i dah mula bercucuk tanam, minat pulak dgn bercucuk tanam or we say berkebun. tak kiralah bunga ke, sayur ke ubi ke.. suka pulak i. dulu cuma bunga.. sekali padam minat tu.. now ia kembali tapi lebih kepada nanam sesayuran, tapi i layankan jugak dengan bunga2an. bersakan membeli tanah kau.. ntah berapa byk tanah i dah beli dari lazada and also dari nursery2 jugak. tapi tulah.. bila kita minat, tentu ada halangan. pokok tak idup, pokok lambat idup dan pokok kena kaco dengan babi.. ehhh.. bukan babi tapi cik ti.. tikussss.. ntah2 cencorot, sbb nampak kdg2 tu besau ngkauuu.. kalu takde cabaran or halangan takdelah erti kehidupan ye tak. asal tanam idup subur besar berbuah, ehhh, mudah bebeno.. taklah dinamakan kehidupan kalu smooth ajer ye tak? paling mencabar umah i dahlah sekangkang kera, takde kawasan nanam, asik kacau or kongsi umah mak/along, mana deme nak ruang jugak. kenalah i usaha.. mintaklah botak buatkan para utk letak pasu2 and poly2 bag i. beria lama nanam, barulah botak mahu nolong buat. pastu dia siap komen gak.. pasaipa pastu awak tak sama kaler, napa tak susun poly je semua.. ehhhh.. begitulah. nasib dia mau tolong buatkan para. mujur gak pacik umah sebelah sudi bagi kami buat para kat tembok ngadap ke umah i ni, kalu tak, bersangkutan je lah pasu2 i, or just pasu gantung je semua kat dinding umah i, bersama2 dgn lampu lip lap raya i tu lah deme kongsi paku gantung.. .. ekekke..
pastu ada keseronokan baru. nak menambahkan wang. nak belajar trading. ong melayu kata main saham. biar tak hensem janji kaya.. gituh. DDNK mmg menusuk kalbu. so i cari tempat nak belajar sampai jumpa tuan nizam malek dari saham mastery. situlah i tengah belajar nak buat trading. bukanlah senang, tapi idoklah susah sgt, yg penting mahu belajar, mendalami, in shaa Allah buleh aih. pepehal cari ilmu dulu sebelom pi berperang. skrg kan semua online. so, slow2 i akan mendalami dan akan mula buat trading sikit2. ok or not? maleh citer banyak, kita nanti cuba jer ok, start small to grow big. ada cara ada guru, in shaa Allah boleh!!
eh satu lagi.. jan anak bulu i dah beranakkkk.. 4 ekor kauu.. cumel2 anak dia.. tambah lagi fmily i. Azmeer lak anak bungsu i dah masuk kolej polytech mara, kptm. abg dia dulu kat batu pahat, adik pulak dapat kat ipoh, amik course animation, tak jauh beza abg yg amik graphic design marin. Alhamdulillah, adik dah ke menara gading, gituh. seronok tgk dia bersungguh2 buat sendiri persediaan dia nak further studies, beza gak dgn abg dia dulu. tulah org kata, anak2 dari perut mak yg sama, tapi perangai takde jugak yg sama, ye tak? ehee.. i love them both.. giler tak sayang anak2 sendiriii? anak kucens pun i sayang, kannnn?