aku terpanggil jugak nak berkongsi ilmu. sikit2pun sebagai umat islam, aku kena berdakwah okey? kalu korang nak amik dan belajar, meh la kita sama2 ye. ramainya manusia di luar sana, termasuk aku jugak, byk sgt yg tak tau lagi apakah yg aku dok baca tiap kali solat.. so, from now on, kita belajar sikit2 yek? ingat every friday, aku nak citer bab2 agama gitu!
harini, kita belajar makna ayat masa kita berdiri pertama2 sekali lepas takbir, iaitu doa iftitah.. Iftitah bermaksud pembuka. ia dibaca pada semua solat fardhu or sunat, but not in solat jenazah, ye. hukum bacaannya sunat, tapi why not kita pahamkan supaya kasi lebih khusyuk dan tawadduk beserta syahdu tiap kali baca. over aku kan.. but yeah.. why not, sebab kita ni cuma hambaNya.. buat biar nampak kesungguhan kita mintak pada Allah tu. dia akan bagi kalu kita terus mintak dan mintak dengan tekun, cuma cepat or lambat jer didugaNya kita.
so, check this out:
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Kepentingan Doa Iftitah
Melahirkan sifat ikhlas dalam beribadah
Menghadirkan rasa khusyuk dalam solat
Melahirkan sifat taqwa dalam diri
Menjauhkan hati daripada sifat riak dalam beribadat
No comments:
Post a Comment