Thursday, August 24, 2017

terus mencintai

Oh kasihku takkan hilang
Bila kau ingat kepdaku
Oh cintaku tak akan pudar
Bila kau selalu disampingku

Rasa rinduku melayang-layang mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku tak bisa seluas lautan

Sungguh, sungguh ku tak bisa menahan besarnya rinduku padamu
Sungguh, sungguh ku tak bisa memaksa dirimu mencintaiku


-nana-


mak umi abah ayah

adakah kita ni anak yg baik?
adakah kita ni sudah berusaha menjadi anak yg baik utk kedua ibu bapa kita?
i know i am not a good doter.  tapi aku tau abah syg sangat aku sampai akhir hayat dia and akupun sama.  mak?  tentulah aku syg mak jugak.  mak masih mak yg sama, yg melahirkan, membesarkan dan memberikan kemanjaan cara mak.  tua2 ni barulah rasa mak tu penyayang.   tapi mak masa aku kecik2 sekolah dulu sgt2 strict.  macamlah anak dia ni comey lotey, macamlah anak dia ni ada ler sapa2 nak kaco kat sekolah, kat kolej or mana2.  nak pi rombongan semedang tak dapat.  heheheh.. tulah kasih syg mak aku.  kalu kena rotan.. tak nangis sampai ke petang ke malam, tak sah.  abahlah mujuk.  masa ni lah rindu abah.  huk  huk.

skrg aku sendiri ada anak2 dua orang.  dua2 anak teruna aku aku sayang dua2.  kemarin aku sms la dgn anak sulung aku si akmal, or amal, we would call him.  aku tanyalah dia.  napelah lama sgt lagi masa dia nak balik cuti.  umi dah rindu nak borak2, nak joke2 pasal hal2 kat insta and also nak tengok movie2 yg dia donlod tu.  dia kata sooon umi.  maybe dia nak balik awal, takyah pi wedding kawan dia on the 27th tu.  so, if nak balik early, he has to find a very strong reason not to go to his fren's wedding.  dia soh aku bagi reason utk dia.  aku?  aku kata just say u want to visit yr opah, who is not very well.  dia pulak tanya.. betui ke opah not well?  ekekekek.. udah, jangan didoakan.  opah sihat walafiat makan 12 kali sehari kauu.. peh tu, i told him, nak excuse, just say your ayah himself is not sooooo healthy, sejak sakit haritulah kan, so u can come back and jaga him for few days since i will be away on the weekend.  akmal cam.. hmmm.. tengoklah caner.. ekekek... hope amal dapat balik awal and kita can makan dinner sesama cam dulu2.. i really miss that moments.   peh tu kan.. aku sajalah tanya kat amal, do you find me, your umi, beautiful?  saja soklan mengadalah kannn..  just to see how he would react.  nak tau jawapan amal?  he said.....  for a lady of your age, you are beautiful umi.  in english wey.. my son kan speaks english all the time.  dia kabo gitulah.  awww.. i said, u mean i am old la yek?  hahaha.. he said, beautiful old lady aka tuek..  i guess anak2 mmg camtulah nak amik ati pun tak berapa pandai... kih kih kih.  aku citer dgn shiela, dia kabo, kalu tanya dia.. dia akan jawab "  umi nak jawapan syurga ke jawapan biasa?".. ehhehehe..so, pahamlah cemana kannn?  kawan2 mmg superb bab membahan kannnn?







Wednesday, August 23, 2017

Berikanlah jawapan

Rindu
Serindu2nya
Namun engkau tak mengerti
Pilu
Sepilu2nya
Namun engkau tak peduli

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu
Tidak mungkin ku lupa perjanjian kita
Di bawah rumpun bamboo
Di kala bulan sedang beradu oh

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu
Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman pada semua

Rindu
Serindu rindunya namun engkau tak mengerti
Pilu
Sepilu pilunya namun engkau tak peduli
Malu
Semalu malunya namun apa daya org tak sudi
Mahu

Semahu2nya namun apa daya org dah benci

-firman-



Monday, August 21, 2017

kenapa masak kari?

hai uols..
hari sabtu ritu, i masak kari.  org masak memacam best2.. i tgk kawan tu, masak nasik hujan paneh u.. sedap dgn lauk2nya yg berbagai.. hmm.. dapnyerrr..  i lak masak kari jer dgn ikan and sayur.  sebabnya i masak kari ialah... bukanlah niat i yg sebenarnya nak masak kari haritu.. tapi masa i keluar teman along gi masukkan duit dia kat bank, laki i ada memesan makanan utk breakfast jugak.  sbb dia takmo bangun cepat juin i breakfast, dia pun memesan laksa kosong cuma taruk telo and jugak popia basah.  i kata kalu i pi pasar i belikanlah, if i pi tempat lain.. dia nak apa.. dia kabor.. apa2 je lah.  ye laa kan.. apa2 yg i beli, awak makan je la.  if saya beli.. oleh itu,.. waktu saya on the way nak ke bank, i telah tersalah simpang, terus menghala ke barakath lak pagi tu.  maybe perut i yg lapau itu telah mengarahkan otak i menyuruh tangan kaki and deria2 lain menghala terus ke barakath mencari makan. ekekeke.. so, i pun masuk and makan nasik lemak tetek di sana, 2 bungkus kauuu.. adoiyaii.. lapau lettew.  pastu along cuma makan 2 bijik kuih iaitu kuih bom and also kuih samosa.  kami pikir2 apakah route yg patut kami ambil utk pi ke bank along tersebut.  setelah dipikir2, mmg jalan sg tua je lah jalan utk pi ke bank along yg terletak di sri gombak prima.

tetapi sekali lagi along mendesak i berenti di kedai 1malaysia utk dia mencari tepong bekalan utk meniaga kuih muihnya.  setelah itu, barulah kami bergerak ke prima sri gombak.  urusan bank selesai, along mengarahkan i sebagai supirnya hari itu utk pegi ke pasar utk dia membuat pembayaran "epay" utk perniagaan along yg berada di pasar selayang.  akhirnya ke pasar selayang juga kami.  i terus suruh along jalan ke kedai epay tersebut sementara i masuk ke food court dalam pasar selayang tersebut utk terus mencari toilet.  masalah tangki kencing i ni membuatkan i lebih mencari tandas dari mencari makanan.  hahaha.. i pun rasa kelakau sambil tulis ini.  sementara nak masuk toilet itu, lelaki  yg menjaga toilet itu bertanyakan i.. "ini bini jali kan?".. i kata bukan.. salah org ni.. padalah i tau benar lelaki tu sekadar nak mulakan berborak dgn i.. or maybe nak tengok keramahan i.. or maybe nak tau i ni jenis melayan org ke tak.. eleh.. i dah biasa aih.. pd hal i kenal bini dia yg meniaga bubur feveret i tu haaa.. adoiyaiiiii.. laki2 la katakannn..

dah sampai kat footcourt tu, i pun orderlah minum, utk kali kedua.  dapatlah belikan laksa laki i and also popia basah yg dimintanya itu.  lupa pulak dia nak membagi i duit utk membelikan dia permintaannya itu.  biasalah laki i.. mmg mintak kosong je selalu. pandai2 i la kann.. ekekek.. kadang2 i ngungkit.. selalunya i diamkan ajer.  i pun ada gak duit tauu.. belanjalah  dia.  tiba2 dia msg lak.. kat wasap.  laki i la.. bukan laki u.. dia mesej kata dia dah keluarkan ikan tenggiri and ikan mayong soh i masak kari.  ikan bawal soh goreng ajer.  nampak tak kesungguhannya utk soh i masak?  macamlah if dia tak keluarkan i tak masak, kannnnn?  takpe.  dia kata dia dah siapkan basuh semua.. balik masak je katanya.  oh sucinya hati laki i ituuuu.. awww.. i pun kata, i beli sayur je lah. bila i tanya lagi beras ada lagi ka dak, sebagai cara utk dia cek bekalan, dia cek dan kata.. ye, ada lagi.  so, legalah, takyahlah i membeli beras pulakkkkk..


baliklah i lepas membeli sayur, and buah nenas, and buah rambutan and berbagai2 buah lagi kauuu..
memasaklah kita balik dari pasar tu.  mmg penat, tapi apakan daya.  cepat masak, boleh cepat berehat utk berseronok tido and melayan tv or internet.




daaa..



Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...