Monday, March 23, 2009

Asam pedas ikan pari

Sabtu baru lepas, aku bawak anak2 gi swimming kat Siantan. Tak jadi nak gi karoke sebab ct kata tak best reen takde. Okaylah, accepted. Swimming mmg aku suka sangat, feveret sport, sekarang. Aku dah boleh berenang merentas dari ujung ke ujung nih... seronok, walaupun agak lambat jugak.. heheh.. aku tak kesah ngat, sebab itu satu kemajuan dalam diri aku sendiri. Selama ni asik dari tepi ke tepi je, tak berapa challenging dah. Anak2 aku biarkan deme berseronok, asal jangan buat hal, udah.

Lepas 2 jam, kami gerak ke pasar, sarapan plak. Reen & Ct call aku, teleconference tuh.. tanya nak buat apa lepas tu. Aku tak terpikir apa2 dah, blank jer. But, budak2 nak gi petrosains kat klcc. Ada ke? Well, since dah kuar, takde mende lagi nak buat, still cuti, maka makpun bawaklah 2 anakku yang comel-comel belaka ke KLCC. Ct plak soh terus pegi, dia nyusul kendian.

Sampai kat sana, beratur, Reen pun dah sampai, tetiba budak petrosains tu mai kat aku bitau.. "Tiket dah abis untuk hari ni kak.."

Tak kecewa ke budak2 tu bila tau mende ni? Abis nak wat cemana lagi? Salah umi ke tiket abis?
Masing2 monyok. Kami bawak budak2 gi fudkot, makan McD. Ct sampai. Siap2 makan semua, janji plak nak bawak budak2 ni gi cuci mata kat Toys r us. Dah puas.. actually, mana reti puas deme nih.. kami jalan pulak ke taman klcc.. ada ke, tengah panas gitu, jalan ke taman?
Well.. puas borak2 kisah mak ika, aku ajak Ct and Reen, lepak umah aku. Eh eh.. nak pulak deme. Kanda pulak siang baliknya hari tu.. tak sangka ye!

Malam tu aku masak le cecepat, asam pedas, ikan cencaru goreng, telur dadar and buah kundur tumis ngan lada itam. Huih, sakan deme makan... sedap katanya! Itulah masak ngan penuh kasih sayang gamaknya.. hihih.. padahey nye masak paling cincai dan simpel tuh.

Seronok deme sudi datang makan kat umah aku. Kalu orang datang, maknanya, rezekipun datang sekali.. itulah prinsip akuuu.. Janganle serik ye kawan2, datanglah lagi!

No comments:

Post a Comment