Friday, December 16, 2016

selamanya diuji

aku cinta kamu 
lebih dari hatiku mampu
pasti jiwa takkan bisa
hidup tanpa hadirnya kamu
sungguh dahsyatnya 
cintaku kepada kamu
aku mohon jangan pergi
menyiksaku dengan rindu

cinta dua hati 
selamanya takkan terpisah
kau dan aku punya cinta
paling terindah di dunia
sungguh dahsyatnya 
cintaku kepada kamu
aku mohon jangan pergi 
menyiksaku dengan rindu
tiada yg bisa
mengisi ruang di hati
aku mohon jgn pergi

jiwa ini perlukanmu




jiwang lak potang2 jumahat nih.  system dah totop.  mata pon nak totop.  tahankan je sambil layan lagu2 kat hempon.  mmg nak tololap.  seingat aku pernah dah dulu letak lagu tu kat blog nih.. tapi takpelah.. aku suka, kan.  layankan saja.  dorang ada buat photoshoot tu kat belah sinun. amik pic utk letak kat opis punya fb wall, sempena kismas katanya.  aku dr dulu mmg takde gang nak melayan mende2 gitu.  last ntah berapa taun dulu masa nak raya ada lah sekeping dua amik dgn budak2 typist and shira.  shira best.  dept dia sporting.  semua pegi sekali gus.  dia kabo boss dia yg beria2 kumpui dulu tunggu kamera ready dia dah ready dulu.  mmg jeles dgn dept dia.  selalu sepakat.  lain org lain rezekinya kan?  lain org lain ujiannya pulak.

ujian belaka kita nih hidup.  bila baru takde ujian? bila dah mati.kann?  aku dah letih nak hadap ujian kat opis.  aku dah redha je.  cewahhh.. macamlah berat benau.  aku rasa kalu takde ujian2 cam tu kita tak kenai org yg baik or org yg betui2 baik. or.. org yg buat2 baik utk nampak cam baik.  ada je yg macam malaikat kononnya dialah yg paling baik.  kita ni semuanya tak kena kiri kanan atas bawah depan belakang.  cer tengok dia.. tengok kelakuan dia.. tengok pemakaian dia.. ikutlah dia kononnya.. pd hal.. fail.. gagal.. hampeh.. haa.. apa lagi.  terbukti hang lah yg paling hebat.. Allah nak tunjuk kat semua, sekejap je dapat balik bahagian kau yg tertunggak masa buat kat aku dulu.

aku camtu la jugak.  less talk. more smile.. less shouting more crying.. ekekekek..











Wednesday, December 14, 2016

cuti2 belum lagi

postponed lagi katanya..
apa nak buat.  kita ikut org cam tulah.
so, trip kita ditunda ke tarikh yg ditetapkan yg lain.
so, kita takmo la buang masa buang cuti.
kita pegi lah keje
sementelah kita kena ganti timing pulak
sebab kita makan gaji keje
bukan cam dia keje meniaga


hampa jugak, tapi nak buat cemana
terus teringat kata2 bijak dia
hidup ini tak semudah yg disangka
jadi aku redha jer lerr
kalu kali ni tak menjadi jugak trip
harus saja aku melupakan segalanya
kumpullah segala duit dan kekuatan
utk terus terbang meninggalkan malaysia





ebit lew

cuti2 aku amik peluang membaca buku2 tentang kasih sayang, membina keluarga mengikut sunnah Rasulullah saw.  buku2 dr ustaz ebit lew mmg best.  byk sgt yg tak pernah terpikir dalam benak ni dah dapat dirungkai.  cewahh.. bukanlah bijak mana nak memahami.  yg penting baca dan cuba pahami.. ini org membaca buku malas.. nak mintak datang mukjizat tiba2 pandai mana nak dapat?  ekekekek.. ada bini tak kasi kasih syg.. tapi pikir kenapa bini selalu melawan sentiasa hangin.  cek balik hati kita.  hati oh hati.  milik siapakah hati ini.. kata sudirman.. padahal dah tau milik Allah SWT belaka, ye tak?


Friday, December 02, 2016

akhlak

Sayyidi Habib Ali Al Jufri: ‎من ألِف النظر إلى المحاسِن؛ اجتمعت فيه المحاسن
‎ومن ألِف النظرَ إلى المساوئ؛ اجتمعت فيه المساوئ.

Siapa yang terbiasa mencari atau melihat hal hal yang baik pada orang lain, akan membuat ia bergelumang kebaikan..


Dan siapa yang berusaha terbiasa mencari kelemahan orang lain, akan membuat dirinya sendiri penuh dengan kelemahan tersebut.

Jangan fikir bahwa kita lebih baik dari orang lain kerana sikap "aku lebih baik dari dia" adalah sifat yang memerangkap syaitan dan itu adalah dosa terbesarnya yang menyebabkan syaitan di usir dari syurga, meskipun syaitan adalah makhluk yang ibadahnya banyak dan tak terhitung, jadi waspadalah.. Selalu bersangka baiklah.. Ya Allah, berilah kami cara dan akhlak terbaik dalam beribadah kepada Mu, agar kami juga bisa berhubungan dengan sesama ciptaan Mu dalam kalangan yang Engkau redhai.. Kurniakan kami dengan pengetahuan yang benar dalam mengenal diri kami, sehingga kami mampu mencintaiMu dalam hati, amalan dan akhlak kami.. 


Ya Fattah, Ya Mujiib






happy bday abah

Salam semua..
harini 2disember 1940 abah i was born.  kalu abah masih hidup, umur abah dah 76.  tapi abah dah takde, dah 4 taun abah takde.  aku tetap rindu abah.  kdg2 dtg dia dalam mimpi.  aku sgt2 rindu abah.  dialah lelaki yg tak pernah menyakitkan hati aku.  dialah yg paling sporting, walau kdg2 aku rasa jelingannya saja ckup utk mmbuat aku kecut perut masa zaman membesar dulu.  aku mmg kategori anak yg nakai.  lantak pi lah.. aku terjah semua.  aku mmg kategori memberontak saja masa kekecik dulu.  tapi abah selalu panggil aku sayang abah.  buat aku terasa disayangi sangat walaupun abah tak selalu dapat memewahkan kami dengan apa2 sgt.  hari2 kecik kami tunggu abah balik keje tu satu perkara sangat manis.  walau dia beli kendos je tiap2 hari.. ckuplah pada kami.  ada lagi org lain yg abah dorang tak beli apa2 pun utk dorang masa balik kje.  ada jugak org yg abah dia dah takde pun masa dorang kecik2.. so, abah aku tu sesuatu yg sgt berharga, sgt aku sygi.. sgt aku syukuri sehingga sekarang ni.

huhuu.. abah.. ha rindu abahhhhhh







Wednesday, November 30, 2016

meninggalkan maksiat itu berat

"Sesungguhnya untuk meninggalkan maksiat itu adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (perkara yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya)." Rasulullah S.A.W. pernah bersabda : “Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya.” Firman Allah S.W.T : “Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu).” 

-Surah An Nur : Ayat 24. 


“Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu).” 

-Surah Yassin : ayat 65.



Kisah cinta kau dan aku..

I mmg suka menulis.  Kalu kena topiknya.. laju jer tangan i menaip tet tet tett.. kalu takde hal.. i can type as many entry as i can as i have so many ideas at times.  Tp skrg time bizi la nyah.. kojo melambakk.  Elehh.. bizi kononn.. if u can spend a few minutes writing.. jadilah.

So.. lets see.  What shd i write today?  Love story best kot?  I lama dah xbercinta.  But i can still remember syoknya bercinta tu tauu.. ehekk.. meh citer pasal what i've seen in fb.



I have a very good fren.. i call her Wan je lah.  M sure her frens pun ramai mine jugak.  I known her since she's very2 young.. blom abis uni lagi.  Kenal melalui grups kat fb.  She is very frenly.. that's y kita get along very well.  She quite tahan dgn ke"direct" an i and also we talk about lots of things.. including love.  Since she is a beauty.. i nmpk mmg ramai cuba mikat dia.  And dia pun terpikat jugak to a man.  Tentulah bila bercinta all the great moments can be seen between them.  I can feel how happy she was.  Berbunga2.. and that guy plak nampk very loving2.. Then.. they broke up.  Eh.. i fojot.. before that she was in love with a hindustan doctor.  Yeah.. he is also my fren in fb.  Lastly.. sadly.. they broke up.  I know she sedih sgt2.. mmg love kalu dah terpaksa putus sedang kita benar2 cuba utk pertahankan adalah sgt sakit kan?  Fmly advised her to let go.    So.. when she was in love again i felt happy utk dia.  Rupa2nya it's another failed love.  Wan selalu jugaklah tanya2 i about how it feels.. kdg2 tanya jugak my opinions.  Selalu dia kata.. jawapan i sama dgn jawapan dr mama dia.  Nmpk tak how mom's think alike?  Semua nak tengok dia bahagia kan?  Now she is in a new relationship.  I am happy to see them in fb.  Their happiness tu kita bleh tengok.  Cara dia jawab komen2 bopren dia tu nampak yg they are loving and soooo caring to each other.  Kadang2 i bakar gak diorang sibuk2 i komen sekali since bopren dia ni pun kawan i jugak.. heheee.  Bercintaan mmg macam tu lah.. even now pun wan still chat with me.. telling how she felt bila bofren dia buat posting and most of his frens liked and comments and mostly ladies.  She got jealous also.  So i said.. well.. better be jealous.. itu tanda kita masih amik berat and takut kehilangan.  tapi i told her jugak.. not to jealous too much too often.. hehee.. macamlah i ni reti sgt nak bg nasiat.. kannn?  I pun dah x jeles2 lagi.. dah xde apa nak jeles.. dah x de peka tua2 ni.  Mmg kalu dah tua2 ni kita xboleh jeles.. bukan tanda kita syg dah katanya.. buang tebiat je dikabo.. huhuu.. lupakan ajerlah perkataan tu dr vocabulary i kann? Lepas ni.. i takkan dulik dah.. hahaa.. Pagi tadi i tanya betui2 kat laki i.. "saya ni.. jeles ke bang?"  Nak tau tak dia jawab apa?  Sekali.. dia jawab.."ya".. agaknya dia ingat masa aku muda2 dulu kottt.. huhuu..





Tuesday, November 29, 2016

kecewa

dalam sehari berapa banyak kekecewaan yg kita boleh terima?
yelah sebagai manusia
sebagai pekerja
sebagai binik
sebagai kekasih
sebagai ibu
sebagai kawan
sebagai pendengar
sebagai blogger

aku rasa tahap kecewa aku dgn org lain berbeza.  tentu2 la kan.  org beriman dan beramal soleh, boleh dengan tenang menghadapi segala yg berlaku. aku ni tahap mana iman..?  terlalu lemah lagi, cetek dan masih berusaha nak hadam apa yg berlaku.  bila aku rasa kecewa.. aku sedih, ni semua sama pada semua org macam aku.

ada org akan senyap, diam tak boleh nak ckap apa2.. tanggung sorang2 dalam hati
bagus begitu.. tak siapa tau kekecewaanmu.  lagi2 kalu ko cover dengan senyumanmu

apakah yg buat kau kecewa su?
semalam aku kecewa sikit bila dengar berita yg aku agak2 dah boleh rasa akan berlaku.  Sally bitau the group will have to shorthened the trip.  probly less than 10days.  dapat pegi few countries saja.  bukannya aku ni tak bersyukur, aku ni cuma sedehhh.. dah taqdir, sebabnya sangat kukuh utk kita terima, family dia yg sedang dalam ujian Allah sekarang ni.  asben Sally tiba2 jatuh sakit, dengan bp yg mendadak naik kemarin kena kejarkan ke spital.  di saat2 akhir kami nak fly dah kan?  Sally je yg jadi harapan asben dia.  sapa lagilah yg seorg suami akan harapkan di saat dirinya tak berdaya, buetui tak?  anak dara Sally pun baru je nak recover demam campak.  dia lah yg diharapkan Sally menjaga adik kecil dia nanti.  So, kenalah aku and gang terima keadaan ni dengan redha.  Pendekkan lah masa trip ni.  In sya Allah. Kita masukkanlah diri kita dalam situasi Sally.  Since dia leader, dia kenalah teruskan jugak, dengan beberapa kekurangan, ye tak.  If aku la tu.. probably aku tarik diri dah.  entahlah.. akupun tak taulah cemana.  Allah duga lagi hidup kita semua ni, sampai lah hari kita mati nanti.  baru takde dugaan hidup lagiii.  huhuhuu..

balik keje semalam jumpa Puspa, Sam and Siti.  itulah kami discussedkan.  Tiket tak beli lagi gamaknya.  Since all have to be re-scheduled kann?  Bertabahlah gang.. bila ramai2 kita bersatu, takdelah rasa kecewa sgt.. Allah bagi sedikit kelapangan bersama kawan2.  We are still looking forward to the trip.  In sya Allah.

Pehtu nak balik umah, anak2 dah mesej.  Nak pi CC spend the nite there.  Sedeh lagi. sebab?  Laki tak balik lagi.  sebab itu aku lambat balik and sementelah kawan2 ajak jumpa pegilah jumpa.  Anak2 pulak mintak antakan ke CC.  Deme dah pegi.. aku balik umah.. tengok "abang" kucing aku ada kat umah tido kat sofa, Jimmy lak tido kat lantai atas carpet.  Tu lah yg tinggal.  Aku siap2... terasa kosongnya rumah.. kalu aku tak piyed, aku boleh gak duduk solat lelama, peh tu ngaji barang beberapa muka surat and tunggu sampai ngantuk and tido.  semalam aku bukak astro.. citer semua tak best.  peh tu rasa lagi.. napalah sunyi sgt terasa.. bab laki tu mmg lah kalah kan. dia keje keje keje yg dia utamakan.  mmg takbley belah bab tu.. lepaskan sajalah dia.  lagi ko merempan, lagi lelaki tak suka.  so aku mmg gitulah konsep dgn laki.  if you know your way back, silakan.  if you dont feel like comin back pun.. its up to him also.  aku ni konsepnya suami pinjaman Allah.  sementara dia ada, kita gunakan sebaiknya.. dia takde, diam2 ajer.  hahaha.. letih tak.. yess.. tak dinafikan.  kecewa tak?  yess, masih kecewa, but a little bit sebab kecewa dgn anak2 yg lebih suka main game lebih besar rasanya malam tadi.






Monday, November 28, 2016

movie ni sapa belanja?

saja cari pasal tajuk camtu kan?

hehehe.. laki dah gaji.. haruslah dia yg belanja.  den lambek gaji.  anak2 nak tengok movie, so, ajaklah ayah dia.  kalu den yg ajak, haruslah tak dilayan.  ni pun bukannya selalu.. malah nak kata sebulan sekali pun idak.. ntahlah berapa bulan punya aktiviti.

after some considerations.. 2 movie kita bantai.  ayah blnja 1 movie baru, umi blanja 1 movie lama yg budak2 ni masih teringin nak tengok..  katanya kalu beli cd pun pic masih tak cantik.. hehehe.. amal la yg kata.. or nak tunggu dia donlod, lambat pulak.  by the way, citer baru tu ialah citer beautiful beasts and where to find them and satu lagi citer lama tu ialah dr strange.  dua2 best.  i kagum.  byk betul effects2 yg i suka tengok and boleh bikin pening.. ekekek..

in the middle of those 2 movies,kami pi makan2, pi cuci2 mata, tengok2 buku2 kat kedai buku and also pi mamak again to makan2 and makan.  nampak anak2 sonok, dah kurang gaduh2 sejak dah besar2 ni.. alhamdulillahhh.. jgn berenti doakan mereka dan redha lah atas diri mereka.  ingat jadi mak senang?  setakat ni bila anak2 dah teenagers, aku cuba buat mereka cam gang2 aku je.. amik tau apa yg deme suka, and cuba2 suka jugak.  deme pun shd know how their umi is by now.  ok lah tu kan.  cuma nak terapkan nilai2 islam sejati tu aku tak reti sangat lagi.  bab semayang, mmg masih jerit lagi la if dorang buat tatau je kan.. kalu nak kena tempik ngan aku, buat la pasai.  aku tegur anak2 and aku harap ayah diorang pun buatlah yg sama,  or at least bagi contoh yg terbaik utk anak2.. kennnn?



Friday, November 25, 2016

redha

tajuk best kan.. redhalah apa yg terjadi dalam hidupmu wahai suriani..
ekekeke.. ya, walau bagaimanapun yg terjadi, haruslah kau meredhakan ketentuan Allah kepda dirimu.

nak cerita pasai apa lak harini?
ohh.. nak bitau yg aku dapat tengok wayang free harini. opis den PWC bagi staff2 bertuah cam den.. ceritanya bertajuk redha, kisah pasangan yg dapat anak autisma.  aku tak berapa tau sgt apakah jenis penyakit tu.. nak google pun malas.  sementelah aku mmg pemalas, maka aku tunggu jelah nanti movie tu tunjukkan kisahnya.  mind you, pop corn tidak disediakan.. ekekeke.. lemak pulak ko kannn?

pagi tadi cuba ajak laki gi mancing esok.  kot2 la dia rasa teringin nak mancing bawak bini dia berdua2an ke bertiga or berempat2 an.. .  aku tau dia mmg suka mancing dulu. aku mmg suka..  so, aku pun saja bakar dia.  dengan selamba dia menjawab.. nak mancing barang2 kena bersiap tu ini tu ini.. paham lah sekarang, takde lagi nak pegi memancing dengan aku.  kdg2 aku wonder cemana ada pasangan yg selalu ada masa utk berdua2an dan sudi join buat hobi or just lepak2 makan2 sama2.  laki aku ni, nak bfast je la dapat kalu weekend hari sabtu or cuti2. tupun puaslah ngejutkan kata aku dah lapau and aku nak belanja.  hahaha.. the key word here is aku belanja.  if not.. haruslah buat aku masak or apa2 je lah yg mudah kat umah tu.  cemana ko kata sayang kat bini tapi ko nak memanjakan bini pun kau sangat2 berkira.  bini ni, bukannya tak tau perangai kau.. tapi, macam aku lah.. berusaha ngajak dia jugak, nak mengembalikan kemesraan yg dah terpadam tu kan.  ntahlah.. maybe dia ternyala bila main aje gamaknya.. yg lain2 takde dipedulikan padam ke malap ke or samar2. je lah.. pada aku laki aku mmg macam tu.  nama nak manja2.. tiada lagi utk ku.  ajak gi bercuti bila ujung bulan ni, sebelom aku fly ke london, ada gak aku suarakan... tapi macam biasalah.. dia kabo tak ckup, sebab dia nak kena pi kenduri anak buah dia nanti dec. 11.  nak gi mana2 tunggu lah gaji bulan december katanya.  walaupun aku tau kalu dia nak pegi and kata yes je, aku akan keluarkan belanja utk cuti2 ni.  bukannya ke mana2 pun, setakat gi pangkor ke or genting je lepak2 dengan anak2 berempat kita sementelah akmal and azmeer dah cuti skolah kannn?   so, dia kata tunggulah tunggulah tunggulah..  which aku mmg tak rasa masa itu akan tiba sebab bila masa nya dtg.. terlalu byk pulak yg nak diambil kira dgn anak2 nak masuk sekolah and so on and so forth.

aku ni sekadar dipinggiran laa.. sini pinggiran, sana pinggiran.  dah taqdir hidup aku dipenghujung usia ni, biarlah aku layan diri dgn kawan2 and membanyakkan kembali kepda Allah.. huhuu.. sedih la pulak.




Thursday, November 24, 2016

move on...

baru lepas coaching session.
tak de mood ni, terus rasa selesema
sedih pun ya
perasaan ntah apa2
keje is ok, but kena bambu jugak kerana hal2 yg berkaitan dia...   
apa nak buat.  life is like that.  u like it or not.. u move on.
u move to the next step.  find the bad things, improve, find the good things, improve and make it better.

i love my job, i want you to love me for what i m trying very hard to be.. a step better than last time.. 

yes, i love me job very much!!




Wednesday, November 23, 2016

counting days

sebenarnya tak tau nak tulis apa.. so, aku tanyalah ira shahira apa ke nak tulis kat blog haa.. ira kata, why not u tell about ur europe trip.  what is my expectations.. where to visit.. what country, what do i want to buy.. huiyooo.. tiba2 macam banyak ngat la pulak buleh tuleh.  den ni kalu tak pasti den sogan nak tulih.  lagipun kali ni trip den tak berapa tau sgt apakah itinerarynya.. sbb semua diuruskan oleh agent kawan den, Sally.  so, she said, the itinerary will be given at the airport nanti.. like more to a surprise.  actually she have already let us know earlier.  tapi dah lamo ngat.. and got so many changes after that.. so, bila byk sgt tuko2.. aku dah macam.. ala better we wait for the final later.  haaa.. gitulah.. aku ni teruk yes.. nanti org tanya.. aku kata hmm.. tatau nak kata.. aku senyum je laaa.. yg pasti, aku nak pi london, switzerland and france.. tp berapa hari kat sini situ, i really cannot tell yet.  pobly balik nanti baru buleh story.  make sure i remember to make notes on this trip every day, ok,... everyday u make notes, like ira said.. that's why she can write so kemas about her travelling trips.. hahaha.. den ni manolah organized sgt.. lagipun bukannya selalu ngat berjalan pun kan.. jadi sogan laa.. ekekekeke..

ikut hati, mmg den nak migrate overseas.  takmo dok mesia dah.  tapi nak pikir negara mana nak pi yek?  eheheh.. ada few choices.. nak pi ostrali, new zealand or syams.  dok sana lah... ni bukan nak pi je.. nak tinggal terus.  ehhhh.. termelalut lak.  nanti nak citer lagi pasal my trip later.. nak pi lunch dulu k?  tata..


aku mencintaimu

Habib Umar bin Hafidh berkata dalam suatu kesempatan,

Kalau ada orang yang berkata pada kita,kenapa perlunya cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW sampai menangis?

Kenapa melampau-lampau seperti itu?  Maka jawab kepada mereka,Baginda Rasulullah SAW telah terlebih dahulu menangis kerana kita.Kerana Dosa kita... Tidak pernah ada manusia yang pernah mendoakan kita, yang minta pada Allah SWT untuk ampuni dosa kita seperti sebagaimana Baginda Rasulullah SAW sujud dengan lama sekali sambil menangis dan merayu pada Allah SWT agar diampunkan oleh Allah SWT atas semua kesalahan dan dosa yang kita lakukan sehingga Allah menghantar malaikat Jibril utk memujuk Baginda Rasulullah SAW agar bangun dari sujudnya.. 


"Kerasnya hati kita hari ini,kita tidak pernah menangis merindui Baginda Rasulullah SAW.... Tumbuhkanlah rasa cinta dan sayang yang lebih kepada Rasulullah SAW...


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ،




Monday, November 21, 2016

Bawak diri

Bunyik cam rajuk.. pokono la nak rajuk.  Rajuk ni berkesan kalu org ada yg tau dan akan cuba mujuk kita.  Dan kitapun mengada2 la nak manja mentelah dipujuk kann?  In my case tiada lagi lah mende2 itu.  Aku pun dah jangka yg dia tak akan pedulik aih.. so i rest my case.  I rest in peace.. in pieces also.. ekekek.  Buat tatau sajalah.

Harini akmal ada final paper.  Pobly once done, he'll take a bus back home.. i miss my no 1 son belimachhh.. dia kata nak ngaji sesama haritu bila aku tanya ada x dia ngaji kat bt pahat since masuk kolej.  Akmal boleh ngaji and lancar too.  That was dulu2 lah masa zaman dia ada kat rumah.  I wasnt shocked when i asked if he ngaji like he's supposed to.  Dia ngaku jer.. "xde umi".. maybe dia nmpak umi bersungguh.. dia pun janji.. if he gets home nak ngaji sesama.. in sya Aallahh.  Akmal dah menginjak dewasa.  Pemikiranpun dah berubah byk.  Semoga jadi anak yg soleh mal.. umi redha anak2 umi.. umi akan terus doakan dan nasihat.  We learn from each other ok?


Friday, November 18, 2016

has been 21 years.. huhuuu

sonok bona raso ey
bukanlah den ni pemalas ngat, tapi since CEO bagi cuti half day lagi jumaat ni, iaitu harini, maka amiklahh.. kita kena mensyukuri nikmat yg dikurniakan.
kali ni half day sebab malam ni ada dinner ofis, so smua dibenarkan balik tengahari in case yg nak pegi tu nak bersiap2 sebab ada tema la kan.. tema apa ke akak dengar, cartoon kot.  tapi akak tak pegi ni amik kesempatan je la.. since dah dapat kan.

so, akak nak pi ikut shahira pi aked mara.  nak beli cadar.  dia nak belikan aunty dia jubah.. in sya allah.

pagi tadi nak citer, akak tunggu2 gak kot2 laki akak nak ucapkan "selamat ulangtahun kawen sayang" .. takdo pulak.. biarkan yo lah.. akak pun tak berapo nak hepi, walau lama tempoh tu.. takde mende kat akak.  alhamdulillah je melepasi tempoh yg lama tu.  korang nak kata akak tak bersyukur katalah.. akak saja yg tau betapa akak bersyukurnya dapat menjalani hidup yg begini seronok, dengan laki yg sangat special and anak2 yg comel2 dulu dan sekarang dah jadi hensem2.  akak je yg semakin gomok membela lemak di sana sini.. dengan mendapat beberapa penyakit sempena meningkatnya kesayangan Allah kepada akak.. Allahuakbar.  semoga akak tabah dan redha terus menjalani kehidupan berpenyakit.  Allah Maha adil.. semua lengkap hidup, diberi pulak penyakit.. supaya kita sedar diri yg kita ni sedang diuji dan akan terus diuji.


Wednesday, November 16, 2016

Atas nama cinta


aku wanita yg punya cinta di hati
ada dirimu dan dirinya dalam hidupku
mengapa terlambat cintamu telah termiliki
sedangkan diriku dgn dia tak begitu cinta
mengapa yg lain bisa
mendua dengan mudahnya
namun kita terbelenggu
dalam ikatan tanpa cinta

atas nama cinta
hati ini tak mungkin terbagi
sampai nanti bila aku mati
cinta ini hanya utk engkau
atas nama cinta ku relakan jalanku merana
asal engkau akhirnya denganku
ku bersumpah atas nama cinta



lagu jiwang ni best sgt.. lagu rossa.. kisah cinta kan suami org nihh.. oh remy ishakku  eh.. remy bulum kawin lagi daa.. kui kui kui . ngekkk
menjiwang lak pepagi ni bila tutup telinga dari suara jiran sebelah pok pek pok pek..
ada je dia nak borak.. if aku tak pakai earfon.. pasti aku takkan dapat concentrate buat keje..
ya rabbi.. sampai bila dia nak berborak.. sibbaik aku ada earfon yg baik.. heheee.. terima kasih Allah menciptakan akal utk mereka menciptakan earfon.. ekekeek..







Tuesday, November 15, 2016

anak2ku shayang

ye benar.. bagi yg ada anak.. anak itulah ujian buatmu..
sama juga aku and laki
kami ada 2 ketui je anak, walaupun gitu.. alhamdulillahh syukur..
itulah ujian yg agak besar jugak buat kami
anyway.. segala mende pun aku anggap ujian je la senang kan
biar hati tu redha je..
masa mengandungkan akmal, i was 27.  kawin umur 25, tapi gugur 2 kali sblom lekat akmal.. peh tu lepas akmal ada sekali lagi mengandung luar rahim, ectopic pregnancy they call it.. peh tu dalam usia 32 taun.. aku baru dapat azmeer.  tingat masa mengandung azmeer, akmal cam tak approve.  selalu kata tanak adik tanak adik.. sedih sgt time tu.. tapi bila adik dah lahir, tau lak dia sayang adik.. alhamdulillahhh.. walau bergaduh tu mmg wajib la kan.. anak sapo tak penah begaduh meh aku bagi dia seribu hengget.. takde kann?

gap deme dua badik tu 5 years.  but bila dah besau ni, tak terasa lak jauhnya bila adik yg dah 14 tu nampak lagi besau pada abgnya yg 19.  abg dah mula remaja melangkah dewasa.  nampak kewibawaannya bila berbincang dgn aku bab2 dunia.. bab2 rumahtangga.. bab study and macam2. masih gaduh even dah bebesau ni tau.. kadang2 aku takut bila dia mula mukul adik.. adoi.. hopefully dah dewasa ni korang janganlah naikkan darah umi yg mmg selalu naik bp nya and now dah naik manis pulak sekarang.. ekekek.. taklah.. anak2 den baik2 belako.. in sya Allah.

apa ke sebenarnya aku nak tulis tadi yek.. ohhh.. azmeer and akmal, rambut tebal2 dua2.. akmal lebih ikut rambut den, and ameer lebih ikut rambut ayah dia, a bit brownish and sangat2 kasar helai2annya.  ohh. nak citer pasal ameer request beli syampu and conditioner lagi.. entah sapa advised him to use conditioner utk melembutkan rambut dia tataulah.. dah jenis rambut koreh.. keturunan.. buleh  ke lembut?  dia ni pulak tiap kali mandi bantainya pakai syampu and conditioner tu byk agaknya.. aku pahamlah ko mandi basuh kepala  hari2, takyah la pakai bebanyak.. tiap2  hari.. letih mak nak melayan dia membeli syampu setiap minggu.  soh ayah dia je la pulak beli.  boleh?  hehehe.. masalahnya anak ni, syampu den tuu.. disapu ey sekali.. udah den pun takdo laey syampu kauuuuuuu..

tu je kisah utk harini.. semoga terhiburrrr..









Monday, November 14, 2016

sakit kepalo

semenjak dua menjak ni den asik la sakit kepala
kadang2 sampai rasa macam berpusing2 berpinar2.. minggu ni rasa dah 3 kali cam tu
kalu kat umah.. mmg cari katil je.. tutup mato.. diam2.. sampai rasa tu ilang sendiri.. lamo pun takpo lah.  kalu kat luar cemano?  carilah tompek nak duduk kojap.. tutup mata kau.. tenangkan diri.  ya Allah.. takut, tiba2 layankan jugak berjalan.. rasa mcam nak ke tepi ketepi sampai senget.  takut pengsan lak kat tepi jalan.  pehtu kono langgar lak dengan keto.. allahhhh.. dah sampai ajal ruponyo.. innalillahiwa inna ilaihirojiunnn..

pagi tadi pun terasa cam tu. keluar rumah nak naik moto rasa nenong nenong pusing.. cakap dgn laki dia tak dulikpun.. cepatlah tutup pintu katanya.. kang kucing masuk, kunci copek.  hmm.. nampak tak betapa beratnya kasih syg laki pd kita?  diam2 yo lah.. sobab tak akan dipedulik.  mmg bondo kocik, tapi pado den.. mmg la nak ngadu, kek laki la kek sapo lagi nak ngadu.. mak ado laa, tapi kek umah lain.  huhuu.. tahan yo laa, naik moto, raso nak lolap ataih moto tu.  tahan, tahan.. smpai yo kek opis ngadu lagi.. bang, sakit kepalaaa.. dia kata apa?  awak tu byk sgt tengok henpon.. huhuu.. mana la tak tengok henpon, nak borak, nak gurau, nak berkepit, abang tu sibuk ajer main pool kat henpon jugak..tak dulikkan saya.  cakap pun, dua tiga kali baru dijawab.  bencik tau tak.  bila dia kata aku byk sgt tengok henpon tu, aku pahamlah.. dia mmg takmo dah layan bab nak mengada2 mengadu.  aku jugak yg tak paham2.. asiklah nak mengadu kan?

lenkali aku nak cari laki org lah, try mengadu, kot2 laki org lagi baik responnya bila aku ngadu.. ekekek.. adui.. now palo den dah pening lagi.. allahhhh


Friday, November 11, 2016

flexi friday

i dah keje berapa taun yek kat opis i ni.. since 2004 till 2016, altogether more than 12years now.  since dapat CEO baru i nmpak byk sangat perubahan dia buat utk kebaikan staff.  well, for me, org yg nampak bahawa staff is the asset to the company, will always appreciate yr staff.  staff lak yg bagus akan rasa bekerja itu seronok utk boss yg byk bagi kelebihan.  so, win win situation la sini kan?

harini mulanya management decided to start the flexi friday to the staff of my firm.  actually uols, my firm buat audit and taxation consultation services.  we are considered the big 4 firm.  tapi i kojo staff biasa je.  started from zero.  sobab masuk kojo balik lopeh laki mintak assist dia serba sedikit bantu ekonomi keluarga.  by now gamaknya economy family i dah ok kaa?  tak lagi kot sebab laki i tak berapa rela i nak berenti bila dia bagi berbagai2 perkara jika i tak bekerja.  adui, ayat skema tak tentu hala lak ngko.

okeh, harini i dapat turn balik awai, means balik tengahari lepas kol 12.30, or maybe 1pm.  the thing is every 2nd friday of the month, staff dapat balik tengahari (keje stengah harilah kekdahnya) .. dept den kono bergilir cuti.. yg tak amik this week amiklah next week.  still ok.  alhamdulillah kita dapat this kind of benefit.  lain company byk tak meraso... even saturday pun ado yg kono kojo.. kesian.. but then.. tentulah majikan expect weols to perform better right?  gitulah yg akan den usohokan.. bekerja dgn lebih dedikasi in sya Allahhh..

amik kau.. nak explain apa aku nak buat harini je tadi.  udah terbebel panjang daa.. korang baca je la ye?  ada yg kata aku ni merapu banyak sgt dan .. itulah dia.. bila kita cakap serius org tak dulik, org mmg tak berapa gemar, but bila kita bergurau sikit2 org suka dan lebih santai nampaknya.  takpelah kata aku kuat merapu.. aku bergurau je kann?

dah melalut lagi.  oklah.. aku nak pi bank tuko kad.  2 kad bank nak tuko harini in sya allah.. peh tu nak amik duit sikit..  peh tu if sempat nak pi movie tengok citer apa2 yg best.  pi lah sensorang.  dah takdo gang buek cemano.  ajak ameer, dia kata lepas solat jumaat dia malas nak keluar.  so, layan dirilah.  if tak jadi nanti.. back up plan is lepak kat kedai buku nu sentral tu.. nak cari buku2 ka apa2 ka.. lets go for buku ustaz pahrol or maybe buku seram.. "jangan biar dia masuk" ke apa ke tajuk tak hengat..

lots of plan.  cewah.  tapi alone.  alone is where u measure yourself.  kdg2 harapkan kawan2 timing sokmo tak kena.  kawan2 bizi, kita je yg tak bizinya.  kekasih apatah lagi.. dah takde time lagi nampaknya nak berjimba dgn aku.. redha je lah.  maybe ada hikmah la ni semua kan.  aku ok ker?  aku terima.. in sya Allah.  everything will be fine.

jom jom jom!  eh lupa.. maybe pi cari barang2 last minute before the europe trip.  hmmmmm


saat2 itu

semoga saja
kau dengar dan merasakan



Thursday, November 10, 2016

kecik ati i...

duhai kekasih hati
i tahan2 supaya tak sedih hati
tapi pagi ni i rasa sgt sedih sekali
kawan baru i yg mmg kawan lama u kenali
nampaknya lebih u jaga hatinya
mmg benar2 buat i sedih hati

i tahan2 hati supaya tak sedih hati
posting dia banyak betul u "liked" i perati
i punya pulak nak likepun tak sampai ke hati
ada pun sikit2 yg hal agama je barangkali
mmg sedih rasa hati ini
mmg kecik ati rasa tak dipeduli selama ini
entah menjaga hati dia memanglah pasti
tapi yg dijaga bukan hati i ini
menangislah hatiku lagi
menangislah lagi..
rasa mmg sedih tak berharga lagi

mmg rasa nak bawak diri
jauh2 pergi dari dunia ini
tapi mana lagi nak pegi
sana sinipun u ada je di dalam hati
tabahlah wahai diri
inilah dugaan mencintai








Tuesday, November 08, 2016

kau tak pernah buat kerja ka?

kau dah biasa datang keje awai, taking yr sweet time buat keje kau kat opis.. tapi org pun taktau apa yg ko buat.. tapi kau nampak cam berkaliber bila kau berkawan dgn org2 kuat boss.  keje kau adalah mencari kesalahan2 org disekeliling kau supaya kau nampak macam melakukan keje hebat.  belikan kopi, belikan kuih2 or bakarkan kek.. bagi kat big2 boss itu mmglah kepakaran ko.  tapi apakah keje yg sebenar kau buat?  aku pun tatau.

bila kau dalam keadaan yg membuatkan kau rasa diragui.. kau usaha supaya org lain dipersalahkan..
Allah sajalah yg membalas akibat perbuatan engkau tu wahai kawan.. aku doakan supaya kau dan aku juga dipelihara hati kita olehNya.  Kejelah dengan sebaiknya.




Friday, November 04, 2016

mungkin sukar utk difahami..

ku congak apa yg didepanku
sebelom atur langkah
ku tahu kan kemana
tak mudah aku kan diperdaya
dengan pujuk dan rayu
hasut ku keduniamu
sesungguhnya ku lebih dari yg kau tahu
baik buruknya sesuatu
selalu difikirkan dulu
biar berdentum langit runtuh
dah menghempap diriku
tidak tergadai tata susilaku
yg menggambarkan siapa diriku
biarlah bergoncang bumi di telapak kakiku ini
namun takkan ku rubah pendirian
yg membuat aku menjadi aku
mungkin sukar tuk difahami
kerna tak tercapai akalmu
jgnku kau sasarkan sebagai mangsa
yg kau sangka mudah direbah
santunku bukannya ku lemah
mudahlah merosakkan dari membina
mencemarkan dari memulia
tak menghirau dari mengendah
sesungguhnya ku lebih dari yg kau tahu
baik buruknya sesuatu
selalu difikirkan dulu


-elyanataktercapaiakalmu-

nak stori sikit tentang kawan fb den semalam.. dia msg kata.. nape suka sgt guna ayat2 yg selalu menyakitkan hati, selalu melekehkan org, ayat2 yg ganas2?  dia kata dgn Allah boleh mintak maaf, tp dengan org kalu org tak maafkan.. ya Rabbiiiii.. dia kata aku selalu macam menyindir.  dia kabo aku selalu post kat fb byk yg muslimah, yg berkaitan agama, iman.. tapi aku sendiri bila berbual hanco..
terkejut tak aku?  of cos.. tak pernah org kata gitu kat aku... aku tau aku agak kasar, but if nak kata aku asik2 menggunakan ayat2 yg menyindir bila berbual, maknanya dia belum  kenal aku.  aku mmg suka bergurau.  lagi2 engko tu sapa?  aku takkan sengaja nak menjadi lemah lembut... sbb bukan diri aku pun.. so.. i can just be myself.  pakai emoticon yg gelak2 besau sampai terkuar tekak tu katanya menyindir dia lak.. selalu menyindir bila aku sebut alahaiiii..   pegi la  kau kawan dengan org lain yg sesuai vocabulari nya dgn kau.  rock benau kononnya.. tapi tak boleh terima watak aku.. takpelah.. aku pun terpaksalah memblokkan dia.

nasihat den.. kalau nak berkawan.. terimalah kekurangan kawan2.. kerana kita pun bukannya baik sangat.. kita buleh nasihat.. but kita kena nasihat dengan berhemah.  kata2 mencerminkan peribadi kata mamat tu.. maknanya dia tak berkenan dgn peribadi aku.. bersbarlah su.. tak suka tak apa.. maybe aku pun tak suka kau kalu gitu.. ramai lagi yg lain yg tak mikirkan sgt bab2 tu.. but mikirkan yg elok2 je bila berkawan dgn kita.. itulah yg kita jaga dan teruskan berukhwah fi sabilillahhh..

aku tak heran la bro!!









Monday, October 31, 2016

cendawan goreng.. oh teringinnyaaa

korang penah makan tak kat giant batu caves?
heheh. kalu korang penah pegi sana, kat food court dia.. ada la stall jual cendawan goreng tupung.  sodap.  den mmg peminat.  selalu tak sompek yo kalu lambat2 ke sana.  kalu sebekas tu RM5.00 puas kauu..

maybe sebab aku puasa, semua yg aku suka tetiba tebayang lak di ingatannn.. ya Allah.. percepatkanlah masa ke bukaaaa.. ekekekek



mengapa dia tak belajar?

aku mmg lah bukan isteri yg baik
aku ni tak rajin masak sangat
aku ni tak rajin mengemas sangat
sebab tu la aku tak boleh jadi bini kau yg baik... tapi aku dah bitau.. ko nak jugak terima.
aku dah kata takmo dah dengan kau kerana aku tau aku tak boleh nak penuhi kendak kau.
tak kisah konon, kau nak jugak berbaik2 dgn aku.. tapi nampaknya kau buat pangai balik
aku dah utamakan kau pun dah baik, kau kata aku macam2 pulak.
aku tak boleh baca hati kau.. jadi aku ikutlah kata hati aku mengikut situasi.  kalu ko tak puas hati, cakap elok2, jgn kata aku mcam tu.  macam aku ni tak boleh ditegur baik2.. bila aku melawan.. baru kau nak pelan2 cakap.. pegi jalan laa.. sakit ati ni tau.. aku ni takde perasaan ker?

aku mmg dah tak nak kat engkau, mmg dah menyampah
tu yg aku decided nak berpisah
tapi ko pujuk2 konon ko nak berubah.. aku ni pujuklah hati sendiri kot2 mau baik menjadi seperti yg aku harapkan.. tapi.. hampa.. hampas.. hampehhh.. bencik dah datang balik bila ingat

mananyer berubah..
bertambah ada.. org kata jgn isap rokok dlam rumah, kau dah selamba.. mmg kau nak aku mati dulu kan?  ini bini la.. bukan jiran sebelah rumah yg ko boleh buat tatau je bila kau menyampah
boleh kau bahasakan je bila kau tak suka
sakit ati aku tau tak.. aku dahulukan kau pun aku kena.. lebih baik aku kendiankan ajer ko baru kau rasa.

aku nak tengok cemana kau nak layan if aku tak pedulikkan kau lagi
aku boleh je hidup sorang2.. tapi bila kau nak berambus dari rumah aku tu?




Thursday, October 27, 2016

jom pi cuti

aku menggelabah bila mikir dah dekat time nak pi bercuti wehh
hahaa.. beria kan?
ater mmg ler gelabah.. tak biasa wehhh
aku bulum belajar main ski.. aku bulum biasa pijak2 snow and berlari2, apatah lagi main luncur ski kauuu.. ekekek.. lahabau... tahan ke aku nanti sejuk sgt tuuu.. dulu kat ict shah alam tu pun dah nggeletor lutut sojukkkk..  sibbaik peralatan main ski tu boleh disewa, itupun aku dengar dari sally kawan aku tu..
aku ni org kampung.. mana la nak jumpa mende2 ni semua kan?  jakun dibuatnya.  tu yg make sure masa cuti tu nanti pegi tempat yg ada snow banyak and we can play in it.  bikin snow man ka, bikin es batu campur ka.. kann.. ekekeke..

so, sekarang timing nak fly sudah tukar.  dec awal baru kami terebang.  kami pi beramai dalam 6 org gitu.  kawan2 sekolah den jer semua.  hope we all get along very well.. tepuk tampar tu penting.   harap2 semua lancar.  trip ke europe ni sometin that i've never imagine before.. tapi tulah.. kita selalu plan jer tapi jadi ke tak itu Allah yg punya keje, right?  baju sejuk dah beli 2 helai.  jeket2 yg beli kat korea marin ada lagi, buleh guna jugak nanti in sya Allah.  apa yg aku nak beli kat belah2 london ntah nya pun.  bukannya aku ni jenis yg shopping2 sgt.  setakat hembeg or kasut je la kot.. ekekekek..






Wednesday, October 26, 2016

sebab itu la kot?

ada sehari tu.. prof muhaya ada interview satu ppuan ni.. muka dia manis je.. nampak muda.. prof tanya.. dia umur berapa.. dia kabor dia 43.. laa.. mmg taknampak cam 43.  prof muhaya kata nampak cam ujung2 20an.. kauuuu..  nak tau apakah rahsianya?  semua terletak pada suami pempuan itu.

haa.. korang kalu nak muda and nampak manis.. korang pakat lah dengan suami korang pasal perkara ni.  selalunya suami akan doakan baik2 utk isterinya yg disayangi dan dicintai.  so, mintaklah dia ikhlaskan hati mendoakan supaya isterinya menjadi cantik sentiasa.. walau bila2, nampak manis, nampak menarik pd pandangan dia.. dan minta Allah bg dia tak jemu2 melihat isterinya dan sentiasa jatuh cinta setiap kali melihat... amiiiin.

in sya Allahhh

aku nak mintak cik laki botak doa camni.. mahu ke dia?



Tuesday, October 25, 2016

laporan hari ini

pagi tadi aku rempit tumpang laki ke opis.  lepas je dari kedai kak bedah.. tetiba datang angin gatai aku nak bertanya kat laki.  sebelom naik moto ada la selfie pic aku dgn helmet.. buruk tau.. sembab.. terlebih tido ke hape.. tak kot.. mmg gumuks kaedahnya.  so, akupun tanyalah dia.. bang, saya lawa lagi ke?  ye, lawa.  aku terkejut la kan dia nak jawab.  so, tanya lagi, betui ke ni.. udah dia takmo jawab.. angguk je.. ekekekek.. apa la takut sgt nak kata or puji bini sendirik lawa... rugi air liur je pun.  buat bini suka bukankah dituntut? biarkanlah.. asalkan dia dah sebut lepas aku tanya. ekekek.. sekarang jgn main2 dgn aku.. aku dah tau cara kat mahkamah, ok? ekkeek..



peh tu, kat fb.. aku balik dari lunch kol 2, trus masuk meeting.  kami discussed pasal keje lah, specifically on e-invoice.  it seemed like everything will be emailed or only transmitted tru internet to clients.  no more posting.  so, this is coming to my head, e-invoice, e-filing, e-gomen, e-book.. e macam2 lagi la.. tu pasailah this e things bermain2 di fikiran aku.  so, akupun tulis la buat posting kat facebook, "e".  mmg betui la kata si dia itu,.. aku ni post apa pun ada je kawan fb akan like. haa kau.. mmg ada yg liked, hehehe.. mmg semua tu kawan2 tegar tu.  ekekeke.. aku sayang korang semua.  kahkahkah.. senyum je lah... ehhh.. gelak tuu..


 

pic takde kena mengena dgn e-filing.. ekekkeek

Monday, October 24, 2016

mencari cinta sejati


hembusan angin meniup wajah alam
mataku tak berkedip menatap langit
terlalu luas tak bertepi pandang
bisakah aku menyentuh awan

berwaktu2 aku mengasuh rasa
mendengarkan jiwaku berkata2
tak mungkin aku abaikan kata hati
ku harus jujur pada hatiku

kau dan aku tak bisa bersama
bagai syair lagu tak berirama
selamat tinggal kenangan dengan mu
senyumku melepaskan kau pergi

engkau bukanlah sebuah kesalahan
tak pernah aku menyesal mengenalmu
tapi biarkanlah aku terbang bebas
mencari cinta sejati

-cakra khan-






benda kecik je pun

aku selalu rasa dipermainkan dek perasaan sendiri
org nak tegur aku rasa macam org tak suka jer dgn apa2 aku buat
ntahlah, memang dah rasa semacamlah kalu taknak cakap terus terang
semua pun aku buat serba tak kena
mende kecik je pun, if cakap elok2, ini tak sesuai dgn awak or pic tu tak sesuai dgn awak yg brutal tu, in sya Allah aku boleh terima.  mmg ditegor tu tanda org amik berat lagi... konon nak manja la kan su, pegi jalan laaa.. sapa nak layan kau.. huhuu

tapi itulah sifat kita sebagai manusia ni, melenting cepat sgt.. aku la tu.. 
bukannya aku ni tak biasa kena tegor, tapi sesekali dia jadi bengong jugak
sebab tak direct.. suka ke tak suka ke.. aku jadi pening, dah la aku ni lembab.. tunjuk la terang2.. hmmm.. aku lah yg bersalah, aku mmg selalu bersalah.. aku terima je lahh







Friday, October 21, 2016

berlumutlah..



kedamaian yg ku cari masih belum terbukti
jauh lagi perjalanan ini
jiwa tak pernah tenteram
kasih lama tenggelam di lubuk hati yg paling dalam
berlumutlah ukiran impian 
entah berapa lama
harus kunanti sinar kasih sayang
menyinari kembali
dengan nada lagu dan irama
kuluahkan jua rasa kecewa
semoga kau dapat mendengarnya 
semoga terbuka pintu cintamu 
yg pasti hujan tak berterusan.. matahari kan tetap terus bersinar

kini terbukti apa yg dinanti
dengan rela ku lepas kau pergi
telah sedekad kenangan terpahat
di ruang tak bertempat ohhh

dengan nada lagu dan irama kuluahkan jua
rasa kecewa
pada cinta yg dahulu kita.. ukirkan bersama di ruang asmara



manis

pernah tak org bitau kau tu manis?
maksudnya org kata senyum kau manis, bukannya kau tu rasa manis.. hahah..
aku pernah jugak org kata aku manis.. sweet la deme kata.. aku tau bukanlah benar, melainkan sekadar mengambil hati and nak meng "jek" aku bila aku letak profile pic baru  kat fb.  aku tak kisah.. aku tau mmg aku tak berapa nak manis or sweet pun. apa nak buat, redha dengan rupa paras yg Allah dah berikan.

ni kisah about 3weeks back, kalu tak silap aku.  hari senin tu aku rasa tak sihat.  sakit perut, gulung2 peh tu nyentap2 kat pusat..; mmg susah la nak tido malam tadinya.  so, aku cuma dapat tido bila dah ilang rasa sakit tu, itupun dah siang.  sakit.  bangun tu, ceri beri mengiringi beberapa kali.  adakah ceri beri ini bersangkutan dgn sakit perut yg aku pikirkan gastik tu?  maybe tidak.. tapi datangnya bersama2.. sakit ya Allahhh..  jadi aku decided to rest at home.  siang sikit nak amik mc kat kinik ranjit.  so, aku pun rehatlah.  ulang2 jugak gi toilet still ceri with the berries.  sakit.  gulung2 dah lega. Bila dah terang, aku pun ajak anak buah, si siti gi kinik.  Cek2 mmg gastrik lah.  BP pun naik.  So terlanjur dah cek, aku tanya lah doc napa aku asik kencing tak tentu hala, siang or malam.. sejam kena pi buang if not.. aduhaiii.. menderita.  doc tu soh aku buat je cek utk diabetes.. yeah why not.  dia cek nahhh kauu.. 21.3 bacaan terhebat.. ekekek.. mmg rasa terkejut lg bila doc kata normal gula is 6.  amik kauu.. dia pujuk aku soh buat yg puasa punya esoknya.  dia bagi mc 2 hari soh aku rehat, and esok mai pulak for the test.  so esok dgn berharapnya aku pi la buat test lagi.. tengok berapa?  15.7 tu diaa.. hebat tak anak abah yg manis ni?  masya Allah.. i m so full of sweetness, in this case, it is diabetis alrite.  ekekek.. mapuh.. dah makan segala mende, kan.  exercise liat.. sexercise pun tak ckup.. ekeke.. mana la nak menampung?  insulin tidak dapat dikeluarkan secukup utk menampung gula yg terlalu banyak itu.. doc terus prescribe ubat kencin manis utk aku.  in 2 weeks time pi lagi utk cek.   hmm.. beginilah nasib.  nak hidup lama,  kena hidup dgn sihat.  kalu badan dah macam tong drum ko pikir ko sihat su?  think again and again.

so, aku dinasihat oleh mereka yg sayangkan aku utk stop amik soft drinks, stop itu stop ini.. kurangkan nasik..kurangkan manis2.. buatlah exercise.  tu semua aku tau.. in sya Allah.. kita mula kan lagi.  bykkan berpuasa, haaa, nampak tu, itulah pesanan yg paling baik aku dapat.  bersama dengan itu.. aku akhiri tulisan ini dengan mengatakan bahawa aku telah disahkan memang wanita yg manis.. ekekekeke.. alhamdulillahhh.. aku redha!!



pic ni muka yg sungguh mengada, bukannya sweet, tapi menggedik tahap gaban.. kenapa aku posed gitu yek?

Tuesday, October 18, 2016

andainya aku pergi dulu..

ku.. menantimu saban waktu
bangkit jiwaku
kau suluh hatiku dengan sinar kudus kasihmu
kuharapkan terus bersamamu selamanya

oh hiduppun sementara, jadi selamanya utk kita manusia ni sampai saat kita matilah gamaknya yer..
cemana la agaknya anak2 aku kalu aku mati dulu kan?
akmal selalu wassup umi, nanti umi takde, wassup lah ayah selalu ye?
azmeer pernah kata.. umi asik dengan abg je.. tak sayangkan dia, katanya.. tulah dia selalu dekat dengan ayah.  salah sgt.. umi mmg sayang anak umi dua2.. syg tak lebih tak kurang.. sama.. tetap umi akan doakan korang berjaya.. umi redha dah dgn anak2 umi berdua ni.  lepas umi dah takde, ameer kena teruskan melekat dekat ayah.  ayahpun mmg sayang anak2 dia sangat2.. rasanya mmg lebih sygkan korang dari umi.

ayah dia pulak, kalu dulu tanya.. if saya mati, dia cemana?  kawin lagi tak?
kalu ikut sejarahnya dulu, kabonya takmo kawen lagi.. hehhehe.. cinta setia la tu kot ye,.. tapi kan.. if dia nak kawen lagipun silakanlah.  saya dah takde lagi.  and abang masih berkehendakkan teman, silalah.  in fact, if dia benar2 nak kawen lagipun sekarang ni pun aku relakan.. sila..   tiadalah nak tamak2 kasih syg.  semua pun cuma pinjaman belaka.. saya rela aihhh.. lagi2 pulak if saya dah meninggal dunia...


picture zaman memuda dulu.. kat ataih jematan klcc


Monday, October 17, 2016

i will remove you from the group.. watch out!

korang ada banyak grup wassup tak?
nipu la kalu kata takde kan?
sah sah ada.. at least ada 1..
unless uols takde install wassap... hahaha..
org ada grup family tau, org ada buat grup kelas belajar, grup anak beranak sahaja, menantu not allowed, ada buat grup sekolah menengah, grup university, grup madu2 abang (awww), grup pembenci najib pun maybe ada.. ekekek.. aku agaklah kan..

so, korang seronok tak borak dalam grup wassup?
ada gang yg kamceng best laa.. aku mmg suka borak dlm grup, lagi2 grup sekolah
ada je yg kena bahan.  ada je yg boleh terima.  ada je yg membalas, ada je yg sentap, tapi tahan. . ada yg tak tahan, left the grup.. hahah.. ada yg mmg amik teguran as part of the game, ada pulak yg membalas dengan begitu nampak sekali. macam2 kerenah bila dah ramai kan.  tula org kata.. rambut sama itam (ubanpun dah sama putih), hati tetap lain2.  ada yg perangai cukup hebat, dialah segalanya tau.. sembang sampai pokok getah boleh goyang.  ada yg takde nak nyembang, tau2 letak picture2 dia gi ke sana sini dgn kawan satu grup (aku la tu.. ehehhe.. ), ada yg rajin share pic bfast dia.. lunch and dinner dia.  well.. masing2 lah kan.

korang penah jadi admin?
hati2 la bila berborak.  jgn buat admin bengang.  admin buleh remove korang dari grup tau.. ekekek.. besar gak kuasa admin ni yg korang jgn buat pasai tak tentu hala.  ehwahh.. sedap2 je ko kata macam2 kat admin, sedangkan admin tu pun manusia tau tak.  esok kau bangun pagi konon nak ucapkan selamat pagi kat kawan2 grup, tiba2 ko dah takde dalam grup.. haaa.. menyesal tak sudah.  nak masuk balik grup pun.. ko kena mintak tolong admin yg itu jugak.  lain2 admin nampaknya macam tak berfungsi dah.. tinggal tu seorang je la.  hahahah.. aku cuma terfikir hal ni malam tadi.  kemain kawan tu tegur aku kalu bab tasbih gentel takyah cerita kat grup wassup.  well.. pada aku drpd ko citer ko nak gentel bantal peluk yg ko dah tua kutuk berangan nak gentel bagai (patut takyah la citer bab konon2 nak bantal gentel),  aku ni plak jenis stret to the point.  kata apa la kan.. baik gentel tasbih.. takde la maksud aku nak kata akulah yg gentel tasbih bukan aku gentel bantal, udah la aku geram ngat dia kabo aku nak citer mende2 tu langsung ilang pahala.. elehhh.. inilah sifat manusia.  aku tau lah mmg aku geram bebeno time dia kabo gitu.  tapi sebenarnya org2 bagus cam ni, elok kita buat donno je.  abis cemana lah kalu nak ingat mengingatkan udah kena sound nak riak, nak menunjuk.. apa la kan.  sgt teruk perangai org yg rasa dia tau segala.  terukkkkk..

mmg aku terasa malam tadi aku nak guna je kuasa aku sebagai admin grup.  baru dia rasa hebat ke dak berdebat dgn aku.. ekekek.. tapi bodohlah sgt aku kalu aku terjebak dgn helah syaitonnirrojim itu yg suka sgt memecahbelahkan ukhwah.. ekekek.. so, aku biarkan ko lepas bebas lagiii.. buatlah perangai elok2.. sebab admin sedang memerhatikan kau!!


Friday, October 14, 2016

nasiklomak kau suko tak?

harini kita nak story pasal along kita
along kita tu 12 taun tua dari kita
kita yg kecik.. eh. kecik konon.. kita adik no. 4 dari 5 beradik
along, angah, am, kita and acu (sorang lelaki).
along dulu niaga kat klang.. niaga gerai dekat area umah dia kat klang nun, juai nasik lemak, mi mihun kuih2, lama gak dia.. pehtu pindah selayang dok dgn mak kita lepas abah kita passed away.
dah almost 4 years along dok dgn mak kita, sama dgn siti anak along.  so, skrg umah mak kita 3 dara pingitanlah yg ada sana.  sonok kita rasa along and siti dah ada dekat2 kita.  kita tinggal kat umah blakang selang serumah dari umah mak kita.. so, kita very close lah dgn along.  boleh kata mmg ke mana2 jalan.. time kita takde laki pedulik, along and sitilah kita bawak or deme ajak berjalan2.  lupa gak kengkadang hal rumahtangga.. rasa single balik berkawan dgn deme yg single mingle tu.. ewahhh.. mengarut lebih ngat lak aku.. ekekekek


along yg tepi sekali tu.. belah kiri, peh tu angah, pehtu den, macik den, and cousin den.

along sekarang dah buat bisnes sendiri.  sblom tu dia numpang2 niaga pagi2 kat tempat kak bedah.. kat ujung jalan umah kita tu lah kan.  kak bedah buat nasik lemak... so along takkan la nak buat nasik lomak kan? along buatlah yg lain2 pulak.  but along lama2 rasa cam tak puas.  dah biasa buat nasik lomak maybe bila tak buat.. rasa tak complete niaga kan?  so, skrg dia dah nekad, tak payah lagi join kak bedah, tapi mulakan sendiri.  dia pakat2 niaga petang, depan rumah jer... aku mmg sokong penuh laa.. kesian gak kdg2 nengok along kat kak bedah.  tak bebas berkarya gitu.. ekekek.. so, dia dah mula niaga almost 2 weeks now.  nampak along hepi.  kita doakan yg baik2 je utk along ye, sebab dia wanita baik yg sentiasa berusaha memperbaiki ekonomi diri dia, disamping menjaga emak kita yg dah uzur, walaupun along kita tu sendiri dah tak berapa nak sihat sgt kann?  siti anak dia pun kalu buleh nak biarkan mak dia rehat je.. tapi knowing along.. takkan maunya dok diam.  ada je dia nak buat.  kalu bab membela kucin, mmg dialah yg byak sekali kucen.. mau 20ekor lebih (actually aku pun tak terkira berapa ekor kucen along ada.. huhuu), sekarang dia bela ayam pulak.. adoii.. mmg membiak cepat kauuu... along jenis sabar macam kita gak.. eh.. ekekee.. den takdo sabar sgt do.. den main belasah yo.. tp along mmg dari golongan yg sabar dan dipelihara Allah selalu.  dialah yg jadi kawan bila aku nak belajar ugama kat mana2.. dia nak je join.. jadi aku takdelah rasa keseorangan sgt.  kawan penting kannn, lagi2 yg satu kepala.  along pun byk kongsi kisah hidup dia, buatkan aku lebih memahami kaum lelaki serba sedikit... so, takde mengharap sangat pada mereka.. melainkan berusaha sendiri mencari apa yg kita mau.  cewahhhh.. panjang lebau haaa..

semalam, aku nak beli nasik lomak along lepas aku sampai dr keje, udah abis.  huhuu.. aku sempat tanya.. how is your business long.. jawabnya.. alhamdulillahhhh.. peh tu ku tanya lagi.. cemana untung?  adakah sama dgn masa niaga dengan kak bedah?  along kata, idak.. berganda dari itu.. and alhamdulillah lagii.. see.. tentu dia lebih bersemangat.  cemanapun dia lebih tau yg rezeki tu Allah dah siapkan utk setiap hambaNya.. usaha tetap kena usaha.  dan itulah usaha dia sekarang.. teruskan long.  senang jugak aku sekarang. balik keje, order dgn along je.  weekendlah baru masak.. if aku ada mood la kan.  if aku rasa taknak masak, janganlah paksa.. tanya je la aku apa nak dibeli utk aku.. ekekekek.. makin dasyat ko sekarang yek. aku cuma cuba buat terbaik, ok?




Wednesday, October 12, 2016

khatam sudah

maka terjadilah entry ni
semalam tanya dgn sheila, apa nak tulis.. kalu ada topik aku senang nak elaborate.. kena ada topik
peh tu shiela kata apa yek semalam, udah lupa lak aku

tengok, memori teruk bebeno haa..
oh aku tunjuk pic ustaz fazli yg ngajo kelas tajwid aku kat baghdadi tu.  sheila kata ensemnyaa.. aku cuma terpegun tengok ustaz tu masa first time join kelas dia je.  takutnya aku tak dapat ikut, sebab aku tak mulakan dgn kelas tahmid, tapi terus jump kelas tajwid.  takpelah.. redah je la.. nak cari ilmu jangan takut2.. aku amik konsep tak reti kang aku tanya je la kan.. apa de hal.. aku mmg jenis berani and kadang2 tak kisah sgt org nak kata apa2.. sebab pd aku.. aku yg nak tau.. korang dah tau.. baguihlaa.. maybe sebab aku tanya tu, org lain pun bley dapat info gak kannnn?

cam tulah..
sejak bulan 5 till monday baru ni, aku dah khatam tajwid.  next class will be talaqqi pulak.  with the same ustaz of coz, in sya allah.  dalam hidup ni, jangan berfikir kita dah bagus.. tu yg paling tak bagus.. org yg bagus takkan merasa dirinya bagus.  jauhkan la kita.



Tuesday, October 11, 2016

pernahkah kau..

pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku
membayangkan pahit manis berlaku
entah siapa yg tahu

mungkin nanti kau jua merasakan berdepan dengan kata
menyesahkan takkan tugumu kebal
tiada pertimbangan

keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada kumenjauhi

dan kisahku yg masih panjang
menambahkan berat yg memandang
lantas kupendam dan kuputuskan biarlah rahsia

semakin aku hidup dalam cinta tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata2 bertulangkan dusta
keheningan malam membangunkan kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami tiada ku menjauhi

pernahkah kau terpikir
seketika berada di tempatku?



lepaskan...


Friday, October 07, 2016

jumaat yg dinginnn

semalam dah janji dengan laki nak pi sesama.  laki kata ada keje yg nak cepat, so.. kena kuar awal if nak pi ikut dia naik moto.. aku tanya kol berapa awal tu bang?  kol 7.. jawabnya.. ek eleh.. aku ingat awal tu macam 6 pagi ke.. 6.30 ker la kan.. ekekek.. 7 tu kira biaso laa.. dah siang.  lain macam laki den kann?  so, siap2 by seven nak keluar, tiba2 bukak pintu upernya ujannnn... laki dah siap pakai baju ujan pun kau.. dia kata... awak kena naik ketalah pi keje.. hmmm.. Allah Allah Allah.. aku dah siap dengan jeket tadi.. teruslah berjalan menuju ke kereta kembara kesayangankuuuu..

lama gak tak naik tren.  sejak laki den sedar nak kena jaga keselamatan aku kot.. ekekek.. ontahlah.  org kata pi keje sama2 dapat mengeratkan hubungan.. hmm.. kalu dengar dia bebel berat aku kat belakang.. aku pun kdg2 macam tanak dah naik dengan dia.. tapi now dia dah insaf kot.. tak de la kata susah nak kona baring ke.. susah nak cilok ker.. takde pulak.  pobly dia dah lupakan sebab rasa tanggungjawab itu lebih berat dari aku yg berat.. kennn?

sampai kl sentral 8.20.. nak bfast kat swiss oven dah berkira2 sedapnya kopi.  tapi ramai sgt beratur.. tak jadi. teruskan jalan sampai plaza sentral.  beli koteaw goreng basah dgn paru berempah dgn sambal tumis.. beli air teh ais and kuih2 sikit.  terus gerak ke opis.  mmg sojuk and i yg sukakan cuaca sejuk ni teruslah naik ke opis.. lalu membuka jeket.. mengisi bekas air dengan air kosong and makan ubat . settled down.. bukak pc.. baru makan.. dapp.. sambil bercerita dgn kak saba.. hehee..

tiba2 teringat kat shira shahira yg pi NZ dah dua minggu tak balik2.. rinduuuu.. takde gang nak sapan and oso nak lunch pun dia takde.  tengok pic2 ira mmg syiok sgt berjalan.. kalu tak, takkanlah dia suka ngat travelling kannn?  den pun terikut2 hobi dia tu.  tapi NZ baru2 ni mmg tak dapek nak ikuttttt.. sodeh.  memandangkan byk hal yg perlu dipertimbangkan... huhuu.. berseronoklah ira ye.. akak rasa akak join ira taun dopan.. in sya allah .. dgn kak ita sekali.. bak kata nora danish.. kita enjoyyyyyy!!!






Tuesday, October 04, 2016

jimba di ujung minggu

halloooo.. apa korang buat tuuu?
dah makan lunch lum?
dah tanya wife dah makan lum.. ntah2 called wife ajak lunch sesama kan.. alangkah lomantiknya dapat lunch sama wife/husband.  aku dah lama sgt tak lunch time keje dgn laki.  semanjangnya bizi. takpelah.. bizi keje baguslah kan.. jgn bizi  tak dapat lunch dgn aku, tiba2 pi lunch dgn awek mana2 ntah.  ekeeke.. ntahlah kadang2 kita tak boleh nak kata.  dia lebih suka makan berteman kawan2.. bila kita tanya.. sibuk manjang.. biorkanlah.. dia tak suka makan dgn ko pun ko kena pahamlah... maybe lepas ni aku takkan ajak dia lunch sama2 lg.. udahlah tu.. hatiku sakit dah.. tiada makna ngko je berusaha.. if dia teringin sesekali ngajak aku lunch pulak, aku akan kata aku bizi jugak, tak sempat.. ecewahhh.. best kann?  pd hal keje dekat2 jer.. bukanlah sepelaung, but just a station away if amik train.. ehehehe.. ajak berjalan pun gitu.. ajaklah masa cuti2 tu.. asalkan awak ada duit, saya ikut je katanya.. hmmm.. konsep sharing idak lagi ada gamaknya yer?

byk mende kita kena lepaskan bila dah tua2 ni.  walaupun byk masa dah kita ada.. lebih baik kita luangkan utk diri kita mencari keredhaan Allah jua.  aku pun bukanlah org yg alim, jadi ala2 je la bercerita, kang dikata org riak la pulak.  belajar2 lah memperbaiki diri dari segi agama.  kalu kita rasa mende yg kita buat ni macam tak berbaloi, tapi mendatangkan pahala utk diri kita.. eloklah kita teruskan saja.. kita nak belajar, kalu ajak suami tak mo join, kita pegi ajer lah.  aku nak tunggu laki ajak, memang tak la, bak kata bebudak sekarang, kan.  maka, mana yg kita perlu cari sendiri, carilah, usahalah mendalami.

nak citer pasal hari semalam dan kelmarin sebenarnya tadi.. udah melalut plak.  ekekek.  eh nak jugak cerita pasal blog aku yg serba serbi cacamarba ni udah ramai yg baca gamaknya yerrr.  kemarin dulu aku ada kenal seorg adimanis kat fb, katanya she is a silent reader of my blog.. maluuu.. sbb baru kenal dia.. mmg maluuuu.. segala jenis mende aku tulis dalam ni.  blog peribadi aku macam diary hati aku la kan.  if you read it, you will know how i feel.  maluuuuu.. tapi tu lah.. kenyataannya, begitulah kehidupan.. harus terus dijalani...

dah lalut lagi.. nak citer pasal angah mai hari sabtu tu.. malam dia beria nak pergi karok.. last2 gi bowling lah pulak... sebab si amer and ally anak angah teringin sgt nak beriadah bowling.  layankan ajer.. terbang jugak la duit aku.. heheh.. bukan berkira.. tapi saja memberi tau.. yg mainnya 6 org, dua game, dah tentulah byk ye tak.. jeling2 laki, buat derk je.. hmmm.. begitulahhhh..  sibbaik abg ngah topup kan sebahagiannya.. lega jugaklah.. baliknya tu, aku belanja dorang makan pulak kat restoran seafood yg kami biasa makan tu.










esoknya senin cuti lagi.. so, along decided to start niaga sendiri, takde dgn kak bedah lagi.  along nak meniaga petang lepas zohor ke lewat petang.  see how lah katanya.  kot2 rezeki along lebih menimbun di situ.. kannn.. mana tau.  in sya Allah.. aku akan bantu selagi mampu bab membawa dia beli barang2 niaga dia je lah.  alih2 dia cuci2 stall dia tu.. dah tak larat.. bayangkanlah.. barang2 tu barang2 lama tersimpan.. nak guna, cuci dah amik masa.. tak larat dia nak start hari tu jugak.. so tangguhkanlah start niaga ke esok harinya.. iaitu harini.  semoga bisnes along berkembang maju dan membantu along membina hidup dgn mak.  amiiiiin.

okey lah, terpanjang lebau lakkk


Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...