Tuesday, May 27, 2008

Cuti-cuti sekolah mesia

Minggu ni aku cuti 2 hari sempena cuti sekolah anak2.
Campur sabtu ahad, jadi 4 hari... beshhh.

Sabtu 24 Mei
Ameer sukan, karnival sukan Tadika2 Pasti seluruh parlimen Selayang. Ada 7 Pasti semuanya.
Ameer dari Pasti At tawheed, dapat naib johan bolasepak, kalah kepada Pasti al munirah.
Sian dia, main 4 kali sebab tak cukup pemain. Sib baik dia main goalie, takdelah berlari2
teruk. Sian sangat sebab lain2 acara sukaneka dia asik kalah, cuma harap satu je kat bolasepak tuh.
Kalu tak dapat hadiah la hari tu, boleh bayangkan tak cemana perasaan dia yang main beria-ia
menjaga gawang .... Aku sedey jugak, but satu hadiah pun dah kira okaylah.. Alhamdulillah!!

Ahad 25 Mei
Pakat2 buat nasik lemak and sandwich/burger ayam, ingat nak makan/piknik kat kolam siantan lepas
puas berenang2 dan kelaparan.. tapi tetiba ada rule baru.. tak boleh bawa makanan & minuman.. mmm,
sentappp! Kanda mula la hangin... Terus gi sarapan dulu kat restoran dolah. Lepas tu beli tiket and terus
main air kolam dan berenang2 sampai lemas (akulah tu - excited betoi). Bilalah skill berenang aku ni nak
tajam? Pegi pun sekali sekala, how to be good, kan? Hari tu kanda tak mandi, jadi body guard je. Anak2 mandi kat tempat kekanak, Amal sesekali joined aku kat kolam besar. It was fun, be it could be more fun kalu kanda
joined us. Well.. u cannot have all, can u?

Semalam 25 Mei
Lepak giler, tak kuar pagar pun. Melayan anak2 pun fenat tau??


Ari ni nak buat apa? Ingat nak gi kuarkan duit kat tabung, dah kering giler..
Nak kena pi idupkan roadtax & insuran kereta which will expire esok.
Amal dah balik ngaji, so i better make my move..
Seronok cuti tau... kalu duit ada, laaaaaaaagiiiiii seronokkkkk!!!!

p/s: gas masak semalam dah abis, tu pun kena beli gak.. tensennnn...

3 comments:

  1. ko boleh gaks berenang2 di tepian di hulu di hilir, aku cuma pandai merendek air je

    ReplyDelete
  2. Den pun lamo dah tak g siantan. Syok gak kot kot dapek buek kuok lentang seraound duo. Buang lemak nih hah.

    ReplyDelete
  3. eh, butter..
    meh la kita sesama berenang berduet..
    ko mmg pakar kuak kuak lentang and kekupu.. meh laaaa!!!

    ReplyDelete

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...