Monday, October 30, 2006

Rumah terbuka yang sempit

28 Oktober 2006, raya ke lima.

Ramai jugak yang mai, walaupun ari ujan lebat sesangat petang tu. Alhamdulillah, walaupun umah aku tu kecik jer, oleh kerana tetamu yang mai tu pandai ikut giliran memasing, maka semua orang dapat merasa masakan ibuku... ahaks!

Menunya:
Nasi himpit ala-ala ketupat tak berdaun
Rendang daging pedas istimewa
Ayam muda masak merah berlada
Mihun goreng cacamurba
Kuah kacang sambaria
Kuih karipap resepi keluarga
Air jus oren mandarin
Buah tembikan merah tempatan
Kek sponge hijau menawan
Lemang khas dari sungai tua

Boring beb...

Sian dorang semua kena berhimpit-himpit memandangkan rumah aku tu cuma sekangkang kera. Walaupun begitu, aku tabik semua boss-boss aku yang susah payah mai! Ada yang sesat barat, akhirnya sampai juga. Siap bawak hamper lagi. Sayang dorang semua tu dah nak tinggalkan aku sebab berenti... Nanti sunyilah aku kat ofis tu, huaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh...


No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...