Wednesday, October 04, 2006

Kacao dawun

Bengang betul bila orang tengah penuh ngan idea, dia mai kacao... habih lari sumer idea beta!

Semalam buka kat umah Ct Zen, sempena besday Aiman ke-9. Best makan, gantung periuk semalam. Syokla, bulan bulan posa ni ada orang wat party. Anak-anak akula yang paling seronok. Ct masak nasib beriani berlauk daging, makaroni goreng, ada berbagai jenis nugget, wantan and not forgetting the chocolate cake. Siap ada pop pop mercun! Suka aku sekejap, hik.

Seorang mak akan buat apa saja untuk lihat anaknya gembira, kan? Aku sendiri rasa cam nak belik kek jugak untuk ari jadi Amal nanti. Tataulah, kalao ada rezeki, why not, kan? 17 Oktober nanti dia pulak turn 9. Tapi badan .. Masya Allah! Takpe la nak, asal ko sihat, umi pun tak kisah. Amal aku perasan, semenjak aku sibuk menturunkan lemak, diapun sama conscious. Sesama amik part bila aku buat aerobik kat umah depan video si Pola Bedul tu. Sesama pi ikut jogging and not forgetting to participate in the swimming events with this adik, Ameer. Sayang dedua anak bujang aku nih...

Bulan-bulan posa ni jugak, company aku bagi balik awai 30 minit. Syokkan? Tak semua orang dapat kelepasan begitu. Bersyukur aku kerja kat sini. Walaupun gaji aku ciput, bak kata Lis, disetujui oleh Ain, tapi memacam ada kat sini yang tempat lain belum tentu ada! Bila balik awai, aku amik kesempatan untuk pergi menjemput Amal balik sekolah (sementelah aku dah bawak kereta ni) kemudian pi amik adik plak. Pusing pusing sakan tetiap hari. Semalam, punya la bengang. Aku tunggu punya tunggu kat sekolah, si Amal tak muncul-muncul. Sampai dah lengang, aku pi la balik assuming Amal tak nampak aku, which i think is not possible...
Aku balik terus sebab nak pi amik adik pulak, dah lambat... kasut sekolah Akmal takde pulak depan umah opah, lagi la aku panik, tapi aku terus jer jalan pi amik adik kat CLC. Sampai umah, rupanya si bertuah punya anak ni, tak sekolah rupanya hari tu..., alasannya dia pening. Okayla, but punya la geram. Siapla kao kena bebel ngan umi... at least tipon la aku bitau ko monteng sekolah, taulah aku nak adjustkan time... heeeei, geram, geram! Anak, cam tu lah.. buat mak dia rasa bodo kengkadang!

1 comment:

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...