Senin harini. Berapa punya
mengantuk daa. Last week I dah berkemas
nak pindah. This week barang yg dikemas
dah dibawak turun ke tempat yg kita nak
pindah. Kenapa pindah? Level 15 tu nak guna utk training rooms.. so, kami lah kena move out.. sian kannn.. hehee.. Just unpacked all my things this
morning and got connected to the systems again.
Terus buat keje. Barang byk tak
buleh nak letak macam kat 15 dulu. Space
is very limited. Apa2 yg ada je and yg
mana dapat je. Saufiah tulung set up kan
wire2 yg berselirat. Ntah kenapa harini
rasa tersangat letih. Nak borak pun rasa
tak larat. Actually datang pun sebab
keje. Ehh.. iyerlah.. mmg keje la
kan. If not.. maybe aku masih bergumpal
atas katil dgn selimut and bantal peluk kiri kanan.. ekekek… gilo tak poey
kojo. Cuti abih dah. Tinggal nak pi jenjalan abihkan duit laki ujung minggu ni nak pi langkawi satu family. nanti kita hapdet hokeyyy?
Semalam beria bawak keto Siti, anakbuahku pi Pahang kat bukit
mendi. Umah kak zizah buat kenduri. Lela ngawinkan anak dia.. Tasya. Anak sulung dia yg tua few years je dari anak
aku, akmal. Pegilah, bawak mak and
along. Laki ku and anak2 dah awai2
peginya hari jumaat lagi. Aku sementelah keje lagi, biarlah mereka pi
dulu. Buat apalah nak beria pi awai2 ku
tanyakan pada laki, well.. banyak mende nak kena buat katanya.. iyer lah..
layankannnnnn.. ada kat umah pun aku bengang jugak.. biarlah dia pegi membantu
sedara mara dia, kannn? Kalu sedara mara
aku, sah2 dia buat donno je, biarlah dia berlebih bab sedara dia. Dia kan mr perfect.. ekekek.. kannn?
Tu lah pasai agaknya aku penat harini. Letih memandu and letih melihatkan perangai
org.. ekeke.. malam semalam sampai umah dalam 7pm gitu. Jem sokmo kat karak and Gombak toll. Biasa lettew hari ahad ptg org balik nak keje
esoknya, kan kannn? Malam layan tengok
tv. Ameer pun takmo dok di rumah, bosan
katanya. Letih jugak nak tahan dia. Dia nak lenjan motor ayah yg baru
katanya. Aku kabor jgn, pakai moto yg
lama sudah. Dia nak jugak naik, so dia
kata dia msg ayah dia mintak. Mmg ayah
tak bagi.. hahaha.. mentang2 cc moto ayah yg baru ni besau kemain kau nak
melenjan yek. Macamtulah budak2
lelaki. Pantang ada yg lebih laju.
Tu jelah dulu. Byk
cerita sebenarnya. Sementara ada masa
aku tulis lah. Takde nanti… aku sendiri
yg tercari2 time nak nulis. Ntah sapa
baca pun.. sekadar buat kenangan sendiri.
No comments:
Post a Comment