Monday, February 16, 2009

Hormon ke?

Sejak 2, 3 bulan ni, aku selalu sentap ngan kanda. Silap sket je, aku akan sentap, macam ni:

- Pantang dia buat benda aku tak suka, selalunya.. tapi dia suruh anak2 buat, diri sendiri selalu ngelat..
- Kalu dia canggah cakap aku pada anak2 pun aku sentap jugak ni.
- Kalu dia tak layan aku bercakap/borakpun aku sentap. Bukan dia taktau sapalah lagi aku nak bercerita kalu bukan dgn dia.
- Kalu dia buat bodo je sambil baca2 suatkabar, sedangkan aku bersilat / kungfu / taekwando kat dapur nyiapkan masak sebab budak2 dah nggelupor lapau, lagilah aku sentap.

Setiap sentap di atas ni makan masa dua tiga hari jugak nak clear. Aku akan dingin / diam je or buat bodo and tak bercakap2 ngan dia.

Dia tak kenal ke lagi aku ni? Dah dekat 15 taun kawin, dia masih nak buat aku sentap jugak? Kenapa kanda tak pandai lagi nak menyelami hati aku yang sepatutnya dah jadi sebahagian dari dia. Paling tidakpun, pujuklah, tanyalah kenapa aku sentap. Tapi selalunya memang dia sedar, just that he has never cared that much. Aku menderita setiap kali aku sentap... huuuahhh.

Ya Allah, Kau bukakanlah hati kanda supaya dia mahu belajar jadi seorang lelaki beriman dan suami yang benar2 memahani isteri. Kau bukakanlah hati aku juga ya Allah, supaya aku sentiasa sabar dengan kerenah suamiku ini, semoga kami jadi pasangan bahagia dunia dan akhirat.. aminnnn.

*sentap = bengang, hangin, geram, all in one

6 comments:

  1. cian ko... erm perempuan+emo=SeNtAp. Lelaki-Emo=SeNgAl. Depa ni bukannya tak sedar akan perubahan isteri, tapi mungkin tak reti nak buat camne. Ataupun fikir biarlah si isteri tu cool dulu, nanti kalau ditegur@tanya lagi panjang sentapnya atau sebab bukan budaya mereka nak pujuk memujuk ni.
    Moral of that situation, buang karan jer nak sentap-sentap ni sebab at the end kita gak yang sakit jiwa menungguu riaksi mereka yang macam tak ada perasaan tu...

    ReplyDelete
  2. dear anon..
    buang karan la ni.. tulis kat sini sebab sengaja luah perasaan meh, bukannya dia membacapun apa2 i tulis!

    i still wonder...

    ReplyDelete
  3. sabor byk2 ye akak...kekdg ko kene pk, org lain punya masalah dgn hubby derang lagik teruk drpd ko akak, bersyukur pd yg ada. x pe, syurga di bawah tapak kaki suami, kalau ko bersabar dgn mereka, nescaya syurga lah tmptnya..eh, rasa cam ustazah plak aku nih..hehehe..

    ReplyDelete
  4. tima kasih cik syurei kerana anda sudi meninggalkan komen yang begitu bermakna buat diri saya ini.. saya akan terus bersabar ni!

    ReplyDelete
  5. Yo lah, kita pun kdg2 sentap gak dgn kwn kita tu... hidup berumah tangga cam tu lah kan... kena saling 'ingat-mengingati'... salah satu cara nak mengingat kan si dia tu lah - dgn sentap sket... kalau sentap pun x jln, kenalah carik jln lain lah pulak... hu hu hu... penat....

    ReplyDelete
  6. Hi akuni..
    tima kasih sudi komen.. terharu ada orang mengerti.. huuu

    ReplyDelete

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...