Sebenarnya dah lama aku tak tulis. Ini entry kedua untuk tahun 2007 ni. Memang tatau apa nak tulis, tapi nak taruk jugak something.
So.. here goes:
Pagi tadi bangun, sesiap terus panaskan nasi, panaskan lauk ikan masak asam pedas, goreng nugget dan bancuh milo. Kejutkan Amal. This year Amal is in year 4, sekolah pagi. Tanya Amal apa dia nak for breakfast before school. Dia nak makan nasi jugak macam semalam. So, dia sarapan nasi ngan kicap berlaukkan nugget. Amal memang tak makan pedas, bukan setakat pedas, malah semua jenis makananpun dia tak makan, except telur, telur and telur, kuah tomyam, and all the ready to eat without having to cari/asingkan tulang, macam nugget ker, sausage ker, chicken fingers ker... ala ala masakan omputeh gitu. Lain-lain dia takkan makannyer. Kengkadang sedih bila kita makan sesedap, dia tak sudi nak jamah!
Lepas makan sepinggan, masa aku tengah sibuk mengisi bekal untuk kanda and myself, tetiba Amal mintak tambah nasi lagi. Ayoyo.. berselera dia makan pepagi nih. Then, aku bekalkan jugak dia nasi and 4 ketul nugget for his break nanti. Walaupun dia cerewet bab lauk, but bila makan, Amal akan makan dengan penuh berselera. Some times i wonder tah tah dia ngikut tabiat aku tak? Harap dia sihat wal'afiat dan membesar bagai johan.
Amal ni dari kecik memang banyak alahan... dia ada penyakit asthma (betul ejaan ni?). Bila bersin, tak pernah kurang dari dua kali, very the alah to the habuk and mata dia pun kureng, so dia kena pakai glasses all the time. Very fond of kraftangan.. orang berseni la jugak, sesikit cam aku.. (prasan la kengkadang!). Terlampau sensitif and kuat merajuk. Dengan Ameer, adik diapun, dia mesti nak menang, walaupun dia tau adik takkan bagi dia peluang punyer!
Some times, i wonder... Amal ni makan hati jugak kot. Dia selalu kena buat kerja tolong umi dia, but adik takyah. He even said to me once when i told him to take the rubbish out... "umi ingat Amal ni orang gaji ker?" . Hentahlah, dah aku takde sesapa nak mintak tolong, aku kenalah train anak-anak untuk bantu aku, tak gitu? Adik tu.. baru 4 taun, takkan dia pandai buat sesemua tu? Aku siap soh dia ingat pernah tak aku suruh dia buat apa apa tolong aku masa dia 3 atau 4 taun dulu. Dia diam.. paham kot!
Hingat senang mendidik anak? Ha.. jawab!
it's how i look at my life and family and my passion for good health and inner beauty!!
Friday, January 05, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023
Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih. Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...
-
ku mimpikan kedamaian di dalam kesederhanaan satu kehidupan ku rindukan kemesraan bersama senyum keramahan tiap pertemuan bila re...
-
mari kita lihat apa yg istimewa tentang wanita siam ini: saya petik dari blog kawan bisnes saya, tok siak ni.. http://guaraterapi.blogspot....
-
inilah dia surat layang yg akak terima last week. best kan.. bukan calang2 org dapat surat layang ni tauu.. kalu tak artis, tak menteri ta...
No comments:
Post a Comment