Friday, March 28, 2008

Nombor bertuah

Besday acik 21 hb, so acik dalam golongan bernombor 3:

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan,
kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

tuanpunya tangan ni memang confirm ensem.. tapi, ini takde kena mengena ngan ini entry..


....sumber dari emel..




Jumaat yang mulia

Sabda baginda Rasulullah s.a.w:

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Itu saja untuk kali ini.. acik takde idea nak tulis di samping keje yang agak banyak...

Monday, March 24, 2008

Kan-Cheong Kitchen 2

Memang betui-betui kan-cheong.

Sebelum acik taruk entry kisah hari recording rancangan tu, acik nak umumkan bahawa acik telah tewas 35 – 16 (points) kepada pasukan lawan hari itu. Congratulations to them, Shaz & J.

Sebenarnya menu or mende yang disuruh masak punyalah senang - goreng pisang je. Yang gempaknya ia digelar Banana Fritters with Sesame Seeds & Honey.

Acik dipasangkan ngan Mikey, a 22-year malay old guy from Cheras... awww lembutt! Tak pernah masak, sumua nenek dia siapkan untuk dia. Oleh kerana dia tatau anything about cooking, dialah yang kena masak, acik plak just sit at the cookpit giving him all the instructions.

Cilaka tau, bising giler, kan-cheong gitu. Hostnyer, dua ekor ni, Rina & Fat Feb, dorang ni pulak asik ngacah, payah tul idup acik. The whole 25 minutes tu, acik jerit bagai nak rak, last2 acik terpaksa ngaku kalah sebab goreng pisang dah jadi pisang salai dalam minyak.. sedey ni, tapi acik berserah dan kata dalam ati… this is just for fun and acik redha…


the 2 hosts, Fat Fab & Rina



Korang boleh saksikan acik beraksi nanti starting Friday, 9 May 2008, kat 8TV kol 8.30 malam. Episod ke berapa tatau la pulak dorang nak tayang, but in one of the episodes laa.

Riffa.. the juri memasak tak bertauliah (jemputan)

Ameer demam sebab sejuk sangat dalam studio?

nota kaki:
to CT Zen and son, Irham yang sudi datang bersama untuk memeriahkan studio.. bersama Amal, Ameer & mostly kanda, tima kasih atas sokongan kalian..

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...