Tuesday, May 12, 2009

Sayang emak, sayang anak2 jugak

Semalam anak2 dua2 cuti sebab hari ahad tu ada sukan olahraga. Amal mmg tak masuk bahagian sukan2 ni, dia tak berapa ada talent dalam sukan2 nih... cam ayah dia gak. Aku dulu memang minat sukan. At least gangsa tu ada gaklah bawak balik medal ke haper kan?

So, dua beradik ni adalah kat umah semalam. Sedey gak, aku tak cuti untuk bersama2 mereka. Baikkk je dua beradik ni main2 sambil bergurau senda masa aku call tengahari semalam. Deme kat umah je, tak gi umah opah. Opah tak berapa sihat masa kelmarin tuh. Sian mak.. dah tua sepatutnya berehat banyak, ini tak, kena tolong menjaga anak2 aku yang sangatttttlah baik itu!

Aku ingat, kalu aku banyak wang, tiap2 hari aku nak bagi mak aku RM10,000 untuk dia beli apa2 saja. Tiap2 hari lah. So, dia takyah masak, dia call je apa2 dia nak, sebab nak melayan anak2 aku and abah jugak.

Amacam?

Heheh... aku takde mende nih nak tulis.... Eh, tingat pulak, malam sabtu yg takde api baru ni, kami kumpul depan umah mak, lepas tu hisham aka acu datang ngan liza and anak2 dia. Deme ngajak aku and family aku gi melalak malam tu. Puas mak kata tak usahlah melalak, ingatlah dunia kita ni cemana sekarang... tapi.. idaknya nak dengar, kami tetap gak pegi melalak .. sampai dedekat kol 1 pagi... baik betui perangai kami 2 kuarga 9 beranak, ni kan?

Mak, maaf la ye.. walaupun kami selalu tak dengar kata (bab karaoke la, especially) kami tetap sayangkan emak!!

No comments:

Post a Comment