Thursday, December 07, 2006

Selamat Hari Jadi Kanda!


7 December 2006

Hari ni, tiga puluh dot dot tahun yang lalu, di kg. Seberang Tok Pi, Kuala Perlis telah lahir seorang bayi lelaki yang diberi nama Abd Dot Dot oleh mak dan ayahnyanya. Budak lelaki ni tidaklah comel sangat, melainkan kurus dan kerinting rambutnya. Walaupun begitu, hidungnya sangatlah mancung walaupun masih bayi, mungkin sedikit mengikut rupa ibunya yang berdarah Arab barangkali.

Walaupun begitu, dia sudahpun mempunyai 11 orang adik beradik yang lain dalam keluarganya. Wow.. sungguh besar jumlahnya. Dia diberi kemanjaan oleh semua ahli keluarganya. Namun begitu, dia tidak pernah diberi kelebihan untuk tidak menolong membuat kerja-kerja rumah seperti jugak abang-abang dan kakak-kakaknya yang lain. Dia juga mengambil bahagian semua kerja-kerja rumah yang telah disusun oleh emak dan ayahnya. Walaupun yang bongsu, sehingga kini, pendapat dan fikiran Abd Dot Dot selalu diambil kira oleh semua adik-beradiknya. Semua anak-anak saudaranya sangat menghormati Abd sehingga sekarangpun. Dia selalu dihubungi bila mereka mengalami masalah dan perlukan pertolongan.

Itulah sebahagian daripada cerita mengenai kandaku yang tercinta, dari lahir, sehinggalah kami berumahtangga. Kanda seorang lelaki yang tegas dan bertanggungjawap. Walaupun gitu, dia tetap menjadi penghibur dengan jenaka yang kadang-kadang tak pernah kita fikirkan. Itu antara sebab aku jatuh cinta padanya dulu... and still cinta padanya lagi sekarang.

Kanda, happy birthday to you....


1 comment: