Tuesday, April 17, 2007

Sotong masak rendang asam

Korang pernah try masakan ini? Sebenarnya ini adalah resepi dari arwah mak mertua aku. Orang utara selalu buat gini. Tatau la, sebelum kawin, mmg aku tak pernah rasa lauk ni. Ia adalah lauk feveret kanda bersama-sama dengan asam pedas dan sup tulang. Mmm, kalao aku masak salah satu dari 3 ni, ko boleh tengok dia makan bertambah-tambah.

In fact, Ameer pun dah mula pandai makan masak asam pedas and all the other lauks. Setiap kali aku masak asam pedas atau masak rendang asam, mulalah dia ke dapur tanya.. "Umi masak apa tu? Sedapla bau dia?". Dan dan terus tanya, nasik dah masak ke belum sebab dia nak makan. Cayang ameer, selalu buat umi rasa dihargai. Nilaa yang buat aku syiok masak untuk dia. Makan plak, beria-ia dengan ayahnyer!

Ini adalah resepi sotong masak rendang asam.

Sotong Masak Rendang Asam
(Ayam/ikan/udang boleh juga diguna. Untuk ayam/ikan perlu, digorengkan 1/2 masak dulu)

Bahan-bahan

600 g. sotong - dipotong bulat

A. Bahan untuk ditumbuk
5 bawang merah
3 bawang putih
2cm halia
5 cili api
2 sudu kecil Jintan manis
3 sudu kecil lada hitam

B. Untuk ditumis sebelum masuk bahan tumbuk di atas
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga

5 sudu kecil Kicap
1 cawan air asam jawa
3 sudu besar minyak masak
Bawang besar - dihiris bulat
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara masaknya:

Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis (B) hingga naik bau.
Masukkan bahan A dan tumis hingga garing dan kekuning-kuningan.
Tuang air asam jawa,tambahkan kicap dan masukkan sedikit air sebelum memasukkan sotong.
Perlahankan api.
Bila hampir masak, potongkan cili masak dan bawang besar untuk menambah perisa. Jangan
lupa meletakkan garam and tambah kan kicap untuk warna hitam yang menawan.
Untuk kuah yang lebih pekat, boleh ditambah dengan air asam jawa.

Selamat mencuba.

3 comments:

  1. aku pun makan bertambah-tambah kalu macam ni punyer resepi.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. pergh..pandai ko masak ek? apesal tak paste gambar skali. boleh tengok cemana rupanye.

    ReplyDelete