Wednesday, June 17, 2015

subuh yg dingin

ntah pukul berapa ujan start, tak sedar.
kanda bangun bila hp dia bunyik alarm.
semalam tak bitau pun dia kena kuar awai, like subuh2 ke belum subuh.  but dia bangun sangat awai.  tak puas tido aku rasa sebab aku tak berapa lena kan. kung kung kung masih batuk lagi. sakitnya tiap kali batuk.  kanda siap2 and bitau dia nak pegi, okay, salam, cium aku yg baring lagi.  nak lagi cium? dia off aircond, mmg tau aku takkan tahan dgn kesejukan aircond.  idupkan kipas pulak.. tetap sejuk.  aku lena balik.  kol 6.20 hp aku pulak bunyik alarm.  bangun la su, dah lewattt.  nak subuh lagi, nak ngejutkan anak2 teruna lagi. so bangunlah..

akmal dah siap2 diapun dok kat pc dia ler apa lagi.  aku pi dapur potong lemon masuk bekas masuk beg.  ujan masih lebat.  akmal tanya. ayah mana umi?  aku kata ayah dah keluar awal2 tadi.  hmmm.. sekarang malas dah nak amik tau pasal keje dia.. dia bab keje mmg superb.  jangan disangkal.  semoga diberikan gaji yg banyak ya kanda.  berbakti utk keluarga mencari nafkah tu tanggungjawab yg murni.  jgn diabaikan yg ituuu.. eheheh.

siap2 nak keluar, mikir mana nak cari payung.  ketuk tingkap bilik along kat depan.  along kasi pinjam payong besau.. oh best.. lega.  berpayung ke kereta je pun aku dah basah sebelah badan .. cemanalah kalu tak guna payung tadi.. tentu lenjun abih.. adoi larrr.. ira wassup kata dia awai.. huhuu.. aku kata aku terlambat.. so tak dapat sapan sesama.

sampai BC tak sempat naik tren 7.40.  turun tangga udah bergerak trennya.  lari pi platform lagi satu.  tunggulah 7.55 baru jalan pulak tren yg aku naik tadi.  lambat ler jenisnya sampai opis.  beli roti jer buat sarapan kat plaza.  sampai opis, keje dah menunggu.  pe lagi kannn?

sampai petang ni, takde lak kanda mengirim berita.  dah byk hari aku tak msg dia.  selalu mmg aku je lar yg rajin msg tanya tu ini.  ni nak bagi dia peluang memesej aku lak.  nampak macam takde .. hehehee.. maybe takde hal yg perlukan aku, tu lah tak mesej kann?  nampak tak?  org lain mmg laki bini mesej all the time.  dia pulak jenis yg if aku mesej balas.. nama nak mesej aku.. idaklerrr. hmm.. kenapa lah kan?  agak2 dia ada mesej org lain ker?  ekekeek.. ontahlah.. i doubt so!!  tiada rasa perlu menjaga hati aku ker?  ke aku je kena jaga keharmonian rumahtangga, dia takyah?

tension wehhh..




dahsyatnya cinta....

cinta dua hati selamanya takkan terpisah
kau dan aku punya cinta paling terindah di dunia
sungguh dahsyatnya cintaku kepada kamu
aku mohon jangan pergi
menyiksaku dengan rindu ohhhhhh
tiada yg bisa mengisi ruang di hati, aku mohon jangan pergi, jiwa ini perlukanmu



Tuesday, June 16, 2015

throat

my throat hurts so much.  been few weeks dah.  malam lagi tenat rasanya sebab nak tido dia jadi lebih parah.  rasa terbakar rasa mendidih kat situ.  asik rasa nak kena telan air liur jer.. ya Allah.  sakitnya.  tu baru bagi sakit tekak batuk dan selsema.  udah rasa siksa sangat.  aku tak mengada.  memang sakit.  kalu ko nmpak aku riang tu, maybe masa tu aku terlupakannya.  siang2 kurang sakitnya, bila malam, ya rabbi.  selalu nak tido aku bantai ubat batuk supaya dpat padam tak ingat dunia. but malam tadi was the worst.  dua dose ubat batuk kuat pun aku still rasa sakit.  sakit ya amat. cuba tido awai.  tak mau.. golek2 nahan sakit, bangun bancuh lemon and madu.. cuba tido, tak maunnn.. bangun lagi.. kali ni amik limau nipis and perah dalam cawan, tuang kicap minum.  rasa lagi pedihhh.. ya Allah, Kau uji aku yg lemah ini dengan sakit begini.. aku tak tahan yg Allah.. bantu aku ya Allah.. huhuuu.. cemana la org yg menderita sakit lama tu yek.. insap betui bila sakit and org or ubat tak buleh melegakan sikitpun.  aku taktau kol berapa aku dapat lena.  asik bangun batuk, kencin and minum air je keje aku.  kanda nak bukak aircond pun aku tak bagi.. dia tido blah dalam macam dulu2, aku kata nak mudahkan aku pi bilik air and batuk2 bangun bagai.  kanda bila aku ngadu sakit, dia kata ubat kenapa tak makan. mmg lah aku makan ubat, cuma belom nak baik la tu.  dia bukannya reti nak usap2 aku ke, sapu2 belakang aku bila aku batuk nak terkeluar tekak dan menahan sakit. tak reti langsung mengurangkan rasa sakit bini.  ntahlah.. mmg nasib la dapat laki yg tak berapa nak caring.  tahan je la sendiri.  huk huk.  agaknya sakit tekak ada ke bawak mati.. ? ya Allah.. astaghfirullahal azimm..