Senin last week tu i keje macam biasa. Tp badan rasa cam letih lesu sgt. Rupa2nya i sakit2 seluruh badan sbb nak piyed. So pempuan kan? Pobly lama tak stori pasal piyed sebab takde kisah pasalnya yg menyayat hati. Tp kali ni ada kes la kan.. tau lah i kan. Kadang2 sensitip tak menahan. Badan sakit.. perut sakit.. pinggangpun masa nilah nak sakit jugak dgn melebih belah kiri pinggang ni buat cam nak patah.. duduk pastu nak bangun rasa nak tertanggal bahagian bawah and atas begitu rasanya sakit engkau. Mesej la kat laki.. sakit perut bang.. sakit pinggang piyed. Nak tido jer tak tahan.. i kabau ke dia. Dia balas ok. Huhuu.. sgt mengambil berat lakiku ini. Ntah apa dia baca dan paham bila bini ngadu sakit and nak bermanja tak paham2. Okehlah dah bitau dia. Settled lah. Bawak2 jer badan ni slow2 sampai 5.30 masa nak balik umah. Nak luruh gak ari2 rasanya. Kdg2 piyed ni macam ni lah sakitnya. Kadang2 sakitnya ala2 kita bleh buat tatau. Tapi itulah.. bila dtg sakit yg teruk.. buat2 tahankan dan usahalah utk berehat seketika membiarkan badan mengambil masa utk berlunjur. Berapa lama nak smpai umah dr opis dgn basnya.. naik tangga kat sentulnya turun plak ke platform naik ketapi plak.. pehtu panjat tangga lagi jalan ke kereta plak. Abis dah tenaga rasanya. Ditambah dgn sakit tua yg sedia ada.. Allahuuu.. begitulah yg kurasa.
Sampai umah.. masuk umah.. Akmal tanya.. umi beli apa? Tadapape.. umi letih nak relax je i kabo. Malam ni masak apa mi? Tanya nyer lagi. I kata malam ni umi tak larat masak.. nak tido cepat je umi sakit perut piyed ni. Nanti korang belilah apa2 nak makan. Akmal dgn spontannya bleh kata.. aik.. tua2 pun piyed lagi ke umi? Aduhhh.. sentap jugak laahh. Apa i jawab masa tu yek? Ntah i dah tak ingat. But tentu anak2 i ni rasa i m too old to have that excuse utk berehat? Amal tentu tatau yg umi dia ni masih boleh beranak okey? Cuma ayah dia je blom boleh memberanakkan umi.. ekekek.. apalah kan? Tiba2 uols cer bayangkan... i mengandung lg selepas azmeer 17taun nak spm ujung taun ni.. dgn ayahnya umor 52 i plak umo 3taun je muda dr ayah dia.. tet tett membawak perut bunting pegi keje? Ohh.. wow.. kuasa Allah sapalah yg tau ye takk? Segan ke bangga uols rasa i pikir? Hehee.. ohmaigoddd.. ontahlah kann?
Ehh.. melalut la jauh haa.. i lepas explain i nak rehat i pun mandi and tido baring kat dlm bilik. Bila laki i balik.. dia tanya i masa i sedang baring tu.. malam ni tak masak ka? I kabo.. i sakit perut la bang.. tak larat nak masak. Ehh.. cara dia tanya i tadipun macam.. tak caya i tak boleh masak. Macam tgk i sihat gituh.. apolah laki. Tu pasai i mesej dia tadi bitau. Rupa2nya tak register jugak dlm kepala dia yg i tak larat. Hai la suriani.. sabau je la bila org tak mau paham kan dirimu.. melainkan kau sendirlah yg merasakan apa kau rasa. I kata nak makan beli je lah apa2.. takkan lah nak tunggu i bangun masak jugak. Teruk betui. Lewat malam i bangun nak pi bilik air.. i nmpk laki i dah beli satey atas meja. Satey? Kenyang ka beb? Oleh kerana i dah bangun dan rasa lapau jugak.. i pun makan je la satey tu 4btg. I mmg suka satey.. tp 4 btg je yg i lalu makan. Lebih pada sedih jer. Ingat adalah nasik or mi goreng ke kan.. nak lah makan sbb lapauuu .. syukurlah ada gak makanan ye tak? Sedih pun ye jugak mikir.. adakah i ini cuma dilayan sbb nak masakkan mereka makan saja? If takde masak.. i kena std by belikan mereka makanan? Hmmm.. sesekali nak merempan jugak kann? Selalunya i jadi sedih mende2 cam nilah.
No comments:
Post a Comment