macam2 penyakit terjadi sekarang kan. kdg2 kita tengok org tu sihat wal'afiat, tiba2 udah tumbang sakit. baru semalam berborak2 hepi, tetiba harini dah terlantar di katil hospital. Innalillahiwa inna ilaihirojiunn.. begitulah Allah uji kita ni semua sebagai hambaNya. nak sakit tu utk mengingatkan yg sihat tu berharga dan harus lah kita jaga diri kita. Sakit tu penghapus dosa.
ni nak citer last week khamis. lepas makan lunch kat lombok, akak beli goeng pisang kat aney depan tu.. goreng pisang or gorpis yg masih panas2 tak pulak akak makan, tapi akak bawak balik naik opis. lepak2 kat opis since masih awai, tengok2 fb and insta. laki tipon kata dia sakit. dia kat spital selayang. soh akak balik teman dia. dia kta dia kebas2 belah kanan badan. tak upaya dah dia sebab kaki kanan, tangan kanan and muka dia sebelah kanan dah kebas, susah nak macam biasa. akak mengkalut la jugak, walaupun muka tu buat2 macam takde apa2 berlaku la kan. terus kemas2 barang and inform kengkawan akak nak balik sebab laki akak tak sihat. terus inform kak ida yg akak nak kena amik EL harini jugak. dalam tren hati dah dup dap dup dap.. laki tu bukannya tak pernah ngadu kebas2 tu.. dah selalu. tapi kat tangan je.. kali ni jadi lagi dekat sebelah kanan badan dia. yg peliknya.. dia kata.. dah cek dek doktor kat spital selayang tu, apa2 pun takde. jantung ok. strok pun tak. dia kuat lagi kata doctor. ater apanyer yg tak kena? if doktor tak tau.. akak lagilah tak buleh ngagak. maybe dia letih beno, maybe dia kebas sebab darah tak beredar dgn baik ke ntah apa2 la kan.
dia msg lagi masa akak dalam keta nak ke sana.. soh amik dia terus. dah siap cek. eh.. dalam hati akak.. awat tak kena warded? alaaa.. hehehe.. jahat punya bini yek. kalu dok spital, buleh la doctor and misi tengok2 kan. boleh lah dia mengada2 sikit kata dia betul2 sakit, ye tak? ini tak, dia masih kuat kata doktor. akak yg amik dia tengahari tu tengok dia lembik je, tak bermaya. maybe psychology dia tu yg tak kuat, sebab tau diri sakit.. semua yg dalam badan dia pun sekata mengatakan dia sakit, tu yg muka monyok mengiyakan keadaan tu. cewahhh.. aku kenai beno laki aku tu kannn.. takdelah dapat pi mancing lgi minggu ni, yg mmg dia dah planned siap2 dari jumaat malam tu lagi sepatutnya. lapau katanya, so, goreng pisang tu laki akaklah yg makan jadi rezeki dia.. kesiannnn... dah sakit.. khamis, jumaat and weekend pun berehat tido je ler kat umah. pg khamis tu sebenarnya.. i ada ajak dia gi movie lepas keje.. laki kata dia bizi la byk keje, so.. akak tahan jelah.. ntah kenapa buleh nak ajak dia jimba2 sedangkan dah tau dah takde lagi mende2 tu dgn akak lagi... tetiba begitu pulak yg berlaku, kannn? tulah ke apa.. sebab tak kisahkan bini.. ish idaklah.. dah takdir dia..
begitulah berakhirnya last week. den poey kenduri and all, pegi sendiri. pi workshop tukar absorber jeep den tu.. eh tu pegi dengan siti.. dia teman lepas kami tak jadi ikut along punya open house grup AIM (gang bisness along). sabtu malam kami even pegi lepak giant bt caves dgn adik badik, peh tu pi dataran merdeka, pi eco sky la bagai, walau lampu2 semua dah totop.. ekeke.. and last sekali pi makan lagi kat kedai donut near the futsal court blakang pasar selayang. esoknya ahad pi pulak kenduri kawen umah anak kak nita kat BBS. i had a wonderful weekend walaupun i tau hati laki i sgt sedih dia sakit and tak dapat join kawan dia ke laut. tulah dia..