Thursday, February 02, 2017

asam pedas

dah lama i tak masak asam pedas u.  in fact, i dah lama tak masak.  dah takde mood sgt. even weekends pun i rather not masak.  sebab apa ko jadi cam tu lak su?  sebab aku dah fed up berkawan dgn syaiton.. asik membazir je selalu.  masak satu stengah pot pun tak abis kau.  kadang2 tu aku beria nak bagi laki and anak makan.  tpi tulah.. deme makan luor lah.  makan dgn kengkawan lah.  jd, nasik tak abis.  sakit ati tau.. kita masak bukannya susah.  tapi bila dah selalu sgt terbuang, apakah petandanya itu.  i must make sure apa i masak tu disukai, or maybe make sure bfast tu makan ala2 je, baru i beria masak. masak pun sejenis dua je.  biar tak ckup, jgn berlebih membawak kawan syaitannnn.. Allah ajerlah maafkan i ye.. huhuu

ok, nak share resipi asam podeh.  dulu dah tulis kot.  ntahlah, tulis lagi apa ke salahnya kan.  sementelah akak mmg suka menulis katanya.  Ira tanya tadi, so, this one is dedicated to her, specially, and to those yg nak belajar or nak tau saja how i masak my style of masak asam pedas.  here goes:


asam pedas ikan selar kunin (or apa2 ikan juga bisa)

bahan2nya

ikan selar 4 ketui (1/2 kg)
bawang merah 6 ulas *
bawang putih 4 ulas *
kunyit hidup 2inci *
garam kasar (utk memudahkan tumbuk)*
tumbuk semua bahan2 * diatas

belacan 1inci
cili giling 2 sudu besar
minyak utk menumis
air asam jawa 1 mangkuk
daun kunyit sehelai (dicincang or siat panjang)
daun kesum sikit
tomato 2 biji potong 4
bendi 7 biji (berapa pun tak kisah)
bawang besar 1 biji dipotong bulat
sedikit garam
sedikit gula

cara memasaknya

panaskan minyak dalam periuk or kuali.
masukkan daun kunyit yg potong tadi, biar naik bau.
masukkan bahan2 tumbuk dan tumis sehingga betul2 masak or sedikit garing.
masukkan cili giling and tumis lagi sehingga cili masak.
masukkan ikan.
masukkan air asam and belacan and tambah air.
nak pekat sedikit air sudah.
bila ikan hampir masak, masukkan bendi and tomato and bawang besar.
masak sekejap lagi hingga puas hati,
rasa garamnya, tambah sedikit gula nak cover if masam sgt.
tutup api.  siap di hidang.

cubalah ye?








2 comments:

  1. Thank you Kak Sue..!! Harusla ku mencuba this weekend!!

    ReplyDelete
  2. hehehe.. update me on the progress k?

    ReplyDelete