hari... iaitu hari gaji.. eh, hari Jumaat. Seronok jumaat sebab..

1. esok cuti
2. boleh pakai kasual (walaupun aku sukati je bila2 nak pakai kasual ke opis sebab aku tak gi client)
3. opis bagi kuih2 & buah percuma for bfast
4. lunch lama (ye ke.. pada akupun every day lama je lunch - kuang kuang)
5. malam ni ada klas belajar meniaga.. lama betui tak touch down for DCL (amik semangat!!)

Malam ni business centre (BC) OG kat Rawang tu ada buat taklimat perniagaan. Aku nak bawak some friends to attend. Sajalah kongsi ngan kawan2 apa ke mende yg aku buat sekarang kan? Aku dulupun camtu jugak dibawak dek ogy. Aku pi dengar, bukakan hati manalah tau mmg di situlah rezeki aku, kan? Alhamdulillah, Allah dah tunjukkan jalanNya pada aku!
Semoga kawan2 mendapat faedah dari biz talk ini..

ps.. kembara dah okay.. aku dah memandu kembali harini..
Ya Allah, thank you for what u have given me!

Thursday, May 06, 2010

Khamis yang hamis

Ada ke tajuk gitu plak, kan?
Menimbulkan kontroversi adanya.
Memangpun kontro.. apa ke idaknya, aku letih giler pagi ni. Lupa amik jus bidadari satu hal, mmg super duper letih sebab umur tua ni tak bley ngat layan berlebih2, sementelah dengan mood nak period tak tentu hala.. terasa usang sgt dah body nih.. huhuhu

Dua hari poco2 letih ke amat. Aku plak jenis yg pukul abis, jantan betina pondan punya peluh semua keluar. Udah tu, lembik jugak. Penat sebab berjalan sakan takde kereta. Pagi ni plak, lepas rempit ke stesen terminal putra tu.. kejar2 nak tukar tudung (kes tudung naik moto kena special, warna gelap takut kotor), pakai tudung yg santekkk sket, pastu kejar2 tren, udah penuhhhhhhhh... bencikkkk, berdiri pulakkkk. Entah beribu2 stesen baru sampai ke el sentral nih.

Cam cil bab ton sangat aku kena himpit oleh ntah sesapa yg berbau ala2 hamissssss tak tentu hala. Dorang tara mandi ka di pagi2 hari ini?

Tu je celoteh macik pagi ni.. harap tak sentap ye!

Wednesday, May 05, 2010

Jalan paling banyak di dunia

Ha kauu.. tajuk tak hengat diri..

Ni kisah semalam la.
Aku gi ngaji tajwid setiap senin selasa. Kemarin syioklah, lepas kelas, kanda dah tunggu nak amik. Semalam, dia meeting (apakah ..lakiku ada meeting... ), maka aku kenalah berjalan, jalan dan jalan hingga ke stesen bas. Mencik tau... tapi apakan daya. Sekarang ni, kalu jalan sehari kurang dari 2km tu kira bagussss sgt. Used to walk more masa subuh2 kelala exericse regime dulu.. Dah takde kereta, tulah akan aku lalui sehingga kembara kembali bertugas nanti.

Kaki aku ni dah naik muscle. Musti korang yg selalu2 jalan kata .. elehhhh, kitorang dah selalu2 jalan, takde apa2 pun. Tu kira advantage la kat korang, kan?

Well, baguslah kalu amik sebagai exercise, ye tak?
Aku semalam, jalan dari kg nakhoda balik umahku di Selayang Baru, pastu kecoh2 nak kuar gi Astana plak nak gi poco2. Kanda ni kan ke bizi, tak sampai2 lagi, aku kuar jelah, jalan lagi, jalan jalan jalan sampaiii lah kat fazira seafood, mampoiiih... sib baik kaki aku okey, takde buat hal.. jumpa kanda kat situ. Tit tit... terus dihantarkan aku naik moto, merempit berdua ke Astana utk berpoco2. Amik kau.. tak berenti2 aku bergerak, sampai abis peluh jantan betina semua kuar. Hehehe.. Aku puas. Ramai pulak yg menegur aku dah kurus.. hehehe, lagilah seronok... even cikgu poco2 tu, Liapun stuju aku dah kurus.

Dengar tu hati.. teruskan usaha kita ye?
Sandarkan semua kesusahan kita pada Allah yg satu.. semua boleh diberesin..layannnnnn!

Tuesday, May 04, 2010

Berangannn..2

Ada satu makhluk ni.. tak taulah kenapa. Memang sebelum ni mulut dia terkunci, seakan2 takmo sapa2 pun tau dia buat apa. Tapi bila aku dah jual2, promote, tiba2 diapun belajar bukak mulut jugak menjual produk dia..

Takpelah, since meniaga ni mmg tuntutan dalam islam, kan? 9/10 punca rezeki kan, kan?
Tapi jganlah sampai ko nak menjahanamkan bisnes org lain dengan kata cuma ko punya yg terbaik, yg termurah, yg terhebat ... sambil kondem org lain punya barang.. apakah?

Sgt teruk dan sgt tak professional.. Biarlah org decide mana deme nak beli, ye tak?

Monday, May 03, 2010

Orang kawin

Sekarang ni musim org kawin, ye tak?

Korang dapat tak jemputan ke majlis begini? Tentu meriah kan?
Kemarin aku gi jugak kenduri kawin sepupu aku, Farah Ellyana kat Klang.
Seronok jumpa sedara mara. Yg dah lama menghilang, yg dah lama tak dengar kabau..

Temanya ungu... aku pulak memang suka warna ungu.. gitulah. Ada jer.. Bawak balik bunga telor masuk dalam beg. Pastu lupa, boleh?

Malam2 nak tido, baru realize ada telo dalam henbeg.. sudah pecahhhh.. Gilo, kan?
Kena basuh henbeg aku yg vogue sangat tuuu!

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...