it's how i look at my life and family and my passion for good health and inner beauty!!
Friday, February 20, 2009
Apa yang penting... kerjasama
Wednesday, February 18, 2009
Aku pokai lagi
Aku setuju sangat. Aku dah pegi mintak tolong deme nguruskan hal utang piutang aku dengan harapan aku lega sket aliran tunai, maka dapatlah nyimpan untuk masa depan anak2, sikit2 untuk berholiday dan hari tua.
Itu je pun yang aku buleh pikirkan. Simpan sikit2 sampai jadi bukit.
Amacam?
Monday, February 16, 2009
Hormon ke?
- Pantang dia buat benda aku tak suka, selalunya.. tapi dia suruh anak2 buat, diri sendiri selalu ngelat..
- Kalu dia canggah cakap aku pada anak2 pun aku sentap jugak ni.
- Kalu dia tak layan aku bercakap/borakpun aku sentap. Bukan dia taktau sapalah lagi aku nak bercerita kalu bukan dgn dia.
- Kalu dia buat bodo je sambil baca2 suatkabar, sedangkan aku bersilat / kungfu / taekwando kat dapur nyiapkan masak sebab budak2 dah nggelupor lapau, lagilah aku sentap.
Setiap sentap di atas ni makan masa dua tiga hari jugak nak clear. Aku akan dingin / diam je or buat bodo and tak bercakap2 ngan dia.
Dia tak kenal ke lagi aku ni? Dah dekat 15 taun kawin, dia masih nak buat aku sentap jugak? Kenapa kanda tak pandai lagi nak menyelami hati aku yang sepatutnya dah jadi sebahagian dari dia. Paling tidakpun, pujuklah, tanyalah kenapa aku sentap. Tapi selalunya memang dia sedar, just that he has never cared that much. Aku menderita setiap kali aku sentap... huuuahhh.
Ya Allah, Kau bukakanlah hati kanda supaya dia mahu belajar jadi seorang lelaki beriman dan suami yang benar2 memahani isteri. Kau bukakanlah hati aku juga ya Allah, supaya aku sentiasa sabar dengan kerenah suamiku ini, semoga kami jadi pasangan bahagia dunia dan akhirat.. aminnnn.
*sentap = bengang, hangin, geram, all in one
Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023
Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih. Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...
-
ku mimpikan kedamaian di dalam kesederhanaan satu kehidupan ku rindukan kemesraan bersama senyum keramahan tiap pertemuan bila re...
-
mari kita lihat apa yg istimewa tentang wanita siam ini: saya petik dari blog kawan bisnes saya, tok siak ni.. http://guaraterapi.blogspot....
-
inilah dia surat layang yg akak terima last week. best kan.. bukan calang2 org dapat surat layang ni tauu.. kalu tak artis, tak menteri ta...