Thursday, June 26, 2008

Apabila berlaku kematian...


Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai
sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga
keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan
sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian,
mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit,
ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan
malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.


Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan
kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya
diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang
itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan
kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang
dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut
hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat
maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut
berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu
tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika
sihat dan segar-bugar.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka
tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula )
mempercepatkannya. " ( Surah Al-A'raf ayat 34 )


sumber dari emel..
Hari itu 21 hb, kami melawat kubur nenek di Klang, setelah hampir 2.5 bulan pemergiannya..
Semoga roh nenek dicucuri rahmatNya!


No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...