Wednesday, April 23, 2008

Kerja kerja kerja

Aku memang suka keje aku sekarang nih. Memang jauh lebih bebas (fikiran) dari keje sekehteri dulu. Walaupun cuma ngadap pc & sistem, aku suka, dan takde kena skill jaga orang sangat.. memang susah lah kalu nak soh aku balik buat keje dulu.. takmo dah! So, i tabik geng2 yang menjalankan tugas dengan penuh khusyuk dan tawaduk tu, caiyokk!

This year ada luncheon for secretaries kat hotel2 mana ntah, aku tak amik tau, sebab aku tak dijemput. Dorang tengok Khadijah Berahim & Dayang Kintan. Aku dengar sambil rasa sedey.. takde pulak keje macam aku ni nak dihargai.. aiyo.. redho je lah.. Cakappun tak guna... kena cakap kat tempat yang betul, kalu tak, takyah citer banyak, dok diam-diam, sedar diri tu.. (kata pd diri sendiri lagi nih!).

Sekarang ni keje menimbun disebabkan ketidak retian pengurus2 kat opis aku ni hah.. menguruskan keje2 mereka dan menghumban segala2nya di saat2 genting.... maka, aku tidak dapat meluangkan masapun utk menulis dalam jurnal harianku ini.. (alamak, bahasa mana datang ni?). Jadi, bila balik keje hari ni, itupun kira rekod setelah sekian lama, aku balik dari opis kol 7.20malam ari ni tadi, aku decided nak tulis jugak kat blogku yang tercenta ini..

Rindu teramat aku dengan dunia penulisan demi melepaskan keterbukuan hati ini. Sementelah keje yang tidak dapat ditangguh2kan, maka aku terpaksa menulis di rumah saja. Sib baik anak2 aku sporting, tido awal.. kanda plak, kira workaholic semacam sekarang nih.. maka diapun masih di tempat kerja walaupun jam dah menunjukkan 9.52malam waktu Mesia.

Apa nak ditulis?
Nanti kita sambung lagi... nak sidai kain dulu!

4 comments:

  1. tak pyh tunggu spesel day, nanti ada duit lebih kita jamu diri sendiri, kan... lagiii besh

    ReplyDelete
  2. ye tak iyer ek mak su..
    kalu ada rezeki, kita gi je la memana, makan sesedap, entertain diri sendiri.. gitu.. hargai diri sindri..

    good idea!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. hye...hampehla awat depa tak ajak kakakku sorg ni?? pilih kasih plak eekkk?? sungguh kurang sopan.. :(
    next setaim kita mkm shedap2 ok..kita plan ramai2.. :)

    ReplyDelete