Friday, March 01, 2013

Allah suka kita minta padaNya

pagi tadi sambil bersiap aku dengar ustazah asni ceramah kat tivi.  kenapa kita tak mintak pada Allah, mintak la apa2, mintak dengan bersungguh2.  maksud dia kenapa kita tak berdoa, sebab Allah tu maha pemurah lagi maha mengasihani.. Dia maha mendengar dan maha melihat.. Allah tunggu dan suka kalu kita minta dan minta dariNya.  tapi janganlah kita hanya berdoa tanpa berusaha..  kalu kita tak minta doa.. Allah pandang juga kita tapi dengan pandangan "kenapalah dia ni sombong sangat takmo mintak dgnKu?".. sedangkan dia pemilik seluruh alam dan sgt mudah bagiNya utk memberi pada hamba2Nya yg meminta.. jadi mintalah!


haaa.. ustazah asni la yg kata.. aku cuma kongsikan sempena entry hari jumaat yg mulia ini.. 

even solat tu pun adalah sebenarnya doa.. sebagai hamba tugas kita cuma bertaqwa kepada dari Allah dgn melakukan kebaikan dan menjauhkan kemungkaran.  tu la pasal surah alfatihah itu diwajibkan di dalam solat itu.  but, harini bukan nak letak makna surah fatihah, but nak share doa qunut utk kita renung2kan.

Berikut Bacaan Doa Qunut dan Terjemahannya :



1. Allahummahdini fiiman hadaiit
Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan.

2. wa ‘afinnii fiiman ‘afait..
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

3. watawallanii fiiman tawallaiit..
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

4. wabaariklii fiima a’thoaiit..
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

5. wakinii (birrohmatika ) syarromaa qodhoiit..
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

6. fainna kataqdhii walayuqdhoo ‘alaik..
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

7. wainnahu layadilluman walaiit..
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

8. wala yaidzuman ‘adaiit..
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

9. Tabaarokta robbana wata ‘alaiik..
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.


10. falakalhamdu ‘alama qodhoiit..
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

11. wa astaghfiruka wa atuubu ilaiik..
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.


12. Shalawat Nabi Muhammad SAW.  wasollallahu ‘ala Sayyidinaa Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa aalihi washohbihi wasallam..
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.


Itulah Bacaan Doa Qunut dan Terjemahannya yang semoga bermanfaat buat kita semua. Walaupun bacaan qunut dalam solat hukumnya sunnah, ada baiknya kita tau dan menghafalnya.

credit to http://www.kabarislam.com

No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...