Thursday, January 29, 2009

Hangin

Ada la satu hari tu.
Aku hangin ngan kanda.
Citernya begini.. mak hantar lauk ayam 3 ketui, lauk ayam masak merah. Mak masak memanglah sedap. Lepas antar, diapun duduk sama kami di meja makan. Kanda diajak makan katanya, makanlah kami dulu. Kami 3 beranakpun senduklah nasik, makan.
Tau2 jelah kalu kami makan, tentu2lah lauk ayam yang 3 ketul tu habis, adanya...

Malam sikit, aku tanya kanda.. dia nak makan tak?
Dia kata ..."nak jugak, lauk yang mak bagi tadi ada lagi, kan?"..
Aku kata.. "laaa, mana ada lagi, kami dah makan 3 beranak tadi!!"
Dia buleh kata "makan tak ingat kat orang langsung!!"

Terasa sangat aku.
Terus aku ambik ayam kat peti ais. Sib baik ayam tu dah tak keras kajung lagi.
Terus aku goreng ayam tu, lepas tu sambalkan, buat macam ayam masak merah yang mak bagi petang tadi. Adalah dalam 8 ketul.
Terus aku masakkan nasi lagi, sendukkan untuk kanda makan.

Geramnyer.. harap 8 ketul itu dapat memuaskan hati dia.

Sehari aku bengang ngan kanda. Aku tak masak lagi lepas tu sampai 2 hari.
Dia selamba je. Makan roti je.. buleh pulak. Ingatkan, bila aku tak masak, dia nak le amik inisiatif masakkan untuk kami... tapi.. Non ado!!

Sekarang ni, apa2 pun makanan, make sure anak2 ingat tentang ayah mereka.
Jangan kasi abiskan semua benda.. takut ayah kempunan, okay??

9 comments:

  1. aahahaha..si abah merajuk..tp ok la umi ameer layan dia baik2 semula..besar pahala..ehehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. makan kedai jek la kak kalo majuk cam tu...ko pun...lain kali tinggalkan sikit kuah pun ok..:)

    ReplyDelete
  4. hihihihihi......
    mesti sedap masakan mak.........
    sampai boleh majuk.....
    hihihii........

    tapikan huduh kalau org tua majuk ni....

    dia nak bemanja la tuu......

    ReplyDelete
  5. Heheheh... apa nak buat...merajuk pun merajuk lah...

    ReplyDelete
  6. Best merajuk tak yah masak...kalau i begodah..mmg masam muka..silent satu rumah..tapi tak smpi hati lak tang masak-memasak...guna jer anak as org perantaraan..you know who...

    ReplyDelete
  7. dear Hemy aka anul..
    mmg melayan suami tu besau pahalanya.. tapi dia kenala layan kita bebaik gak, kan?

    ReplyDelete
  8. Hi gergasi pink yang ku hormati..
    makan kedai takkan ubah perangai dia yang kekadang tak ingat bini dia ni penat ke tak sempat ke..
    kita jugaklah yang kena..

    ReplyDelete
  9. To jinggo, ahkuni and you know who..
    - thanks for the comments
    - huduh mmg bila org tua majuk, kan? cemana nak mbuatnya, kanda saya tupun bukannya reti mujuk... maka bertambah2 la angin kita dibuatnyaaaa
    - redha je la kan?

    ReplyDelete