Thursday, June 07, 2012

jiwang jap melayan kebosanan

atas nama cinta - rossa

aku wanita yg punya cinta di hati
ada dirimu dan dirinya dalam hidupku
mengapa terlambat cintamu telah termiliki
sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

chorus:
mengapa yg lain bisa
mendua dengan mudahnya
namun kita terbelenggu 
dalam ikatan tanpa cinta

atas nama cinta
hati ini tak mungkin terbagi
sampai nanti bila aku mati
cinta ini hanya untuk engkau

atas nama cinta
ku relakan
jalan ku merana
asal engkau akhirnya denganku
ku bersumpah atas nama cinta

foto sekadar hiasan.. lawa scene blakang tu kannn?

Wednesday, May 30, 2012

sibuk menyibuk

oit.. beza banyak tuuu...
tapi akak punya yg pertama tu laa..  hehehe

mcam2 jadi kat opis buat kan akak terasa perlunya bertangan lapan.. hik.. ya allah, ampunilah dosaku.. astaghfirullahhalazimmmm.. bersyukur la macik oiii.. tangan dua tuu.. tak cacatpun.. buat je keje tu..

mmg lah teruk sket.. keje banyak org sikit.. lebih pada kerahan tenaga kau... aku buat yg termampu je la kan.. tak kuasa mak nak over2 stebek just mmg tak larat k? the 8 hours in office to dah buat kepala mak wenged haaa..... 

this was one of those bad tudung days.. heheh.. nak nyanyi nasyid kah ituu??

letih fizikal membawa kepada letih mental... u agree?


Thursday, May 24, 2012

abah sudah pergi.. 1940 till 2012

harini masuk 14 hari dah abah pergi.  teringat kali terakhir aku dan mak makan buah mangga lepas aku pujuk abah makan bubur instant yg jadi feveret aku sebenarnya..   mak cuba2 tanya abah nak tak?  abah taknak.. geleng, tapi bila mak nak menyuapkan potongan mangga tu ke mulut dia, dia pun bukak mulut dan makan.  ya allah, itulah kali pertama and kali terakhir mak dapat menyuap abah.  walaupun dia sakit, mmg mak kata abah takkan mau disuapkan.  huhu.. sedey niii... tapi aku redha dan semuapun dah sedia terima yg masa abah dah tiba.  lama sudah dia menderita sakit yg disimpan2 kesakitan yg cuba disorok walaupun kami tau dia menanggungnya.   

siang2 tu dia meracau2 since awal pagi lagi.  biasalah aku kalu abah sakit, or mak yg demam or whatever conserning mak abah, aku tak keje sebab kena amik masa dgn mereka ni.  korang pun sama kan?  aku dah tengok abah tak larat nak angkat mukapun time tu.  aku layan dia pi beli teh tarik and roti canai. abah tak lalu makan sgtpun 3, 4 hari tu.  aku ada ni, aku nak pi layan depa berdua.  beli roti canai tu potong2 kekecik bagi ke dia.  eh, dia mau laa.. alhamdulillah.. adalah tenaga sikit.  tu yg aku pakat2 tanya apa yg abah tingin sgt nak makan nanti lunch aku pi cari (konsep bukannya nak buat, sebab pasti ada org jual maa.. ).. baik kan anak mcam ni.. adoii..  abah takde apa2 yg dia tingin.  dia senyum je.  aku suggest ke dia.. jom kita makan ikan bakar nak bah.. dia senyum lagi.  aku tau dia menahan sakit je tu. last2 dia kata mana nak cari?  aku kata aku taulah nak cari.  ikan kembung ke, ikan cencaru ke.. ada je org jual tu kat ketapang tuu.. haaa.. abah setuju.  aku soh dia relax dulu sambil aku picit2 badan abah.  uzur sesangat dia waktu tu.  

mak tak suka idea aku nak belikan ikan bakar tu, dia decided dia sendiri nak buat. wahhh.. tulah dia kisah hari terakhir abah.  dah siap masak ikan bakar actually ikan kukus dalam daun pisang paling hebat aku rasa mak aku buat.. abah tak makanpun.  sikitpun takmau.
minumpun susah.. tulah dia.  kenang2 mmg sedeh tapi itulah abah.  

lepas petang makan mangga tu aku tak mai lagi jenguk dia.  kat umah aku je di belakang.  lepas mak called kol 2 pagi tu aku terus terbangun angkap hp lepas first ring.  mak dah nangis2 gelabah.. abah ni haa.. ko dtg cepat tengokkan.  masa aku rushed ke depan mmg abah dah takde lagi.  dia tenang je pegi dalam tidurnya.  di malam/pagi hari jumaat yg penuh berkat.  

lepas semua dah berkumpul adik badik kami dan abah sedara mara semua sahabat handai, abah dimandikan dan dipersiapkan di surau mustaqim.  ramai membantu.. tak sangka.. anak laki dia cuma acu sorang je, tapi menantu2 semua turut sama membantu.  lepas tu solat di surau.  pastu solat lagi di masjid lepas solat jumaat.  kemudian abah disemadikan di tanah perkuburan selayang baru lepas solat jumaat itu.  walaupun hari tu panas, cuaca sgt sejuk ketika kat kawasan kubur mendengar talkin.  sebaknya masa itu.

abah, semoga abah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman ye.  semoga berbahagia di sana.  kami sentiasa merindukan abah dan akan mendoakan utk abah selaluu.. aminnn.


Wednesday, May 09, 2012

premium beautiful

harini akak nak citer pasal diri akak sendiri.  testimoni diriku sendiri.  well.. sapakah yg lebih mengenali diriku selain diriku ini sendiri.. hihi..

sejak akak pakai PB nih.. akak sendiri boleh rasa makan dah tak byk sgt mcm dulu2.  ntah bilalah akak mula makan byk and sentiasa berselera.  well.. skrg mmg selera lagi, but kita dah rasa kenyang cepat.  tu kira best la, kira cam automatic perut dah kecik.. heheh.. suka tauu... akak sentiasa ingat pesan bila makai PB, kena byk2 minum air.  byk minum air ok.  kalu tak, awal2 tu mmg mudah pening, senak and sebagainya sebb kurang minum air.. haaa.. ingat tuuu..


pastukan, bab  buang air besar.  skrg akak takyah susah2 dah sbb akak dah mudah ke tandas.  kadang2 tu 3 kali sehari.  puas hati you.  makan2 and buang2.. kan ke bagus tuu?  insyaallah i will kurus sikit demi sedikit.  takyahlah makan hati kalu lambat kurus.  sebab ko pikirlah, aku dah tak kurus or gem gem or berlebih lemak more than 20 years.. ye ke? ye lah, sejak kawin dulu badan mula naik tak berenti naikkk je, tentu2 lah kena kasi masa sikit itu lemak nak turun.  yg penting, pakai berterusan.  kalu ada yg rasa tak nampak aku kurus tu, harap bersabar, k?  mmg kita kena sabar dan akak dah memang niat nak kurus dan dahpun membuat pelaburan dalam PB ini.  so, bagi time to myself.  perlahan2 dan berterusan, kan?


saja nak letak gambar anak2  ku masa balik perlis dulu.. windu kampung tauuu!!

so, dapatkan set PB anda dgn akak.. 
special promo price tau.. 014-7242 338




Tuesday, May 08, 2012

nak nangiss

aku tak berapa nak sihat.. sok sek je dua tiga harini.  tapi keje tetap pegi, kan.   pada aku ni perkara kecik.  matapun dah kecik bila asik acum acum gituu.  pala pun naik pening dah niiii.  ni baru rasa nak MC.. ahak..



hehe..
malas nak tulis tapi rindu kat blog.

Friday, May 04, 2012

cuti hari buruh and abah

haritukan cuti labour day.... aku takde apa2 plan, selain pi bekfast sefamily at our usual place, pasar selayang.. mak memesan mi jawa, and also teh tarik for abah, the usual drink for abah.  awal giler haritu, like 8.30am kami dah terduduk kat ujang's tu.  mmg org ramai weh.. sementelah cuti, kan?  kanda makan lontong dgn paru, adik makan lontong kosong, amal makan nasi lemak with ayam goreng and i had mihun sup with begedel kentang.  mmm.. rasa mula2 nak makan memacam since lapau ke alah tp bila dah makan separuh je  mihun sup itu.. purutku sudah rasa sgt kenyang, lalu aku melupakanlah nak pekena laksam after that... hahaa.. sgt besar selera aku kan?  well.. suka sgt makan2 ni, so tulah badan aku pun seswai sgt dgn selera aku ni.. ahaks! nasib baik aku dah ada premium beautiful.. terkawal la sikit, rasa dah kenyang cepat dowhhh.. hik!




malam tu nak dekat maghrib, abah mengadu sakit2.  mak kangkabutlah panggil kami.  kesian sgt abah.. aku ingat abah nak pegi dah tau masa tu.. huhu.. maafkan akuuu.. mmg dia nampak menahan sakit yg amat sgt.. "sakit, sakit".. itu je yg keluar dari mulut abah.  aku sapu2 kan belakang abah.. aku soh dia tukar sebut allah, allah, jgn sebut sakit2 tuu... mmg dia sakit dalam perut and kat belakang badan.  rasa macam dihiris2 katanya.. aduhhh, tak buleh ku bayangkan cemana rasanya tu.. mak sapukan minyak kat perut abah.. angin keluar sikit2.. ya allah.. rupanya dia tak lalu makan dua tiga harini, angin sudah masuk byk la kot tu.  kesiann abah.  menitis air mata aku bila tengok dia gitu.  dahlah kaki dia kat jari2 tu dua2 pun bengkak macam buah lisut tuu.. hari2 ku sapukan minyak, ini jadi sakit begini.. aduhlahh..
ya allah, kau sembuhkanlah abahku ini.  biarlah dia tenang menghadapi hari2 tuanya.. jauhkanlah sakit2 dari badan tuanya itu ya allah... 



waktu abah macam ni, mmg aku nak bagi apa saja yg dia mintak nak makan.  dia pun kalu kita tanya.. sokmonya takde apa.. abis2 teh tarik.  tadi aku nak pi keje, dia mintak apam balik.. how incredible.. dia boleh pikir nak something.. tentu aku akan cari balik keje nanti, insyaallah.. 


sabar ye bah!!

Monday, April 30, 2012

jualan penghabisan stok

sudahkah anda mendapatkan set Premium Beautiful anda?
jika belum, pastikan anda mendapatkannya dari agent bertauliah yg akan memberikan servis terbaik utk anda.  


hubungi saya utk mendapatkan harga terbaik sempena jualan penghabisan stok ini..



call me - 014- 7242 338 utk mendapatkan harga istimewa!!

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...