Thursday, September 06, 2018

Kerana cinta

Pernahkah kamu merasa diri begitu dicintai?  Pernahkah kamu merasa begitu disayangi sehingga kamu tahu dia sanggup lakukan apa saja utk membuat kamu yg dicintai dan disygi tersenyum?  Apa pun yg berlaku kamu tau dia kan tetap sedia berbuat apa saja utkmu.  Membuang segala egonya.. segala rasa malu segannya hanya sekadar utk melihat kamu tersenyum bahgia? 

Kadang2 kerana kamu tahu yg dia terlalu sygkan kamu.. maka kamu biarkan dia.. kamu hukumi dia.. kamu tinggalkan dia sebagai cara utk menguji rasa cinta dia padamu.  Kamu tahu dia takkan meninggalkanmu kerana rasa cinta dia padamu.  Kamu juga tahu dia akan dengan mudah mengalah bila kamu meminta maaf dan memujuk selepas beberapa ketika.  Kamu tahu dia sgt bersabar dgn kerenahmu.

Bagaimana rasa hatinya bila dia dibiarkan tanpa apa2 berita darimu?  Bimbang gusar dia hanya dia yg memahami.  Cuba letakkan dirimu pula dlm situasi sama.  Cuba menghubungi tapi langsung tak dipeduli.  Apakah sudah berkecilhati?  Apakah dia sudah menjauh kerana tidak tahan entah dipinggirkan kali yg keberapa.  Mmg cinta bisa membuat org jadi buta dan sengsara.  Tapi jgn sampai hatinya jadi hancur kerana terlalu lama menahan retak sedikit demi sedikit.  Nanti akibat rasa terlalu yakin dia takkan pergi walau disakiti akan buat kamu menyesali kehilangan dia yg kamu syg tapi kamu ambil mudah dan menganggap dia akan terus bertahan demi cinta.  Hati dan perasaan yg sakit akan buat dia kuat utk berusaha tahan kerana cinta atau berusaha keras melepaskanmu.  Apa lagi alasanmu utk dia yg kononnya kamu cintai?

-bicara hati-
Cerpen





No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...